NASH Harizal bin Imdad Harizal pernah bertemu aku sewaktu aku kecil. Aku kerap dilukai walid dan dia yang membantu aku membersihkan luka. Nash sangat baik pada aku meskipun pada mulanya aku tak suka dia sebab dia ini jenis yang menyakitkan hati tapi dia sangat pandai mengambil hatiku.
Aku jatuh hati pada dia tak lama selepas itu dan kami mula bercinta secara diam - diam sudah pastinya aku tak boleh beritahu walid sebab Nash masih belum bersedia hendak bertemu walid. Ya, Nash kata dia perlu mengumpulkan kesabaran untuk bertemu walid sebab dia tak mahu dilabel sebagai menantu tak guna apabila dia memaki walid kerana walid selalu menyakiti aku.
Nash-
Bencikan orang yang menyakiti aku.
Aku tersedar dari lamunan apabila tanganku terasa digenggam erat. Aku memandang Nash yang tampak risau memandangku.
“Semuanya… okey ke?” Soalnya prihatin.
Aku menguntumkan senyuman.
“Ya, semuanya akan okey. Kau janganlah risau sebab aku akan bertahan demi kau”. Kataku dengan lembut.
“Aku minta maaf, Luna. Aku nak heret kau keluar dari situ secepat yang mungkin tapi-”.
“Tak apa, Nash. Aku okey”. Pujukku dengan lembut.
Nash mencium dahiku.
“Aku cintakan kau, Luna”. Tuturnya penuh sayu.
Aku menguntumkan senyuman manis.
“Aku pun cintakan kau, Nash”. Balasku tenang.
Aku tahu aku akan merasakan kesakitan sepanjang ketiadaan Nash bersama - sama aku. Tapi, suatu hari nanti aku akan merasakan bahagia apabila Nash kembali ke sisi aku.
Persoalannya, kuat ke untuk aku terus bertahan?
Entahlah.
“Kau nak pergi mana pula?” Soal Nash sambil memandangku.
“Aku tak tahu nak pergi mana. Aku kena balik sebelum maghrib tapi sekarang masih awal. Aku tak nak balik awal ke rumah tu”. Gumamku dengan nada perlahan.
Ah, aku berlagak kuat tapi hakikatnya aku takut pada walid.
Aku takut nak balik awal.
Nash mengusap rambutku.
“Jom kita pergi melawat ayah nak? Aku rindukan ayah…” Katanya bersama - sama senyuman kelat.
Melawat ayah?
T-tapi…
Aku tunduk memandang pakaianku sendiri.
“Tak apa. Kau boleh pinjam baju ibu aku. Tudung ibu pun kau boleh pinjam”. Balasnya dengan penuh semangat.
“Ta-tapi…!” Tak sempat aku hendak membalas bicaranya Nash terus saja menarik tanganku supaya aku mengikuti langkahnya. Aku pun berlari saja mengikuti kemahuannya memandangkan hari ini hari untuk aku meluangkan masa bersama - sama dia jadi aku akan melakukan apa yang aku suka bersama - sama dia dan aku akan melakukan apa yang disukainya bersama - samanya juga.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...