KELUAR dengan walid!
Aku melebarkan sengihan sebaik saja kami berdua tiba di rumah. Walid pergi mengangkat barangan yang di beli ke dapur sementara aku menunggu dia di ruang tamu. Namun, keluar dengan walid pada kali ini lebih menyeronokkan berbanding apa yang aku jangkakan!
Chup!
Aku tersedar dari lamunan apabila pipiku terasa basah.
Aku memandang Nash yang melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan denganku. Nubhan juga kalut memanjat ke atas ribaanku.
“Hello, adik. Abang Nubhan rindu adik”. Ujar Nubhan sambil mengusap perutku.
Ala, Nubhan!
“Manisnya senyuman mama hari ni”. Puji Nash.
“Mama seronoklah, papa. Terima kasih sebab pujuk mama balik ke sini. Jika tak tentu mama takkan rasa perasaan begini lagi”, Balasku dengan tenang.
“Perasaan apa?” Soal Nubhan padaku.
“Bahagia”. Balasku bersama - sama sengihan lebar.
“Cantiknya mama senyum! Nubhan suka mama senyum!” Ujar Nubhan dengan nada yang cukup gembira sekali.
Aku ketawa.
“Mama memang cantik pun. Mama kan isteri papa”. Balas Nash seraya mencium pipiku.
“Tapi, mama ni mama Nubhan. Ini adik Nubhan”. Tukas Nubhan tak mahu kalah. Perutku dipeluk Nubhan lalu pipi gebunya itu dilekap pada perutku yang sudah membukit.
Nubhan dan Nash memang suka sangat bersaing.
“Betul tu. But, she’s my girl”. Tiba tangan kekar mengusap kepalaku membuatkan aku mendongak.
Terkedu.
Wa-walid…
“Erm. Nubhan jom ikut papa pergi tolong tok ummi di dapur. Kesian tok ummi sendiri”. Gamit Nash sambil mendukung Nubhan.
“Okey, papa. Bye, mama!” Senang pula dia kena pujuk.
“Anak walid yang baik…” Pujian walid membuatkan aku mengukirkan senyuman manis.
Air mata yang menitis dipipi terus saja diseka.
Aku bingkas bangun.
“Walid! Luna nak dukung!”
“Eh, dukung?” Soal walid semula.
“Dukunglah Luna”. Rengekku.
Walid mula mendepakan tangan.
“Tak nak kena cempung! Luna nak dukung belakang. Luna nak naik belakang walid!”
“Astaghfirullah. Luna mengandungkan? Macam mana…”
“Luna nakkkkk!” Aku merengek pada walid.
“Okey. Okey”. Walid bersedia saja terus aku melompat ke belakang tubuhnya. Aku memeluk leher walid dengan erat lalu aku merehatkan daguku di atas bahu kirinya. Meskipun walid sudah berusia tetapi aku harus mengakui bahawa walid kuat aje untuk mendukung aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
Storie d'amoreDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...