KAMI berdua tiba di kubur arwah ayah Nash. Nash nampaknya baru saja selesai membaca yassin untuk arwah ayahnya sementara aku sedang mengutip daun - daun kering yang jatuh di atas kubur arwah ayahnya.
“Jangan cabut rumput”. Tak jadi aku hendak mencabut rumput apabila Nash melarangku.
“Kenapa? Aku nak bersihkan kubur”.
“Kubur memanglah bersih tapi kau cabut rumput yang berzikir untuk ayah aku. Rumput ni tambah pahala. Aku pun bukan boleh melawat dia hari - hari sebab aku sibuk dengan ibu dan adik aku”. Katanya dengan lembut.
“Oh…”
“Maaf, aku tak tahu”. Gumamku perlahan.
“Tak apa. Aku tak salahkan kau”. Balasnya bersama - sama senyuman manis.
“Kau nak tahu kenapa aku bersungguh sangat pada kau?”
“Kenapa?”
“Kau ada datang melawat ke rumah aku bersama - sama walid dan ummi kau sewaktu kau berusia satu tahun. Waktu tu, ummi kau tengah mengandung adik bongsu kau. Pertemuan pertama kita di situ”.
“Aku tak ingat”.
“Memanglah kau tak ingat sebab waktu tu kau masih kecil. Tapi, waktu kecil pun kau kena jerkah dengan walid kau kan? Seingat aku kau tak sengaja terpecahkan pasu yang ayah belikan pada ibu. Aku tak kisah pun pasal pasu tu sebab nyawa kau lebih penting. Pasu tu besar berbanding kau yang kecil. Aku lega sebab aku sempat tarik kau jauh dari pasu tu kalau tak aku takkan jumpa Luna yang cantik ni”. Tutur Rizq bersama - sama senyuman manis.
Aku menguntumkan senyuman nipis.
Nampaknya, waktu aku kecil pun walid dah bencikan aku.
“Walid kata aku ni kesilapan. Aku tak sepatutnya lahirnya tapi ummi nak aku juga jadi walid bencikan aku sebab aku ni anak yang dia tak nak. Dia nak anak perempuan seorang aje. Aku ni…” Aku teresak kecil.
“Aku ni beban…” Kataku lirih.
“Hey, kau bukan beban. Kau anugerah, Luna. Orang yang dekat dengan kau sentiasa akan berasa gembira. Orang yang berkawan dengan kau sentiasa akan berasa selesa. Kau bukan beban. Orang yang tuduh kau beban tu ialah bebal”. Pujuknya.
Aku diam.
Tapi, susah sangat ke walid nak sayangkan aku?
Aku tak nak perkara lain selain disayangi walid. Aku nak rasa juga macam mana Kak Raifa disayangi walid.
“Kau kuat, Luna”.
“Tolong janji dengan aku untuk kembali tahun depan. Kau bawa aku keluar dari sini, Nash”.
“Aku janji. Tapi, kau tolonglah bertahan. Takdir bukan milik kita jadi jangkaan aku untuk bertemu dengan kau secepat yang mungkin pada tahun depan agak nipis. Aku tetap akan bertemu kau tak kira apa pun sebab aku cintakan kau. Aku akan berusaha bantu kau”.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...