SETAHUN telah pun berlalu dan kini aku berusia 19 tahun. Ya, tak jauh beza pun dengan aku yang berusia 18 tahun. Perkara yang sama iaitu aku masih lagi di dera secara fizikal dan mental.
Bertahan?
Aku mesti bertahan terutamanya demi ummi dan Aqhar. Jika aku menunjukkan reaksi bahawa aku sedang menderita maka ummi akan berjuta kali ganda merasa sakitnya. Aqhar juga akan berasa tertekan dengan persekitaran dia.
Aku tak nak itu berlaku.
Aku sayang mereka.
“Luna…”
Setahun.
Aku hidup tanpa telefon bimbit.
Aku rasa sangat - sangat sunyi kerana aku tak boleh menghubungi sesiapa mahupun melakukan apa saja menggunakan telefon bimbit.
Apa yang aku boleh buat hanya menjadi tahanan walid.
“Luna!”
Aku mengangkat wajah memandang walid yang menyeru namaku. Tak sedar pun dia panggil aku tadi.
“Turun makan”.
Aku menggeleng.
“Jangan nak protes sangat. Pergi makan!”
Aku menggeleng.
“Luna. Kau turun makan sekarang!”
Aku diam.
Tiba - tiba saja walid menarik kasar lenganku keluar dari bilik. Aku ikut saja tanpa membantah.
Dah penat nak melawan.
Aku ikut saja asalkan itu dapat puaskan hati walid.
Aku tak sambung belajar pun sebab walid tak bagi. Kesudahannya, aku memang dikurung di dalam rumah macam tahanan dalam sel penjara. Aku merasa tengok kawasan luar pun bila aku masuk ke dalam bilik dan membuka tingkap.
Itu pun tingkap aku ada jeriji dan bilik aku di tingkat dua.
Sadis.
Walid menolak aku duduk di atas kerusi.
Walid buka tudung saji lalu ada beberapa makanan yang enak terhidang di atas meja.
Ini untuk aku ke?
“Kau tak makan lima hari, Luna. Kau protes sekali pun jangan nak seksa badan sangat. Aku tak nak kena tuduh jadi pembunuh pula nanti. Makan”. Dia tolak ayam goreng pada aku.
Aku memandang walid.
“Kenapa kau tengok aku? Makan makanan tu!”
“Terima kasih”. Ucapku telus.
“Aku bagi kau makan bukan sebab aku kisah. Ummi kau yang bising sebab kau tu tak makan. Dah lah makan. Aku ada kerja”. Pamitnya seraya berlalu pergi.
Aku menoleh memandang walid yang berlalu.
“Kau habiskan semua makanan tu, Luna!” Sempat lagi walid menjerit keras.
Aku kembali menatap makanan yang terhidang di atas meja.
Walid belikan makanan untuk aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomansaDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...