“LUNA, jom kita rujuk semula? Ab-abang janji abang akan melayan Luna dengan lebih baik. Abang janji abang akan bagi bahagia macam apa yang yang Luna nak. Luna takkan sengsara lagi. Boleh, Luna?” Pinta Rizq dengan nada yang cukup lembut membuatkan aku mengetap bibir.
“Abang, tolonglah. Apa aje yang abang nampak pada perempuan ni? Dia buruk! Selekeh macam jantan! Bukannya cantik dan lembut macam Laureen. Laureen pun boleh bahagiakan abang”. Tegas Laureen apabila Rizq seolah - olah mengabaikan dia.
Nash menghela nafas perlahan.
Tanganku ditarik supaya aku berdiri bersebelahan dengan Nash. Nash memaut pinggangku dengan begitu erat.
“Okey, Rizq dan Laureen. Aku dan Luna akan berkahwin dan kami berdua akan pindah ke luar negara. Aku nak hidup bahagia dengan Luna dan ada anak dengan dia. Kau tak perlu nak rasa serba salah sebab aku akan pulihkan semula luka yang kau dah lakukan. Laureen… kau pula bahagia aje dengan Rizq. Jangan kacau aku dah”. Pesan Nash.
Laureen memeluk tubuh memerhatikan aku.
Aku tahu dia tak puas hati apabila abangnya membela aku sampai begini sekali.
“Kau tak malu ke nak rampas isteri aku?” Soal Rizq tak puas hati.
“Pembetulan, Rizq. Luna bekas isteri kau. Lagipun, aku sangat berterima kasih pada kau sebab kau dah memudahkan kerja aku. Kau tak sentuh Luna sewaktu dia jadi isteri kau jadi aku boleh rasmikan dia. Paling best aku tak perlu nak tunggu waktu iddah yang cukup lama tu”.
“Luna! Jangan pergi dengan dia. Semua orang nak Luna balik ke rumah. Luna tak boleh buat pilihan pentingkan diri macam ini!” Tegas Rizq.
Nash mahu menyembur tapi aku menahan.
“Macam inilah, Rizq. Kau tahu kenapa aku tak bahagia hidup dengan kau? Kau ni kepala angin sama macam walid. Kau rasa kau nak marah terus aje kau marah aku. Kau tak pernah pun belajar cintakan aku sama macam apa yang kau buat. Apa yang kau tahu kau patuh aje cakap babah dan walid macam anjing. Kemudian, kau tak pandai nak adil bila ada dua isteri. Kau boleh pula kata aku buat semua salah dan pentingkan diri? What the hell, bro?” Soalku kasar.
Nash tergelak kecil apabila melihat aku marah.
Laureen dan Rizq nampak terkejut.
“Aku dah penatlah nak ikut cakap orang macam anak patung. Aku dah letih nak jaga hati orang sedangkan orang tak pernah nak jaga hati aku. Kau pula tak payahlah nak acah - acah pedulikan aku, Rizq. Kau tinggalkan aku selama dua bulan hanya untuk berdua dengan perempuan ni. Laureen mengandung kan? Why not kau jaga je isteri kau yang tengah mengandung. Come on, Rizq. Jadilah suami yang bertanggungjawab sikit. Takkan pandai buat anak je tapi nak jaga isteri tak pandai? Jangan jadi binatang sedangkan kau dah ada akal kan?”
“Kau melampaulah, Luna! Kau kenal aje dengan jantan ni terus kau terpengaruh dengan dia!” Rizq membuka langkah mendekatiku lantas lenganku ditarik dengan kasar.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...