“LAUREEN nak perkahwinan kita paling megah antara yang lain tau. Laureen dah jemput kawan - kawan Laureen untuk datang ke majlis perkahwinan kita esok. Abang jangan risau sebab Laureen akan jadi pengantin yang paling cantik untuk abang”. Tutur Laureen dengan penuh semangat.
“Baguslah...”
Laureen memeluk lengan Rizq dengan begitu erat bersama - sama senyuman manisnya itu.
“Laureen”.
“Hmm?”
“Hubungan Laureen dan Nash ialah abang kandung kan?” Soal Rizq sambil menatap bakal isterinya itu.
Laureen mengangguk dengan polos.
Rizq mengetap bibir.
Jika babahnya dan juga walidnya sanggup meminta dia untuk memadukan Luna dan menikahi Laureen disebabkan Laureen merupakan anak kepada arwah kawan baik ayahnya. Maka, tak mustahil Nash juga akan dilayan dengan begitu istimewa.
Tak.
Rizq takkan membebaskan Luna dengan mudah kerana memiliki Luna ajelah cara untuk dia rasa bahagia. Apa pun yang berlaku dia takkan biarkan babahnya, walidnya atau mana - mana ayah angkatnya tahu mengenai Nash.
“Sayang...”
“Hmm?”
“Boleh tak kalau lepas kahwin nanti sayang jangan sesekali mengungkit apa - apa mengenai Nash. Boleh?” Pinta Rizq dengan lembut.
“Boleh. Janji, abang kena lebihkan Laureen berbanding Luna. Boleh?” Soal Laureen dengan lembut.
“Boleh, sayang”. Balas Rizq seraya mengusap rambut Laureen.
Makin bertambah lebarlah senyuman wanita itu.
Luna, Luna. Laureen buka aje langkah terus Luna jatuh ditangga yang paling bawah. Adakah Luna lupa bahawa Luna sedang bertanding dengan seorang angsa putih yang cantik sedangkan Luna ialah seekor itik hitam yang hodoh?
“Jom beli barang lagi?”
“Jom”,
Lepas kahwin nanti jangan haraplah Laureen akan izinkan Rizq jatuh sayang pada Luna lagi.
Ini balasan sebab rampas semua kasih sayang Abang Nash!
L U N A
FARHAN membelikan baju sedondon untuk kami berdua sama seperti apa yang telah dia janjikan padaku. Aku memerhatikan Farhan yang sedang leka menaip sesuatu di dalam telefon bimbit membuatkan aku membuka langkah menuju ke arah sebuah kedai minuman yang terdekat.
“Cik adik manis nak air apa?” Soal penjual lelaki itu dengan sengihan lebar.
“Bagi susu coklat ais dua”. Pintaku seraya mengeluarkan sekeping not berwarna merah.
“Cik adik yang cantik tahu tak apa beza cik adik dengan lampu chandelier?” Aku mengerutkan dahi apabila mendengar lelaki itu menyoal aku.
“Tak tahu”.
“Bezanya, lampu tu menerangi semua orang tapi cik adik ni nampak cantik dipandang. Boleh, abang minta nombor telefon cik adik?” Dia menayangkan sengihan manis padaku lalu minuman itu dihidangkan.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
Storie d'amoreDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...