CUKUP lama aku dikurung di dalam bilik. Malahan, aku selesai membersihkan diri pun aku masih lagi dikurung. Sejujurnya, aku sangat - sangat lapar tetapi aku takkan boleh makan apa - apa…
Tiba - tiba saja pintu bilikku dikuak dari luar.
Aqhar melangkah masuk ke dalam bilik bersama - sama tiga ketul roti dan sekotak air susu segar.
“Kakak!”
“Aqhar buat apa dalam bilik kakak?” Soalku perlahan seraya bangkit mendekatinya.
“Aqhar bawakan roti dan air ni untuk kakak. Walid kan kurung kakak dalam bilik jadi kakak tak boleh makan. Mesti kakak lapar. Kakak makanlah”. Pujuknya dengan lembut seraya memberikan roti dan air itu padaku.
Aqhar membuka lampu bilikku.
“Kakak kan takut dalam gelap”.
“Aqhar janganlah menyi-”.
Plak!
Dahiku dijentik kasar.
“Bukan menyibuk. Kakak sepatutnya cakap terima kasih pada Aqhar sebab bawakan roti dan air ni untuk kakak. Cuba buat muka bersyukur sikit janganlah berlagak sangat”. Bebelnya tak puas hati.
Pft!
Budak tingkatan satu ni!
“Terima kasih, Aqhar babyku sayang”.
“Eyyy, Aqhar bukan baby! Orang dah besarlah”. Balasnya tak puas hati.
Aku tergelak.
Aqhar tersenyum.
“Kakak senyum pun. Kakak cantik sangat bila kakak senyum”. Pujinya bersama - sama senyuman ikhlas.
Aku diam.
“Aqhar nak roti?”
Aqhar menggeleng.
“Kenapa Aqhar boleh kena attack?” Soalku.
“Aqhar main aktif sangat. Aqhar nak membesar dengan sihat macam budak laij tapi Aqhar sakit. Jadi, Aqhar nak buktikan yang Aqhar pun mampu main juga. Aqhar pun boleh jadi olahragawan macam yang lain! T-tapi…” Aqhar mengetap bibir.
“Walid tak bagi Aqhar main sangat. Walid suruh Aqhar masuk satu permainan je. Itu pun hoki. T-tapi, Aqhar nak main rugbi dengan yang lain”. Gumam Aqhar perlahan.
“Walid tak bagi sebab dia sayangkan Aqhar”. Pujukku.
“Habis apa yang dia buat pada kakak ni sebab dia sayang pada kakak ke?” Soal Aqhar semula.
Aku terdiam.
“Aqhar dah tak tahu yang mana betul atau salah disebabkan perbuatan walid. Aqhar nak bebas tapi Aqhar tak selesa bila dia asyik kongkong Aqhar”.
“Aqhar. Aqhar kena tahu yang kakak dan Aqhar dalam dunia yang berlainan. Kelahiran Aqhar ialah kelahiran yang sangat - sangat ditunggu oleh walid tetapi sebaliknya dengan kakak. Walid tak mahukan kakak ni lahir ke dunia. Bagi walid kakak hanya kesilapan”.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...