HARI ini ialah hari kecuaian Nash. Mana kan tidak, Nash boleh tersasul terbalik nama walid kepada nama aku. Contoh, aku terima nikahnya Alfan Rafisqi…
Waktu itu, bukan Farhan aje yang ketawa. Tok kadi dan dua orang saksi juga tergelak sama. Sememangnya, Nash sangat - sangat malu disebabkan perihal itu tetapi dia gagahkan juga untuk menghalalkan aku.
Apa yang comel, Nash tersadung sewaktu hendak datang ke arahku. Tatkala dia hendak menyarungkan cincin pula boleh cincin itu terlepas membuatkan Nash terpaksa mencari cincin itu semula. Cincin terlepas pun disebabkan tangan Nash terlalu menggeletar sewaktu dia memegang aku.
Kini, kami berdua tiba di rumah ibu sementara Farhan dan beberapa orang pekerja Nash menghantarkan barang - barang kami di rumah baru.
Aku menompang dagu memerhatikan Nash sedang terlena di atas sofa.
Nampaknya, Encik Nash Harizal ini sudah penat melafazkan akad.
“Luna”, Aku mengangkat wajah memandang ibu apabila aku mendengar ibu menegur namaku. Segelas air coklat suam dihidangkan untuk aku membuatkan aku mengukirkan senyuman manis.
“Terima kasih sebab sudi jadi isteri Nash”.
“Terima kasih sebab sudi terima Luna untuk menjadi isteri Nash”. Balasku pula dengan nada yang cukup tenang sekali.
Ibu tersenyum.
Aku mengenjak sedikit lalu aku membetulkan kepala Nash supaya dia merebahkan kepalanya di atas bantal mini. Aku hendak minum air jadi aku takut air itu akan tertumpah pada wajahnya.
Elok aje aku mengalihkan kepala dia mula merengek.
“Jangan tinggalkan aku, Luna…” Gumamnya sayu.
Ibu tersenyum.
“Ibu pergi ke dapur dulu ya?” Pamit ibu dengan lembut membuatkan aku hanya membiarkan ibu berlalu pergi.
“Jangan pergi”.
“Aku takkan pergi ke mana - mana, Nash. Aku ada aje di sini untuk kau. Kau sendiri cakap yang kau tu hero aku kan?” Bisikku dengan lembut lalu rambutnya itu diusapku dengan lembut.
Kacaknya, Nash.
Aku perasan sewaktu dalam kapal terbang tadi suami aku tak habis - habis digoda oleh pramugari. Malahan, sewaktu dalam kapal terbang juga ada yang sengaja berpura - pura terlanggarnya hanya kerana mahu memeluk tubuh Nash.
Cemburu?
Gila aku tak cemburu.
Dia suami aku.
Aku mengalihkan kepalanya perlahan - lahan lalu aku duduk di atas sofa yang jauh sikit berbandingnya. Nash pun sibuk menggapai aku supaya aku tak lari. Tangan kanannya menangkap pehaku.
Meremang bulu roma bila dia pegang peha aku.
Aku mengalihkan tangannya dari terus menggenggam peha aku. Tapi, Nash menggenggam dengan lebih erat. Malahan, Nash merehatkan kepalanya di atas pehaku.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...