Bab 31💔

2.5K 291 58
                                    

LAUREEN  sah  menjadi  isteri  Rizq  dengan  sekali  lafaz  saja.  Ramai  yang  mengatakan  mereka  berdua  merupakan  pasangan  yang  sempurna  kerana  sepadan.  Malahan,  Laureen  nampak  benar  -  benar  cantik  di  dalam  majlis  perkahwinan  yang  mewah  dan  meriah  ini.

Hari  ini,  Farhan  menjadi  temanku.

Dia  datang  denganku  malahan  dia  menjadi  temanku.

Aku  nampak  Laureen  datang  ke  arahku  dengan  begitu  anggun  sekali  membuatkan  terbit  sedikit  perasaan  cemburu  di  dalam  hatiku.

Kenapa  aku  tak  boleh  jadi  anggun  sama  seperti  dia?

“Luna…”  Serunya  lembut  sambil  dia  merenung  wajahku.

Aku  merenung  saja  wajahnya.

“Eh,  Hezri?”

“Hai,  pengantin  baru.  Seronoknya  hari  ni  kan?  Ramai  orang  datang  memuji  kecantikan  kau.  Cakap  yang  dah  beruntung  sebab  dapat  suami  kau  tu.  Tapi,  semua  orang  tak  sedar  yang  pengantin  ni  talam  dua  muka”,  Aku  menyiku  Farhan.  Aku  fahamlah  yang  dia  sedang  menyindir  Laureen  meskipun  dengan  nada  yang  perlahan.

Aku  tak  nak  dia  memalukan  Laureen  di  sini.

Laureen  mencengkam  bahuku.

Aku  mengerutkan  dahi  memandangnya.

Apa  masalah  dia  dengan  aku  sebenarnya?

“Puan  Laureen,  tolong  alihkan  tangan  dari  bahu  future  wife  aku.  Perempuan  yang  cantik  macam  dia  ni  tak  layak  disakiti”. 

Aku  rasa  nak  melempang  Farhan.

“Tapi,  Abang  Nash  pun  sukakan  Luna  juga.  Rizq  juga  suami  Luna.  Takkan  kau  pun  nak  buat  kerja  gila?  Dia  isteri  orang”.  Tegur  Laureen  dengan  nada  tak  puas  hati.  Muka  Laureen  nampak  sangat  cemburu  apabila  Farhan  menyatakan  perasaan  begitu  dihadapan  kami  berdua.

“Apa  bezanya  dengan  kau?  Suami  orang  pun  kau  rampas  juga.  Ops,  nasib  aku  tak  cakap  kuat  -  kuat  kalau  tak  bocorlah  rahsia  kau  orang  berdua  kan?  Apa  pun,  tahniahlah  sebab  drama  yang  kau  dan  Rizq  bintangi  itu  dah  jadi  kenyataan.  Nanti,  dah  tamat  pengambaran  bagilah  tahu  sebab  aku  nak  heret  Luna  kahwin”.

Aku  menjeling  dia.

Farhan  mengenyit  mata  kirinya  padaku.

“Kau  jangan  risau  sebab  aku  ni  bukanlah  jenis  orang  yang  suka  buka  aib  orang  lain.  Semoga  bahagia”. 

Laureen  menjeling  Farhan  lantas  dia  berlalu  meninggalkan  kami.

Muka  masamnya  terus  berubah  apabila  dia  nampak  Rizq  yang  sedang  berbual  dengan  rakan  -  rakan  yang  sama  bidang  dengannya.  Maka,  Laureen  juga  boleh  menunjukkan  ciri  -  ciri  isteri  yang  baik  dihadapan  mereka.

Hmmm…

Kenapa  walid  tak  bagi  aku  sambung  belajar?  Jika  tak  bolehlah  aku  menjadi  seseorang  terkenal  juga.

“Kalau  kau  belajar  jauh  -  jauh  nanti  lagi  ramai  pula  saingan  Abang  Nash”.

Aku  memandang  wajah  Farhan.

“Apa  pasal  kau  cakap  yang  aku  future  wife  kau?”  Soalku  tak  puas  hati.

“Kalau  aku  cakap  aku  suka  kau.  Kau  percaya  tak?”  Soalnya  semula.

NASH: Hero Si Sweet DevilishWhere stories live. Discover now