HARI ni walid yang memandu kereta. Malahan, walid setuju mengikutiku pergi ke mana - mana saja asalkan tempat itu tiada kucing.
Ya, walid sangat takut pada kucing.
Tiba - tiba aku terasa pipi kananku ditarik.
Awww!
Aku mengangkat wajah memandang walid yang menghulurkan gula - gula kapas padaku. Patutlah lama dia masuk ke dalam kedai. Rupa - rupanya walid membelikan gula - gula kapas untuk aku.
“Ambil”.
Aku sambut huluran walid lantas walid meloloskan diri ke dalam perut kereta.
Aku menatap gula - gula kapas itu sambil mengemam bibir.
“Tak suka ke?”
“Suka!” Aku lekas saja buka plastik gula - gula kapas itu lalu aku cubit dan makan. Mhmmm manis! Rasanya berbeza dengan selama aku makan roti. Ini terlalu manis.
“Walid suka gula - gula kapas?” Soalku sambil menatap wajahnya.
“Hm”.
“Walid nak? Sebut ‘aaa’ Luna tolong suapkan”. Pintaku dengan senyuman teruja. Walid menoleh memandangku seketika.
Dia buka mulut.
Yeay!
Aku akhirnya dapat suap walid sekalipun makan gula - gula kapas tapi aku rasa sangat - sangat gembira.
“Puas hati?” Soalnya.
“Puas hati. Terima kasih, walid!”
Walid mengetap bibir lalu dia memandu kereta.
Aku makan gula - gula kapas itu bersama - sama senyuman manis membuatkan sekeping hatiku ini semakin berasa disapa perasaan bahagia. Walid sayang aku pun dah cukup memadai.
L U N A
KAMI berdua singgah sebuah taman sementara menunggu malam kerana aku mengajak walid pergi ke fun fair.
Walid duduk disebelah aku sambil bermain telefon sementara aku hanya duduk kaku disebelahnya. Tak tahu sebarang topik yang sesuai untuk dibincangkan bersama - sama walid.
“Walid bencikan Luna?” Perlahan soalan aku.
Walid terkaku seketika sebelum dia kembali menyambung perbuatannya yang sedang bermain telefon.
Nampaknya, walid tak mahu menjawab soalan ak-
“Tak benci pun”. Jawapan walid membuatkan aku menatap wajahnya.
Jadi, jika bukan bermakna walid membenci habis kenapa aku selalu dijadikan mangsa penderaan? Malahan, Nash kata aku sudah dimarahi sewaktu usiaku setahun. Bukankah kanak - kanak yang berusia setahun harus disayangi?
“Walid minta maaf”.
Aku terkedu.
Walid minta maaf?
“Walid tak suka tengok Luna sebab Luna nampak sama macam ummi. Luna cantik. Luna kuat semangat dan kedegilan Luna… semuanya sangat serupa. Walid takut Luna rosak macam apa-” Walid mengetap bibir.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...