RIZQ merebahkan tubuhku di atas katil dengan begitu kasar membuatkan aku bangkit dengan pantas agar dia tak sempat hendak melakukan sesuatu padaku. Rizq membuka bajunya dihadapanku.
“Luna dah melampau. Luna tendang abang dan Luna keluar macam itu aje? Isteri jenis apa Luna ni sebenarnya?!” Soal Rizq kasar.
“Luna mungkin isteri yang tak sesuai untuk abang”. Balasku.
“Isteri yang tak sesuatu untuk aku? Habis kau nak kata kau tu sesuai untuk Nash? Tak, Luna. Abang dah kata Luna milik abang. Nash dan Laureen sama - sama tak guna! Dia orang sepatutnya mati dari awal lagi!” Jerkah Rizq tak puas hati.
Aku terdiam.
Rizq memandangku.
“Abang takkan lepaskan Luna”. Aku lekas saja bangun dari pembaringan lalu aku keluar ke arah veranda hotel. Pintu ditutup dan dikunci dari luar agar Rizq tak boleh mendapatkanku.
Aku tak tahu ke mana lagi aku nak lari.
Bilik hotel ini di tingkat dua. Sudah cukup menakutkan aku.
“Luna!” Aku menoleh ke bawah memandang Nash yang melambai ke arahku. Walid ada di bawah juga bersama - sama Nash memerhatikan aku dari atas. Sesungguhnya, aku takut.
Takkanlah aku nak terjun ke bawah?
Tak mati ke?
Bum!
Pintu itu dikuak Rizq akhirnya.
Ta-takut…
“Luna nak pergi ke mana? Abang dah cakap yang Luna tak boleh lari ke mana - mana kerana Luna isteri abang. Luna hak milik abang”. Pujuk Rizq seraya mendekatiku.
“Ja-jangan dekat! Kalau kau dekat aku akan terjun!” Jeritku padanya.
“Luna buat cara lama lagi?” Soal Rizq dengan nada bosan.
“Lu-Luna…”
Drastik Rizq mendekatiku lalu pinggangku dipaut dapat dia membenamkan wajahnya pada ceruk leherku membuatkan aku berasa tak selesa!
“Lepaskan aku jantan tak guna! Aku tak .ada suami pervert macam kau!” Bak! Aku berikan sepakan padu pada celah kelangkangnya membuatkan Rizq terundur. Pintu bilik hotel yang dihuni kami terbuka malahan babah, abi dan dad melangkah masuk. Papa juga ada.
“Rizq lepaskan Luna!”
“Tak nak!” Rizq berterusan mahu memelukku membuatkan aku melawan.
Tanpa sengaja aku tergelincir jatuh.
“Luna!” Papa tak sempat nak tangkap aku.
Aku terus saja pejam mata.
“Kau dengar sini Luna. Aku takkan boleh berikan kau peluang untuk kau mati! Aku tetap akan ada untuk sambut kau!”
Bak!
Aku jatuh dalam pelukan seseorang.
Aku membuka mata perlahan - lahan membuatkan Nash memandangku dengan pendangan lembut. Tubuhku dipeluk dengan penuh kasih sayang. Aku memandang Nash yang memaut kemas pinggangku lalu dia bangun perlahan - lahan.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...