PINTU rumahku diketuk membuatkan aku menghela nafas perlahan.
Takkanlah mereka tak serik lagi hendak mengganggu ketenteraman aku? Kenapa aku perlu bertemu dengan dua lelaki itu? Rizq ialah lelaki yang annoying dan Nash pula lelaki yang jerk aku pernah kenal.
Aku membuka langkah menuju ke arah pintu utama lalu aku membuka pintu itu bersama - sama muka masam.
“Ha-hai…” Sapa Laureen bersama - sama senyuman serba salah.
“Apa yang kau buat di sini?” Soalku keliru.
“Er-saya tinggal selang dua rumah dari sini je. Suami saya doktor yang dah merawat awak jadi dia bagitahu saya yang awak menghidap amnesia. Abang Nash minta saya berbual dengan awak tentang hal dulu…”
“Oh, jomlah masuk”. Aku menggamitnya.
Laureen mengekori aku masuk ke dalam rumah lalu kami berdua melabuhkan punggung di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Laureen mengemamkan bibir sambil memerhatikanku.
“Luna. Saya rasa serba salah sangat sebab dah buat hidup awak terseksa. Tapi, saya juga dah dapat balasan yang setimpal atas perbuatan saya. Selama ni, saya pilih untuk membenci awak sebab saya cemburu awak rapat dengan Abang Nash. Semua orang sayang awak. Saya tak tahu pun awak menanggung lebih banyak luka berbanding saya. Lagipun, mummy saya yang selalu paksa saya supaya kacau rumah tangga awak supaya Abang Nash akan terseksa. Saya tak ada niat untuk menyeksa Abang Nash. Saya kacau rumah tangga awak sebab saya nak Abang Nash dapat hidup dengan awak. Cumanya, saya seksa awak dengan rampas Rizq dari awak. Saya betul - betul tak sangka apa yang saya buat tu buat awak tertekan sangat - sangat. Maafkan saya sekali lagi…” Ucap Laureen dengan nada serba salah.
Aku mengerutkan dahi.
“Saya tertekan?”
“Awak tertekan sampai awak bertekad nak bunuh diri supaya Rizq ceraikan awak. Awak tak pernah bahagia sepanjang awak jadi isteri Rizq. Awak hanya terseksa, Luna. Sekarang, awak dah bahagia baru dia dah sibuk nak mengejar awak semula”. Tutur Laureen.
Aku tak faham.
“Maksud awak memang kami dah bercerai?”
“Ya, awak dan Rizq memang dah bercerai. Sekarang, awak dan Abang Nash suami isteri. Dia culik awak sewaktu awak baru aje melahirkan anak kedua. Abang Nash ada hantar gambar anak awak pada saya”. Laureen membawa keluar telefon bimbitnya lalu gambar itu ditunjukkan padaku.
Ada seorang budak lelaki sedang mencium pipi bayi lelaki.
An-anak aku?
“Itu Nubhan dan ini Nu’aiman. Mereka ada awak dengan Abang Nash”. Kata Laureen lagi.
Air mata menitis.
Entah mengapa.
Hatiku terasa rindu.
“Semenjak enam tahun berlalu, kes saya dan Rizq tu dah jadi buah mulut orang. Ramai yang membenci kami membuatkan kami tak ada kerja. Saya juga dah tak berlakon sekarang sebab saya menguruskan anak susuan saya. Suami saya aje yang bekerja. Rizq pula mungkin sedang menganggur juga. Tambahan lagi, Abang Nash beritahu tentang apa yang Rizq dah buat di media sosial lagilah orang bencikan Rizq sekarang”. Terang Laureen.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...