SEPI. Keadaan terus saja bertukar sepi sebaik saja melihat Luna terjun dari bangunan. Sungguhlah, tiada siapa yang sangka Luna sanggup terjun sebegitu rupa. Tapi, mereka lupa bahawa hakikatnya Raisya Asluna itu telah penat menderita.
Encik Rash cuba kuatkan hati untuk melihat keadaan Luna.
Namun, bibirnya terus saja melorek senyuman apabila melihat seorang lelaki sedang membawa Luna yang sudah tak sedarkan diri sepantas yang mungkin. Sekurang - kurangnya, Luna takkan menderita lagi.
“Lu-Luna…” Rizq terus jatuh melutut.
Hilang suara.
Encik Raf juga terduduk setelah Luna terjun dari bangunan itu. Kenapa anak gadisnya itu memilih jalan ini?
“Puas ke hati kau, Raf? Luna dah terjun dari bangunan ni sebab kau?” Soal Encik Fahim dengan nada yang cukup berang tetapi Encik Raf tetap juga membisu. Lantas, Encik Fahim menapak mendekati Encik Raf lalu kolar baju lelaki itu dicengkamnya dengan kasar.
“Aku bercakap dengan kau, bodoh! Kau puas hati ke lepas apa yang kau dah buat pada Luna? Kau dah buat dia naik gila, Raf. Kau sedar tak tu?!” Jerkah Encik Fahim dengan tegas.
Air mata Encik Raf gugur juga akhirnya.
“Ak-aku tak tahu apa yang aku buat…”
“Alasan kau dah lapuklah, Raf. Kau dah rosakkan masa depan Luna. Kau didik anak - anak kau dengan cara yang salah. Aku tertanya - tanya macam mana Luna boleh dapat kekuatan tu. Tapi, bila aku terfikir balik jawapan dia sentiasa ada disamping kau, Raf”. Ujar Encik Rizky.
Encik Raf menatap wajah kawan baiknya.
“Ap-apa maksud kau?”
“Maksud Rizky. Tak ada perempuan yang dapat bertahan dengan perangai baran kau, Raf. Kau suka layan orang macam sampah. Kau ego. Kau selalu ikut mood kau aje. Tapi, kenapa Widya boleh bertahan sampai sekarang? Jawapan dia, Luna kuat sebab dia dapat kekuatan tu dari Widya. Kau fikir dia tak terasa waktu kau minta dia gugurkan Luna? Kau fikir dia tak sedih bila tengok kau hina anak dia? Selama ni, kau letak perasaan orang lain dibelakang, Raf. Kau pentingkan diri”. Tukas Encik Rash dengan nada yang cukup tegas.
Sudah berbuih - buih mulut mereka menasihati kawan baik mereka ini. Tetapi, masih juga tak makan saman. Sudahnya, bila dah Luna buat begini barulah beria - ria hendak menyesal.
“Hm… Raf dan Rian. Sama - sama bodoh. Betul apa yang Leen kata kan? Dheam otak keldai. Tapi, Raf ni otak lembu. Rizq pula otak lembu. Dahlah, aku dah penat. Aku nak balik dulu”. Pamit Encik Rash lantas dia membuka langkah meninggalkan kawan - kawannya.
“Bodoh tiga serangkai!” Kutuk Encik Fahim dengan nada bengang lantas dia membuka langkah pergi mengikuti Encik Rash.
Encik Rizky menghela nafas.
“Aku tak nak marah lebih - lebih sebab ada yang lebih marah berbanding aku. Jadi, kau fikirlah apa yang kau nak jawab pada keluarga kau nanti. Ah, satu lagi Luna tak mati. Dia hilang je. Aku cadangkan tak payahlah cari dia sebab kau orang mungkin akan menyusahkan dia lagi. Kali ini, biar aje dia bahagia dengan pilihan dia dan dari cengkaman kuku besi”. Tutur Encik Rizky lalu dia melangkah tanpa berpaling lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
Roman d'amourDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...