BULAN tampak indah menghiasi langit malam ditemani dengan bintang - bintang. Perasaan sangat gembira apabila aku menaiki ferris wheel bersama - sama walid. Tapi, nampaknya walid seorang saja yang tidak menikmati keindahan malam ini kerana walid kelihatan cuak benar.
“Walid takut ke?” Soalku.
“T-tak takut”. Nafi walid dengan pantas.
“Betul ke?”
“Takkan walid nak tipu? Walid takkan naik dengan Luna kalau walid takut nak naik”. Bidas walid penuh ketegasan.
Aku menyimpul senyuman lalu aku bangkit.
“Lu-Luna. Duduk!” Tegur walid dengan kalut.
“Kenapa? Luna rasa nak melompat aje”. Aku melompat.
Muka walid terus jadi pucat.
“Ja-jangan lompat!”
Aku melompat lagi.
“Ok-okey, walid takut naik ferris wheel!” Akhirnya, walid mengaku juga. Aku terus saja melabuhkan punggung di tempatku supaya aku dapat menatap walid secara berhadapan.
“Kenapa walid naik kalau walid takut?”
“Walid tak sanggup nak tolak bila walid nampak Luna teruja. Luna tak pernah senyum macam ni jadi walid rasa serba salah”. Balasnya perlahan.
“Walid…”
“Walid takut. T-tapi taklah takut macam kucing. Biasalah tempat tinggi - tinggi ni”. Walid tertunduk tanpa menatapku.
Ego walid masih bersisa tetapi apa yang berbezanya ialah walid bercakap denganku.
Aku tersenyum.
Aku terus saja bangkit lalu mendekati walid. Aku melabuhkan punggung bersebelahan walid lalu tubuhnya dipelukku.
“Luna sayang walid. Terima kasih sebab walid masih sudi mengikut Luna naik ke sini meskipun walid takut. Luna sangat - sangat hargai. Luna juga tak sangka walid menangkan Luna…”
“Luna ikut cakap walid. Tak ada apa yang walid nak marah lagi”. Balas walid tenang.
Aku tersenyum.
“Walid nak tahu kenapa Luna suka naik ferris wheel? Tempat ni tinggi dan cantik. Kita boleh nampak bulan di situ. Nampak terang aje pada waktu malam. Tapi, ini kali pertama Luna naik dengan walid dan tempat ni rasa beekali ganda cantik. Luna takkan lupa sampai bila - bila kenangan dan masa yang Luna luangkan bersama - sama walid”. Kataku.
Walid mengusap rambutku.
“Luna. Walid bangga Luna tetap kuat dan teruslah kuat”.
Aku tetap akan kuat.
Sekalipun suatu hari nanti walid kembali memilih untuk membenci Luna tetap akan sentiasa ikhlas untuk menyayangi. Luna takkan mengalah malahan terus berjuang selagi Luna mampu. Tapi, Luna minta maaf andai kata suatu hari nanti dugaan itu payah untuk Luna hadapi maka Luna akan mengalah sekali pun Luna tak mahu.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomansaDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...