HARI berganti hari. Bulan berganti bulan. Mujur aje tahun masih belum berganti tapi, ini dah cukup lama Rizq biarkan aku di rumah sendirian.
Apa aje faedah aku sebagai seorang isteri jika aku hanya terkurung di dalam rumah dengan terikat gelaran isteri Rizq? Semua perkara ini sangat - sangat tak guna tahu tak?
Penat aje aku praktik hendak menjadi isteri terbaik.
Tapi, apa yang aku buat kalau dua bulan Rizq mengabaikan aku? Laureen tak bagi dia balik?
What the hell?
Adakah dia lupa perkataan ‘adil’ ketika berpoligami? Jika dia tak pandai nak adil lebih baik aje dia ceraikan aku supaya aku boleh hidup dengan lebih tenang dari gangguan orang.
Pintu rumah dikuak.
Panjang umur dia.
Rizq melangkah masuk ke dalam rumah lalu dia merebahkan tubuh di atas sofa. Aku memerhatikan wajahnya dengan pandangan tajam. Baru aje balik dia terus duduk atas sofa? Dia lupa aku ini isteri dia ke?
“Kenapa pandang abang macam itu, Luna? Cuba tanya abang nak minum air apa. Datang urut bahu abang. Tak pun manjakan abang. Ini tak, abang balik aje Luna dah buat muka. Lebih baik abang duduk rumah Laureen aje. Dia lagi pandai menjaga abang berbanding Luna”.
Aku mengetap bibir.
Sumpah, aku tak tipu ini sangat menyakitkan.
“Abang nak Luna layan abang macam itu tapi kenapa abang dah abaikan Luna dua bulan? Abang tak adil dengan Luna!” Aku membentak keras.
“Abang baru je kahwin dengan Laureen kan? Adil abang berbulan madu dengan dia dulu. Lagipun, Laureen takut nak dibiarkan sendirian. Luna tak apa sebab Luna tu dah biasa”. Ujar Rizq bersahaja.
Aku menahan rasa.
“Berapa lama abang nak duduk di rumah?” Soalku padanya.
“Abang baru aje balik. Takkan dah kena halau?” Soal Rizq semula.
“Luna bukan nak halau. Luna nak tahu aje manalah tahu isteri kesayangan abang tu tak bagi abang tinggal lama - lama dengan Luna. Abang pun bukan pandai adil. Biar nanti di padang masyar abang jalan dengan bahu senget sebab abang tak adil”. Ujarku berbaur perlian.
“Luna ni kenapa? Suka sangat cari gaduh dengan abang? Luna tak suka abang balik Luna cakap saja!”
“Abang yang tak nak jumpa Luna!”
“Luna ni langsung tak sama macam Laureen! Luna tak pandai nak layan abang langsung. Luna tak manja. Luna tak prihatin dan Luna langsung tak pandai menggoda. Apa yang Luna tahu marah dan marah! Luna ingat Luna seorang aje ada hati? Kalau Luna buat perangai macam ini siapa aje yang nak bertahan dengan perangai Luna?! Abang pun tak sangguplah. Patutlah walid lagi sayang Laureen berbanding Luna!” Jerkah Rizq.
Aku mengetap bibir.
Telefon bimbit Rizq berdering.
Dia memandangku tajam lantas dia menjawab panggilan itu.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...