SEMINGGU telah pun berlalu maka aku telah sah menjadi hak milik mutlak seorang Rizq Althaf. Tiada perasaan bahagia yang menyapa melainkan aku merasa bebanan yang berat tertanggung di bahu.
Aku memandang walid yang sedang berbual dengan ayah angkat aku yang lain. Jadi, mulai hari ini aku harus menggelarkan abah dan ibu sebagai babah dan dibu sama seperti Rizq sentiasa memanggil ibu bapanya itu.
Betul ke pilihan aku?
Abang Afwan tak datang ke majlis ini kerana dia masih lagi belum sembuh disebabkan kemalangan. Tentu saja Angel sibuk menjaga abang aku dan anak kembar dia.
“Luna…” Aku memandang Kak Aynaa yang mendekatiku. Tanganku digenggam dengan lembut.
Kak Aynaa cantik.
Inilah yang membuatkan Abang Afwan gila bayang.
“Luna kena terima Rizq seikhlas hati sebab Luna dah jadi isteri dia. Haram bagi seorang isteri mencintai lelaki lain. Luna faham kan?”
“Tapi, Rizq pun tak cintakan Luna…”
“Luna ambil hati dia sebagai seorang isteri. InsyaAllah nanti Rizq akan cintakan Luna. Mustahil sangatlah kalau Rizq tak mahu cintakan perempuan cantik macam Luna ni. Luna jangan sedih tau. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kak Aynaa tahu yang Luna sangat kuat. Kuat lebih dari apa yang Kak Aynaa fikirkan. Apa pun selamat pengantin baru”. Kak Aynaa menghulurkan sebuah beg yang cantik berwarna merah jambu.
Di dalam beg itu ada kain telekung.
Aku kembali menatap wajah Kak Aynaa yang mengukirkan senyuman manis.
“Andai hati terasa sarat bersujudlah kembali pada Allah. Sesungguhnya DIA Maha mengetahui segalanya”. Kata Kak Aynaa.
Aku mengangguk.
“Terima kasih…” Ucapku perlahan.
“Selamat pengantin baru!” Erk-
Tiba - tiba aje aku dipeluk oleh Abang Affan membuatkan tubuhku menjadi mengeras. Selama aku hidup tak pernahlah dia nak peluk aku macam ini. Perangai Abang Affan pun lebih kurang aje macam Kak Raifa.
Kasar.
“Abang janganlah peluk macam itu. Terkejut Luna”.
“Ala tak payahlah marah. Abang teruja je Luna ni dah jadi bini orang. Luna jaga diri tau. Jika Rizq tu pukul Luna atau apa - apa yang menyakitkan Luna. Beritahu Abang Affan. Abang Affan akan tabuh dia”. Tutur Abang Affan sambil memeluk batang leherku dengan erat.
Aku hanya mengangguk perlahan.
Kak Aynaa menyentuh dahinya.
Tertekan nampaknya.
“Kakak!” Elok aje Abang Affan melepaskan aku tiba - tiba saja Aqhar memeluk pinggang aku dengan begitu erat.
Aku tersenyum.
Aqhar.
“Kakak jangan keluar dari rumah. Aqhar sunyi”.
“Aqhar…”
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...