CAHAYA yang menyapa wajah membuatkan aku bangun dari pembaringan. Aku bangun dengan perlahan - lahan namun batang tubuhku terasa sangat sakit seolah - olah aku pernah terlibat dalam kemalangan.
Aku menyentuh kepalaku.
Sakitnya.
Kenapa aku berada di dalam bilik yang asing macam ini?
Pintu bilik dikuak dari luar membuatkan aku melemparkan pandangan ke arah Rizq yang melangkah masuk ke dalam bilik.
“Abang!” Aku terus saja turun mahu mendapatkan Rizq namun tubuhku terasa sangat - sangat lemah membuatkan aku terjatuh di atas lantai. Tapi, Rizq lekas saja membantu aku supaya duduk semula di atas katil.
“Kenapa turun dari katil? Luna. Luna tu masih sakit lagi jadi lebih kalau Luna duduk aje diam - diam di atas katil. Pastikan dapat rehat yang cukup!” Pesan Rizq sambil menyentuh pipiku.
Aku memandang keliru wajahnya itu.
“Kenapa abang buat baik pada Luna? Kita berdua bergaduhkan? Abang pilih Laureen berbanding dengan Luna. Kenapa abang tiba - tiba jadi baik pula?” Soalku dengan nada keliru.
“Ab-abang dah ceraikan Laureen. Luna aje isteri terbaik untuk abang”. Ujar Rizq penuh yakin.
Aku mengerutkan dahi.
Aku isteri yang terbaik untuk dia?
“Abang demam ke? Luna sedar abang kahwin atas sebab arahan walid dan babah aje. Jadi, abang tak payahlah berpura - pura. Kita kan tinggal berdua je. Tapi, kenapa tiba - tiba aje kita ada di rumah ni? Kita ada di mana?” Soalku keliru.
“Kita ada di Pahang”.
Pahang?
Apa pasal jauh dari rumah walid yang ada di Kuala Lumpur atau rumah Rizq yang ada di Selangor?
“Kenapa kita pindah ke sini?”
“Abang tak nak ada orang kacau kita. Semua orang cemburu dengan perkahwinan kita. Itu yang abang bawa Luna pindah sini. Tapi, abang tak tahu Luna mengandung”.
“Luna mengandung?” Aku terus menyentuh perut sendiri.
Tak ada.
“Maaf. Sewaktu kita nak datang ke sini Luna dah keguguran. Luna kemalangan dengan abang. Luna jangan sedih tau”. Pujuk Rizq lembut sambil mengusap rambutku dengan penuh kasih.
Aku mengandung?
Aku keguguran?
Bagaimana aku boleh bersama dengan Rizq sedangkan selama aku memikat dia selalu aje menolak aku. Dia sering mengatakan bahawa dia masih belum cintakan aku. Tapi, ini…
Aku mengerut dahi.
Peliklah.
Aku memandang gelang di tanganku.
Gelang yang cantik.
Aku berbaik dengan Rizq tapi aku tak ingat ke? Kenapa pula aku boleh terlupa tentang hal ni?
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...