RIZQ temani kami berdua tetapi dia hanya duduk berehat di atas bangku sementara aku dan Farhan duduk di atas buaian yang terletak tidak jauh dari kedudukan Rizq.
“Kenapa dia ikut kau?” Soal Farhan tak puas hati.
“Dia kan suami aku. Dia mesti risau setiap apa yang aku buat”. Balasku dengan tenang.
“Tapi, aku tak suka dia jadi suami kau. Kenapa kau tak tunggu abang aku aje, Luna?” Soal Farhan tak puas hati.
“Walid aku suka dia. Walid tak kenal pun siapa Nash. Tengok ajelah dia siap halau kau lagi. Aku tak sanggup bila tengok walid halau Nash pula. Aku…”
“Kau masih sayangkan Abang Nash kan?”
Aku mengangguk.
Farhan mengukirkan senyuman lega.
“Tapi, aku kena belajar untuk melupakan dia sebab aku dah jadi isteri Rizq. Nash sekarang ni dah menjadi sejarah aku. Rizq pula masa depan aku”. Tukasku sambil memandang Farhan yang sudah tidak puas hati.
“Kau tak faham situasi Abang Nash. Ada sebab dia terpaksa mungkir janji…”
“Apa sebabnya?” Soalku semula.
“Aku nak sangat beritahu kau. Abang Nash tak bagi aku beritahu sebab dia nak beritahu kau sendiri. Kau nak tahu tak? Abang Nash memang betul - betul terseksa masa dia tahu kau dah jadi isteri Rizq. Banyak dugaan dia membuatkan aku betul - betul kesian dengan Abang Nash…” Gumam Farhan.
Aku serba salah apabila mendengar bicara Farhan.
Gayanya seolah - olah aku telah meninggalkan Nash dalam keadaan sukar sedangkan aku sibuk mengejar kesenangan.
Bukan begitu.
“Aku nak kasih sayang walid aku aje. Aku minta maaf jika pilihan aku ni membuatkan kau beranggapan yang aku dah mengkhianati abang kau. Aku betul - betul cintakan dia, Farhan. Tapi jodoh aku dah tertulis dengan Rizq”. Kataku dengan perlahan.
Farhan menghela nafas resah.
“Luna…” Suara Rizq membuatkan aku dan Farhan mengangkat wajah memandang Rizq yang sedang berdiri dihadapanku bersama - sama seorang kawan lelakinya.
“Ini kawan abang. Helmi. Helmi, ini adik aku. Luna”. Katanya dengan senyuman.
Farhan hendak menempelak Rizq tetapi aku menahan tangannya supaya dia tidak terus bangkit. Mengenali Farhan bertahun - tahun lamanya membuatkan aku sudah hafal setiap tindak - tanduknya.
“Hai, Luna”. Sapa Helmi bersama - sama senyuman manis.
Aku mengukirkan senyuman nipis.
“Luna. Abang nak pergi makan dengan kawan abang sekejap. Nanti abang datang semula. Luna boleh tunggu abang di sini kan?” Soal Rizq dengan begitu lembut.
“Boleh”. Balasku ringkas.
“Jomlah, bro”. Gamit Rizq seraya menarik tangan kawannya supaya mengikuti langkahnya.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomansaDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...