KELUAR saja dari bilik aku melihat Nash dan Rizq sedang bertekak di ruang tamu. Aku mengerutkan dahi memandang wajah Nash dan Rizq. Kenapa mereka berdua tak ngam sangat?
“Apa yang kau buat di sini, Nash? Aku suruh kau balik kan?” Soal aku dengan nada hairan.
“Abang kan dah kata kita berdua ni pasangan suami isteri. Jadi, abang takkan mengalah sampai Luna ingat semula semuanya. Apa pun sinilah Luna kan tengah berpantang. Luna sepatutnya kena pakai stokin supaya angin tak masuk”. Ujar Nash seraya menarik tanganku supaya mengikuti langkahnya menuju ke arah sofa.
“Jangan sentuh isteri aku!” Bentak Rizq.
“Kau tu yang tak boleh sentuh isteri aku! Kau tahu kan Luna ni dah bertudung. Suka hati abah kau aje nak tengok aurat Luna aku!” Ujar Nash dengan nada yang cukup garang.
Aku bertudung.
Nash pakaikan stokin untuk aku.
Aku memandang wajahnya.
“Luna ni isteri abang. Abang tak tipu sebab kita berdua memang jatuh cinta antara satu sama lain. Luna sangat - sangat perlukan abang sama macam abang perlukan Luna. Hari bahagia kita abang tak pernah lupa walaupun sekali”. Nash menyudahkan kerjanya memakaikan stokin untuk aku.
Nash terus saja bangkit lalu dia melabuhkan punggung disebelahku.
“Ini, gambar kita nikah”. Nash menunjukkan gambar itu padaku.
Nash memeluk pinggangku dengan erat dan aku juga memeluk lengannya dengan senyuman yang cukup bahagia.
Aku gembira.
“Luna jangan terperdaya dengan hasutan Nash. Dia menipu! Gambar tu dia edit aje supaya nampak cantik”. Celah Rizq dengan nada yang tak puas hati.
“Diamlah kau. Kau nak menipu pun tak pandai! Kau nak main - main dengan aku. Kau fikir aku ni akan berdiam diri macam orang bodoh ke kalau lelaki lain yang nak rampas isteri aku?!” Soal Nash dengan garang.
“Ini video yang abang rakam masa Luna mengandung Nubhan”. Nash memainkan video itu.
“Alala comelnya isteri abang jalan terkedek - kedek macam ni”. Suara Nash menyapa aku yang tengah berjalan menuruni tangga. Perutku yang membukit nampaknya menyukarkan aku untuk berjalan.
“Nubhan ni aktif sangatlah, abang. Dia tendang perut Luna macam dia tendang bola”. Omelku.
Nash ketawa.
“Nak abang dukung?”
“Nak! Nak!”
“Cakap Luna cintakan abang dulu. Baru abang dukung Luna”. Pipiku waktu itu terus saja memerah.
“Cakaplah, Luna”.
“Luna cintakan abang. Dah Luna nak dukung!” Rengekku.
Nash merapatiku lalu aku didukungnya.
“Luna manja ni. Abang rakam video tau nanti boleh tunjuk pada Nubhan”.
Aku ketawa.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...