AKU masuk ke dalam bilik.
Nampaknya, Rizq sedang melangkah keluar dari tandas dengan keadaan bertuala bersama - sama Laureen yang berkemban. Aku mengetap bibir memandang mereka berdua.
Kenapa mereka mandi di dalam bilik aku?
“Luna…”
“Maaflah, Luna. Laureen pinjam bilik sekejap. Badan kami rasa belengas sangat itu yang terpaksa mandi awal. Luna tak kisahkan kalau malam ni Laureen nak pinjam bilik Luna? Laureen nak tidur di sini”.
“Babah dah ajak kita tidur di rumah dia”. Tegur Rizq pada Laureen.
“Tak nak. Laureen nak tidur dalam bilik ni dengan abang sebab bilik ni sangat - sangat cantik. Boleh kan, Luna?” Soal Laureen dengan nada yang meleret membuatkan aku mengetap bibir.
Rizq juga memandangku.
“Boleh”.
“Ah, alang - alang. Luna pergi balik ke rumah sendiri. Tak ada apa pun yang Luna boleh buat di sini sebab Luna akan menyemakkan pandangan mata Laureen aje. Kalau Luna ada mesti abang juga serba salah nak melayan Laureen dengan manja. Betulkan, abang?” Soal Laureen dengan lembut.
Rizq mengangguk.
Aku menghela nafas.
“Buatlah apa yang Laureen suka. Luna tak tahu nak cakap apa lagi”. Kataku lantas aku berura ingin melangkah keluar dari bilik. Rizq menarik tanganku dengan lembut membuatkan aku menoleh memandang seraut wajah kacaknya itu.
“Boleh berhenti sakitkan hati abang? Macam mana abang nak sayang Luna kalau Luna suka buat abang marah?”
“Masalahnya, Luna tak curang. Luna keluar beli baju ni dengan Farhan”.
“Kalau nak beli baju kenapa tak ajak abang?”
“Abang nak suruh Luna ajak abang? Abang lupa ke yang abang asyik berkepit dengan perempuan ni 24/7? Apa yang Luna nak cakap pada abang semua abang tak dengar. Abang abaikan Luna. Abang letak Luna di belakang! Kalau abang tak sayang Luna, abang tak perlu seksa Luna. Abang lepaskan Luna!”
“Kenapa kurang ajar sangat ni? Luna? Ini ke apa yang Abang Nash babggakan sangat dengan Luna? Tak sangka pula Luna kaki melawan”. Sinis Laureen.
Dadaku berombak.
“Laureen. Kau nak suruh aku tunduk macam anjing baru kau puas hati ke? Aku terima Rizq kahwin dengan kau bukannya sebab aku patuh arahan Rizq sebagai seorang suami. Aku terima sebab walid yang nak kau kahwin dengan suami aku. Satu lagi, aku tak kurang ajar dengan sengaja. Orang yang buat aku kurang ajar adalah orang yang tak menghormati aku. Kau masuk rumah aku tunjuklah hormat sikit. Ini tak. Berlagak aje. Kalau setakat anak arwah kawan baik walid tu tak payahlah, berlagak sangat. Tak berbaloi”. Sinisku.
Air muka Laureen berubah.
“Sampai hati Luna cakap macam ini pada Laureen. Ab-abang, tengoklah Luna ni. Hati Laureen terluka”. Adu Laureen bersama - sama esakkan.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
Любовные романыDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...