“NASH…” Pintu bilik itu dikuaknya dengan perlahan - lahan. Tampaknya, anak lelakiya itu menyembamkan wajah pada lutut sambil tersandar pada penjuru bilik.
Puan Nureen mengukirkan senyuman hambar.
“Nash…”
Dia memanjat katil lalu Puan Nureen melabuhkan punggung bersebelahan Nash. Rambut Nash diusapnya dengan cukup lembut.
“Nash…”
“Nissa dah tak ada. Nash dah gagal sebagai seorang abang. Nash tak boleh nak tolong dia sembuh dari kanser o-otak tu…” Nash menatap seraut wajah ibunya yang merenung risau wajahnya.
“Nash teruk…” Nash menggogoi sayu.
“Taklah…”
“Na-Nash tak dapat tunaikan permintaan ayah untuk jagakan Nissa. Na-Nash tak boleh diharap. Ayah mesti kecewa”.
“Nash. Ibu nampak usaha Nash. Nash dah berusaha semampu Nash untuk selamatkan Nissa. Tapi, Nash tak mampu macam mana lagi Nash nak buat kan? Itu ketentuan Allah, sayang. Ibu redha. Nash pun kena redha”. Pujuk Puan Nureen dengan lembut.
Nash memeluk tubuh ibunya.
Tangisan dihamburkan semahunya.
Perit baginya apabila dia menjadi doktor yang membedah adik sendiri tetapi dia yang tak mampu menyelamatkan adiknya. Kini, dia telah kehilangan satu - satunya adik perempuan yang dia sangat sayangi untuk selama - lamanya.
“Nash rindu Nissa…” Adu Nash lagi.
Berita yang berat untuk dia tambahan lagi apabila terpaksa menghadap pergaduhan dengan Luna.
Hatinya menjadi semakin berat apabila Luna memutuskan hubungan dengannya.
Entah apa yang mahu terjadi pada dirinya? Dua gadis kesayangannya mulai pergi menjauh darinya. Nissa telah pun kembali menghadap Ilahi sementara Luna pula telah menjadi isteri orang lain.
“Nash…”
“Sakit bila kehilangan, ibu. Nash dah hilang Nissa. Nash hilang Luna juga. Na-Nash memang tak layak bahagia ke, ibu?” Soal Nash dengan sayu.
“Ujian, Nash. Ibu pasti semuanya ada kemanisan untuk Nash. Jangan pandang betapa sakit rasanya. Nash kena ingat betapa manis nikmatnya setelah Nash bersabar menghadapi kedukaan”. Pujuk Puan Nureen dengan lembut.
Air mata menitis.
Puan Nureen mengusap lembut rambut Nash.
Tiba - tiba saja bunyi loceng rumah mereka bergema membuatkan Puan Nureen lekas bangkit untuk membuka pintu utama.
Nash membetulkan duduknya lalu air matanya diseka.
“Abang Nash simpankan semua barang Nissa ya? Jangan bagi siapa - siapa pun guna kecuali perempuan tu perempuan yang Abang Nash hargai”.
“Kenapa tiba - tiba?”
“Entahlah. Nissa rasa tak sabar nak jumpa ayah”.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...