LAUREEN memakai pakaian yang cukup comel semasa dia keluar bersama - sama abangnya, Nash. Bukan senang dia hendak keluar ke pasar raya bersama - sama abangnya itu memandangkan abangnya jenis yang sangat - sangat cerewet dan tak suka dia berkepit.
Tapi, takkanlah mahu bermanja dengan abang sendiri pun salah?
Luna itu hari - hari berkepit dengan abangnya sedikit pun abangnya tak merungut malahan boleh gembira lagi. Hmph.
Laureen tunduk mahu mengambil gula - gula kesukaannya yang berada di rak yang paling bawah. Elok saja dia memegang bekas gula - gula itu ada tangan juga yang memegang bekas yamg sama.
Laureen memandang dua orang remaja lelaki yang kira - kira berusia 13 tahun yang berdiri dihadapannya.
Mereka berdua mengetap bibir.
Tangan mula dialihkan dari terus memegang bekas gula - gula itu.
“Tak apa, Haf. Kita pergi ajak abi pergi ke kedai lain saja. Kau boleh jumpa gula - gula lain di situ”. Pujuk remaja lelaki itu.
Remaja lelaki seorang lagi hanya mengangguk saja.
Laureen pula rasa serba salah.
“Eh, adik. Nanti!” Laureen menghalang kedua - dua remaja lelaki itu dari terus pergi.
“Kakak nak tanya. Adik - adik suka sangat ke dengan gula - gula ni?” Soal Laureen dengan lembut.
“Saya tak suka. Abang kembar saya yang suka. Tapi, kakak janganlah risau sebab kami boleh pergi cari di kedai yang lain. Jom, Haf”.
“Eh nanti. Kakak boleh bagi gula - gula ni pada adik berdua sebab kakak pun taklah makan sangat gula - gula ni. Sebagai pertukaran kakak nak tanya siapa nama adik berdua yang hensem ni?” Soal Laureen dengan senyuman manis.
“Maaf kak. Kami berdua tak berminat nak jadi anak ikan”. Bidas remaja lelaki itu mendatar.
Remaja lelaki yang seorang lagi hanya mengangguk sebagai tanda dia menyokong bicara adik kembarnya itu.
Laureen melopong.
“Eh, kakak bukan nak adik - adik jadi anak ikan. Kakak hanya nak tahu saja nama adik - adik sebab adik - adik ni hensem. Mana tahu nanti kakak ada anak yang hensem. Bolehlah kakak cari nama yang hampir sama dengan adik - adik. Boleh?” Soal Laureen lagi.
“N-nama saya, Hafiey Adam. Kakak boleh panggil saya, Adam. Ini, adik k-kembar…” Wajah Hafiey merona merah apabila melihat Laureen memandang wajahnya. Terus saja dia bersembunyi di belakang adik kembarnya membuatkan remaja lelaki itu menghela nafas bersama - sama wajah bosan.
“Nama saya, Alfi Zuhair. Kakak boleh panggil saya, Alfi. Kakak jangan pandang abang saya lama - lama sebab dia malu dengan perempuan. Kakak nak pandang kakak pandang saya je. Saya tak kisah”.
Laureen tergelak mendengar bicara selamba Alfi.
Anak siapalah ini banyak akal sangat.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...