RAIFA berjalan saja di dalam rumah memandangkan anak - anaknya masih belum bangun dari lena. Oleh kerana suaminya sibuk bekerja jadi Raifa meminta Zayyan mengizinkan dia pulang ke rumah walidnya agar dia dapat meluangkan masa bersama - sama walidnya. Sementara anak sulungnya yang cacat itu pula dibawa Zayyan sekali pergi bekerja.
Zayyan melayani Reiss melebihi dua anak perempuan yang lain membuatkan Raifa berasa seolah - olah dia tak pandai menjaga Reiss.
Raifa menuju ke arah dapur.
Nampaknya, walidnya sedang berbual mesra dengan umminya membuatkan Raifa mengukirkan senyuman manis lantas dia mencelah antara walid dan umminya itu. Kedua - dua bahu dipaut dengan senang.
“Walid! Ummi!” Tegur Raifa dengan nada girang.
Puan Widya mengalihkan tangan anak perempuannya itu dari terus memaut bahunya membuatkan air muka Raifa berubah.
“Wifey…” Tegur Encik Raf dengan nada lembut.
Puan Widya hanya menghiraukan teguran suaminya malahan dia hanya melakukan kerja - kerjanya seperti biasa. Anak perempuannya itu dibuat seolah - olah tidak wujud di situ.
Encik Raf menghela nafas apabila melihat kerenah isterinya itu.
Telefon Encik Raf tiba - tiba saja berdering membuatkan Encik Raf mengeluarkan telefonnya itu. Tak sangka pula Rizq menghantar gambar padanya awal - awal pagi begini.
Apa agaknya?
Gambar Luna yang sedang tidur nyenyak?
Raifa juga menjenguk telefon walidnya sekali.
Air muka Encik Raf terus saja berubah apabila melihat gambar seorang perempuan asing yang hanya menutup tubuh dengan selimut berada berdua - duaan dengan Rizq dalam sebuah bilik hotel.
Rahang Encik Raf bergerak - gerak.
Raifa dalam diam hanya menyimpulkan senyuman manis. Sudah pastinya, Luna sedang menderita sekarang ini. Layak sungguh!
“Budak sial!”
Puan Widya mengerutkan dahi apabila mendengar carutan suaminya itu.
“Kenapa ni, husband?” Soal Puan Widya ingin tahu.
“Wifey tengok apa yang si Rizq ni buat dengan perempuan lain? Husband harapkan dia menjaga anak kita sebab husband ingat dia baik! Tak sangka pula perangai dia ni macam iblis!” Ujar Encik Raf penuh berang sambil mendekati isterinya itu.
Puan Widya juga seakan - akan tidak percaya.
“Husband nak pergi rumah dia! Husband nak belasah dia!” Bentak Encik Raf tak puas hati.
“Husband jangan bertindak dengan melulu. Apa kata husband telefon aje Rian dulu. Mana tahu Rian tak tahu tentang Rizq? Bincanglah dengan Rian dulu…” Pujuk Puan Widya dengan lembut.
“Tapi, Luna…” Encik Raf menggumam perlahan.
Luna pasti kecewa.
“Husband nak jumpa Luna”.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...