RIZQ marah aku.
“Ab-abang, Luna…”
“Boleh berhenti minta maaf? Abang penatlah dengar Luna asyik minta maaf aje walhal Luna ulang semula semua perkara! Luna memang tak pandai nak menjaga aib abang!”
“Kenapa abang nak rasa malu? Abang yang kenalkan Luna pada kawan abang sebagai seorang adik. Abang takkan malu jika adik abang ni peluk lelaki lain. Luna bukan peluk Farhan. Farhan hanya pujuk Luna menangis aje”. Kataku tegas.
“Melawan? Ah, inilah sebabnya abang tak bagi Luna jumpa Farhan. Melawan sangat cakap abang”.
Aku diam.
“Luna memang menyusahkan. Jadi isteri pun tak meringankan beban abangg lagi”.
“Jadi, abang pergi aje beritahu walid yang Luna ni teruk! Abang beritahu walid 1001 kelemahan Luna supaya abang ada alasan untuk buang Luna dari hidup abang. Abang tak perlu susah - susah lagi menanggung Luna sebagai bebanan”. Bidasku dengan penuh geram.
Sakit juga hati aku bila Rizq tak habis - habis meletakkan kesalahan di atas bahu aku.
Rizq menumbuk geram meja di ruang tamu lantas dia terus saja masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan aku.
Aku duduk sendirian di ruang tamu.
Sudah semestinya aku sangat - sangat sakit hati sekarang ini.
Rizq tak bagi aku berada dekat dengan Farhan sedangkan Farhan yang sentiasa ada untuk menenangkan aku.
Aku juga tak mahu mengganggu sesiapa kerana ini urusan hidup aku.
Justeru itu, kenapa mesti aku yang sentiasa disalahkan? Rizq tak nampak ke semua kesilapan yang dia sudah lakukan?
Jika dia bertegas dengan babah dan walid…
Kami berdua takkan berkahwin!
L U N A
LAMA juga Rizq berkurung di dalam bilik. Dua jam telah berlalu sementelah pergafuhan kami berdua tetapi Rizq tetap juga enggan keluar dari bilik meskipun dipujukku berkali - kali.
Aku memang tak pandai nak ambil hati suami.
Aku ni Raisya Asluna.
Hanya lelaki yang hatinya kental saja boleh bertahan dengan perangai aku ini. Nampaknya, Rizq pun tak boleh bertahan dengan aku.
Haih…
Aku melabuhkan punggung di atas lantai lalu aku menyandarkan tubuh pada dinding.
Mata dipejam rapat mengingati saat pertama kali aku bertemu dengan Nash…
“Mana si Farhan ni?” Gumamku bersendirian.
Kelibat Farhan tiada kelihatan di mana - mana membuatkan aku berasa sakit hati. Janjinya pukul dua petang. Ini sudah pun pukul tiga!
Grrr…
Janji dicapati betul!
“Assalamualaikum, little devilish”. Aku mengerut dahi.
![](https://img.wattpad.com/cover/226762348-288-k1068.jpg)
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...