PENDERITAAN?
Perkara itu takkan pernah padam dari kamus hidup aku kerana dia akan ada mengikutiku sejak bermula dari hari kelahiranku. Kalah dengan penderitaan itu bukanlah aku. Meskipun aku tak mampu berjuang untuk mengatasi penderitaan tetapi perkara yang aku boleh lakukan ialah menempuh penderitaan.
Apa yang lebih derita bagi seorang isteri selain melihat suaminya menikahi perempuan lain?
“Luna…” Aku memandang Farhan yang duduk di depanku sambil dia menghidangkan makanan untuk aku. Farhan ini yang menawarkan diri untuk menemaniku menghadiri majlis pernikahan Rizq dengan Laureen pada hari esok.
“Kau makanlah dulu. Aku tahu dari semalam kau tak makan”. Pujuknya dengan lembut.
Aku tersenyum pahit.
“Hari esok suami aku bernikah dengan perempuan lain. Bodoh ke aku datang ke majlis tu?” Soalku perlahan pada Farhan.
Farhan menggeleng.
“Kau tak bodoh. Kau kuat, Luna. Percayalah apa yang kau hadap masa ini akan buat kau rasa berbaloi. Kau takkan selamanya derita, Luna. Suatu hari nanti bahagia kau tu akan memadamkan semua derita kau”.
Air mataku gugur.
“Ke-kenapa majlis perkahwinan mereka mewah?” Soalku perlahan.
Aku pula hanya buat majlis kecil - kecilan saja sedangkan perkahwinan Rizq dengan Laureen kali ini pula diadakan dengan besar - besaran. Ramai wartawan akan datang membuat liputan. Rizq langsung tak berniat hendak merahsiakan perkahwinannya dengan Laureen seperti apa yang dibuat padaku.
“D-dia buat aku macam ni. D-Dia tak tanya pun aku rasa apa tapi dia ikut aje apa arahan babah dan walid. Ya, bagus jadi anak yang soleh tapi aku ni siapa pada dia Farhan… aku ni sampah ke?” Soalku dengan suara yang bergetar.
“Luna…”
“Ak-aku tahu aku kuat. Aku nak tunjuk yang aku takkan kalah pada orang yang memandang rendah pada aku. Tapi, Farhan. Hati aku ni jadi sangat - sangat sakit bila suami aku kahwin dengan perempuan lain. Kenapa dalam banyak - banyak lelaki dalam dunia ni dia nak kahwin dengan suami aku?” Soalku lirih.
Aku menatap Farhan.
Air mataku gugur.
Farhan terus saja bangkit lalu dia menarik kerusinya rapat padaku. Kepalaku ditarik supaya bersandar pada dadanya.
“Aku ada, Luna. Aku sayang kau”. Pujuknya.
“Aku rasa sakit, Farhan. Sakit yang aku rasa sekarang ini berbeza dengan sakit yang walid buat pada aku. Apa yang Kak Raifa buat pada aku. Sa-sakit ini…” Aku teresak.
Sakit ini memang tak mampu lagi untuk aku ungkapkan.
“Eh? Patutlah suami boleh kahwin lain kan? Isteri dia ni boleh pula datang bercinta dengan lelaki lain. Betulkan, abang?” Suara Laureen mula menyapa halwa telingaku membuatkan aku mengangkat wajah memandang wajah dingin Rizq.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
Storie d'amoreDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...