AKU menghitung masa menunggu kelahiran si kecil yang berada di dalam kandunganku ini. Aku rasa hendak melahirkan si kecil ini sewaktu berada di rumah maka walid membawa aku pergi ke hospital. Nubhan berada di rumah dengan Aqhar kerana aku pasti anak lelaki juga mahu masuk ke dalam bersama - sama aku.
“Luna rasa selesa?” Soal walid dengan risau.
“Okey aje. Ummi nak buah epal lagi”. Aku mengangakan mulut supaya ummi menyuapku dengan buah epal.
“Luna boleh masuk ke dalam wad sendiri?”
“Boleh je”. Balasku dengan yakin.
“Baguslah. Ummi bukan apa walid kamu tu muka dia risau macam dia pula yang kena melahirkan anak. Jadi, ummi rasa lebih baik Luna jangan minta dia temankan Luna. Nanti dia buat pasal pengsan pula. Satu hal lagi doktor nak mengurus”. Cerita ummi sambil mengerling walid.
“Perkara yang dah lepas usahlah dikenang!” Ujar walid tak puas hati apabila ummi semakin nakal menyakatnya.
“Ala. Wifey cerita perkara yang patut dia tahu”. Balas ummi bersahaja.
Telinga walid memerah.
Walid malu nampaknya.
“Pst…” Ummi memanggilku.
Aku menjungkit kening.
“Berlakon nak beranak”. Bisik ummi dengan cukup perlahan namun jelas saja didengariku.
Aku melorek senyuman nakal.
Ibu jari ditunjuk pada ummi.
“Wa-walid. Ah, sak-sakit!” Aku mula berdrama.
Walid lekas saja mendekatiku.
“Lu-Luna? Wa-walid panggil doktor! Luna kena bertenang dulu. Luna kena bertenang!” Pujuk walid cemas.
Dia suruh aku bertenang tapi dia yang gelabah.
“Luna bergurau je. Hehehe!” Aku terus memeluk manja lengan walid.
“Eyy, bertuah punya Luna!” Pipiku ditarik geram.
“Awwww, sakitlah pipi Luna”. Aku merengek.
“Luna saja aje mengusik walid. Umminya pun sama aje”. Omel walid sambil mengerling tajam wajah ummi.
Ummi mengerdip matanya pada walid.
Walid menjuih bibir.
Mereka berdua ni comel!
Tiba - tiba rasa menyengat pada bahagian-
“Wa-walid. Um-ummi. Lu-Luna rasa…” Aku menarik nafas dalam lalu aku menghembuskan nafas perlahan - lahan.
“Luna janganlah main - main. Perkara tak lawaklah”. Tegur walid.
“Sakit! Tahu tak sakit?!” Aku menarik geram rambut walid membuatkan walid membulatkan matanya itu.
“Luna betul - betul dah nak bersalin ke?”
“Ya Allah. Luna dah tak tahan ni! Baby dah nak keluar!” Aku menjerit kuat.
“Abang cepatlah!” Ummi menggesa walid.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...