PINTU bilik diketuk.
Seorang gadis mendongak memandang wajah rakan sekerjanya yang melangkah masuk ke dalam bilik rawatan yang dihuninya itu.
"Iris. You kena uruskan pesakit special macam biasa. Tapi, kali ni pesakit you handsome". Puji wanita Cina itu.
Iris Daisy mengerutkan dahinya.
Pesakit handsome?
"Doktor Nash minta saya uruskan?"
"Ya, Doktor Nash minta you uruskan pesakit tu. Katanya, pesakit tu penting untuk isteri dia. I rasa pesakit tu ex-husband Puan Luna. Lelaki tu gila mesti sebab tak dapat terima hakikat". Ujar wanita itu dengan nada yang yakin.
Iris menguntum senyuman nipis.
"Apa kata kita berhenti singkap urusan dia? Mana pesakit tu?" Soal Iris seraya bangun dari tempat duduknya.
"Ini biodata dia".
Iris menerima huluran wanita itu.
Mereka berdua beriringan keluar dari bilik Iris lalu mereka menuju ke arah bilik khas yang ditempatkan pesakit itu.
Iris melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Macam mana, William?" Soal Iris pada rakan sekerjanya.
"Dia tak mahu bercakap dengan aku, Iris. Dia pandang ke arah lain. Eye contact pun dia tak mahu buat. Apa yang aku suruh semua dia tak nak ikut". Cerita William.
Iris mengemam bibir.
"Latar belakang dia merupakan seorang yang berbakat. Tapi, dia terus jadi macam ini sebab cinta? Teruk-"
Iris menampar belakang William.
William memandang Iris.
"Tugas kita pulihkan dia. Bukan bagi dia tertekan. Tepi, biar aku cuba uruskan". Tolak Iris lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengan Rizq.
"Hello, encik. Nama saya, Iris Daisy. Saya akan jadi kawan encik. Encik boleh cuba percayakan saya-Boleh, saya tahu nama encik?" Soal Iris dengan lembut.
"Cara kau selalu pelik, Iris".
"Kau diam".
Rizq diam.
Iris mengemam bibir.
"Saya baca latar belakang encik. Encik memang sangat - sangat berbakat. Abang Martin juga selalu cakap tentang encik. Saya minat juga lakonan encik. Encik yang saya kenal-"
"Rizq". Tutur Rizq mendatar.
"Okey, Rizq. Saya suka Rizq sewaktu Rizq berlakon. Saya taklah kenal terlalu ramai artis Malaysia. Tapi, Rizq antara artis yang saya suka. Tapi, sejak akhir - akhir ni banyak kontroversi melibatkan Rizq dan Rizq dah tak muncul sangat di dalam televisyen membuatkan saya sedih. Jadi, saya akan cuba bantu Rizq dengan tugas saya sebagai seorang doktor". Ujar Iris bersama - sama senyuman yang cukup manis.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...