MALAM. Nash memandikan Nubhan sama seperti kebiasaannya sewaktu di rumah kami. Namun, Nash suruh aku menunggunya di ruang tamu. Sedangkan, aku sentiasa menunggu dia di dalam bilik.
Ummi menghidangkan air untuk aku. Kemudian, dia terus berlalu ke dapur. Jadi, aku tinggal berdua je dengan walid.
Haih…
“Luna”, Teragak - agak walid menyeru aku.
Aku memandang dia.
“Lu-Luna sihat?”
Aku mengangguk.
“Baby tu dah berapa bulan?”
“Enam”,
“Tak lama dah lah. Perut Luna nampak kecil je. Walid rasa mesti baby lelaki ni. Luna tahu? Dulu, masa ummi mengandung anak pertama. Pertama kali pergi buat check-up ada satu je. Bila check kali kedua baru tahu ada dua. Masa nak check-up jantina anak barulah walid tahu ada tiga semuanya”. Cerita walid.
Aku diam.
Sebab dia dah dapat anak sulung perempuan. Dia dah tak nak ambil kisah tentang aku lagi.
“Lu-Luna bahagia dengan Nash?” Soal walid lagi.
“Bahagia lebih dari sesiapa jangkakan”. Nash melayan aku persis permaisuri dan bukannya hamba abdi.
Aku berteleku tanpa bersuara.
Walid mengetap bibir memandangku. Melihat wajahnya itu seolah - olah ingin mencari soalan lagi.
“Luna masuk bilik dulu”. Pamitku seraya berura mahu bangun.
“Lu-Luna, nanti!” Tak sempat aku bangun terus walid menahanku bersama - sama muka kalut.
Aku mengerutkan dahi memandang wajah walid.
Walid bangun mendekatiku lalu dia melabuhkan punggung di sebelah aku. Nampaknya, apa kena dengan walid ni?
Dia demam ke?
Walid menarik tubuhku ke dalam pelukan tanpa sebarang bicara. Perbuatan ini membuatkan aku menjadi terkedu. Sungguh, aku tak sangka langsung dia akan memilih untuk memelukku begini.
“Walid dah lama nak peluk Luna macam ni. Walid rindu pada Luna sangat - sangat. Walid tahu apa yang walid buat ialah silap besar. Walid hancurkan hati Luna. Walid cabar kesabaran Luna. Walid merosakkan masa depan Luna. Walid tak pernah menghargai Luna dan walid suka membandingkan Luna dengan adik Nash kan? Luna marah marah walid sebab semua perkara ini. Luna pendam semua sendiri sampai Luna tak tahan. Akhirnya, Luna memilih untuk membenci. Sekarang, boleh walid minta Luna luahkan semua pada walid?”
“Ta-tak nak…”
Walid mahu meleraikan pelukan tapi aku membalas pelukannya dengan erat.
“Luna tak nak luahkan”. Balasku.
Walid mengusap lembut belakang kepalaku.
“Raisya Asluna yang baik dan matang. Boleh, Luna tolong beritahu walid tentang isi hati Luna? Walid nak tahu sangat - sangat”. Pujuk walid dengan lembut.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...