TIBA - tiba rasa sedih menghambat hati apabila hari esok aku bakal pulang semula ke Amerika. Sememangnya, aku suka di sana kerana tempat aku melahirkan Nubhan. Tapi, di sini…
“Luna tak makan?” Suara walid yang menegur membuatkan aku memandang seraut wajahnya yang sudah berusia.
“Lu-Luna nak makanlah ni”. Balasku bersama - sama senyuman kelat.
Nash mengusap lembut belakang kepalaku.
Aku rasa nak menangis.
“Kenapa ni kakak?” Soal Aqhar pula.
“Luna nak abang beritahu atau Luna beritahu sendiri?” Soal Nash dengan nada yang cukup prihatin.
“Ab-abang…”
“Walid, ummi dan Aqhar. Sebenarnya, esok Nash ada kerja di Amerika. Jadi, kami kena balik semula ke sana pada hari ini”. Ujar Nash.
Sudu yang dipegang walid terus saja mencium pinggan.
Walid lekas saja bangkit meninggalkan meja makan tanpa sepatah bicara.
“Tak apa, Luna. Luna makanlah dulu”. Pujuk ummi dengan lembut membuatkan aku terpaksa juga menyambung makan meskipun aku sudah hilang selera.
“Kakak nak balik ke sana?” Soal Aqhar padaku.
Aku menatap Aqhar.
Air matanya mulai mengalir.
“Aq-Aqhar baru je balik sini. Kakak dah nak balik ke sana…”
“Nanti kakak boleh balik lagi. Ki-kita akan balik lagi, kan?” Soalku pada Nash dengan nada risau.
“Ya, kita akan datang ke Malaysia lepas abang selesaikan semua urusan abang di sana”. Balas Nash dengan lembut.
Air mataku gugur.
“Mama. Mama janganlah menangis”. Pujuk Nubhan dengan risau. Pipiku yang bersisa dengan air mata disekanya dengan penuh kasih sayang.
Sejuk hati aku tengok anak lelaki aku ni.
“Ummi terima semua keputusan Luna. Ummi faham Luna dah ada Nash dan Nubhan. Jadi, keputusan itu ialah hak Luna. Tak ada sesiapa yang boleh menghalang”. Ujar ummi.
Aku menggangguk.
Pada hakikatnya, aku tak nak balik ke Malaysia.
Aku kesiankan walid.
L U N A
SELESAI menjamu selera aku terus saja mencari walid.
Langkahku terhenti apabila aku melihat walid duduk di ceruk rumah. Dia memeluk tubuh sambil menyembamkan wajah pada lututnya. Terhinjut - hinjut bahunya menandakan walid sedang menangis.
Betul agaknya apa yang orang selalu kata.
Makin berusia seseorang itu dia akan bertukar menjadi kanak - kanak semula. Hati dia cepat terasa.
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...