MATA dipejam rapat.
Air mata gugur tanpa henti menandakan hatiku ini sudah terlalu sakit malahan aku rasa tak mampu lagi hendak menanggung segala derita yang bakal mendatang. Aku mengundurkan langkah.
“Luna!” Jerkahan walid membuatkan aku membuka mata.
“R-Rizq tolonglah lepaskan Luna”. Rayuku.
Air muka suamiku berubah.
“Ab-abang janji abang takkan abaikan Luna. Abang janji abang akan sayangkan Luna lebih dari Laureen jadi-”,
“Ceraikan aku!” Aku berterusan menjerkahnya.
“Luna tolonglah ingat yang bunuh diri tu berdosa. Luna jangan buat pilihan macam ini. Luna datang sini”. Gamit babah dengan lembut. Mukanya nampak sangat - sangat risau.
Kenapa?
Aku nak bunuh diri baru semua orang nak gelabah?
“Luna nak mati…”
“Jangan. Raf! Kau pujuklah anak kau!” Ayah angkatku, abi mula memarahi walid yang diam.
“Raf! Kau ni bodoh ke?!” Jerkah papa pula.
Ya, papa juga ayah angkatku.
Tiga orang lelaki berusia yang ada dihadapanku; papa, abi dan dad merupakan ayah angkatku sementara babah pula ayah mentua dan juga walid ialah ayah kandung aku.
Nampaknya, walid tak kisah aku mati.
Aku mengundurkan langkah.
“Raf!” Dad mula mengherdik walid.
“Ceraikan Luna, Rizq”. Arahan walid membuatkan suamiku kelihatan tersentak. Rizq menoleh memandang walid yang hanya beku merenung aku.
“Ce-Ceraikan Luna…” Sokong babah.
“T-tapi”. Rizq merenung aku.
“Kau pekak ke? Ceraikan Luna!” Jerkah abi apabila Rizq seakan - akan keliru hendak membuat keputusan.
Air mata Rizq gugur.
“Ab-abang minta maaf. Ra-Raisya Asluna binti Alfan Rafisqi… aku ceraikan kau dengan talak satu”. Terasa ringan beban dibahuku apabila mendengar lafaz talak yang diberikan Rizq.
Sedih?
Tidak.
Aku gembira.
“Baguslah…” Aku tersenyum lega.
Mata dipejam lalu aku biarkan tubuhku jatuh dari bangunan.
Biar saja aku tamatkan penyeksaan ini dengan mudah.
Tapi…
“Kau tak boleh mati, Luna…” Suara itu mengubah hidup aku yang kelam menjadi bercahaya.
Kenapa kau lambat sangat, hmm?
YOU ARE READING
NASH: Hero Si Sweet Devilish
RomanceDIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. D...