Sebelum terjadinya perkara yang terkutuk itu semuanya indah berlaka.7 tahun lalu sebelum hari-hari bertukar menjadi ngeri dengan dendam yang berada dihati.
Fariz hidupnya gelap selepas dia kematian Ayahnya dan Maknya pula lari bersama lelaki lain.Kini dia terpaksa tinggal dengan Datuknya dan terpaksa menganti tempat Ayahnya kerana perlu berkerja di mana-mana tempat kerja untuk membantu Datuknya yang sudah tidak mampu bekerja lagi.
Akibat pengkhianatan salah seorang sahabatnya terhadap dirinya.Pengkhianatan yang lansung dia tidak jangka,siapa sangka sahabat baik sendiri menikam belakang sahabat baiknya sehingga dia kehilangan kedua ibu bapa tercintanya.
Dia hanya anak tunggal tiada sesiapa tempat untuk dia mengadu kecuali datuknya.Kejadian 7 tahun lalu terngiang-ngiang difikirannya.Hatinya penuh dengan dendam,dendam yang masih belum dileraikan.Seorang demi seorang mengkhianat dirinya.Ujian demi ujian dia terpaksa harungi,hidupnya buntu dan dirinya berasa tidak adil akan takdir yang telah ditetapkan Ilahi.
"Tengah termenung apa tu?" Soal Tuan Jamal sebelum melabuhkan pungungnya duduk bersebelahan Fariz.
"Takde apalah tok,saja tengok langit indah ni.Sambil-sambil terfikir nak kerja mana?" Ujarnya sambil tersenyum nipis menyembunyikan perkara yang difikirkannya sebentar tadi.
"Takdir." Jawab Tuan Jamal secara tiba-tiba.Fariz melihat Datuknya pelik lalu mengeluh.Nampaknya dia tak dapat menyembunyikan apa yang difikirkannya sebentar tadi.
"Iz benda dah nak jadi,kita bukan sesiapa nak menolak takdir Allah.Dia tahu apa yang terbaik untuk kita." Ujar Datuknya sambil tersenyum ke arah cucunya itu.Namun dia hanya mengendahkan kata-kata Datuknya,bukan untuk kali pertama Tuan Jamal menasihati cucunya itu namun ini telah masuk kali ke berapa ribu sudah.
"Kamu dah tahu nak kerja dekat mana?" Soal Datuknya mengalih topik mereka sebentar tadi.Nasihat lah sebanyak mana sekalipun jikalau hati tetap dengan ego yang tidak mahu dilepaskan tidak mampu berbuat apa pun.
"Hmm Iz rasa nak kerja dekat bandar lah tok." Jawabnya lalu memandang Datuknya dengan senyuman nipis.Berat hati ingin meninggalkan satu-satunya orang yang dia sayangi.
"Jangan pandang Atok macam tu,Atok okay je,pergi lah Atok dah besar pandailah Atok jaga diri sendiri." Balas Tuan Jamal tenang sambil menepuk-nepuk belakang badan cucunya.
"Niatkan nak pergi bandar tu untuk kerja jangan pulak niat nak balas dendam." Ujar Datuknya sebelum berlalu pergi dari situ.Bukan dia tak kenal cucunya itu.Fariz hanya menunduk malu namun hati sudah mempunyai tekad,nyawa perlu dibalas dengan nyawa.Hatinya gelap dan tajam bak duri,namun pasti akan ada kunci yang mampu membuka jalan untuk dia keluar dari dunia yang gelap itu.
'Haih bilalah hati cucu aku tu nak berpaut pada seseorang.' Bisik Datuknya didalam hati,sudah berkali-kali Datuknya kenalkan dia kepada mana-mana perempuan namun semua di tolak,ada yang secara baik ada yang secara kejam.
"Kita janji jangan khianat satu sama lain okay?" Ujar salah seorang sahabatnya sambil membuat pinky promise. Manakala mereka berdua hanya mengangguk setuju dan menghulurkan jari kelilingking mereka menyambut huluran sahabat mereka.
Perkara itu terngiang-ngiang difikiran Fariz.Dia hanya tersenyum sinis mengingati perkara itu,mana janji-janjj yang telah mereka ungkapkan.
Dalam sibuk dia memikirkan perkara itu tiba-tiba telefon bimbit jenama Iphonenya berbunyi tertera nombor yang tidak dikenali.Dia menjawab panggilan telefonnya itu tanpa ada perasaan syak wasangka.
"Hello ni Encik Fariz ke?" Soal pemilik suara tersebut kedengaran seperti wanita.Fariz sudah buat muka meluat namun cuba berfikiran positif.
"Hm." Jawabnya sepatah sambil menjeling diluar panggilan telefonnya.
"Nama saya Alia dari Syarikat The Villain Holding." Ujarnya sambil membelek-melek fail yang berada di atas mejanya.Namun Fariz hanya mendiamkan diri supaya wanita itu dapat meneruskan percakapannya.
"So Encik Fariz Naufal ada memohon untuk syarikat kami betul?" Soal Alia sambil mengangkat keningnya.
"Haah." Jawabnya namun difikirannya sedang berfikir-fikir.Ini kerana bukan syarikat itu sahaja dia memohon namun terlalu banyak syarikat yang dimohon olehnya.
"Saya straight to the point je la eh?" Ujar Alia.Fariz hanya berdiam diri tanda dia tidak mahu ikut campur dalam percakapan Alia.
"Encik dah diterima tawaran kerja dengan syarikat ni.Taniah!" Ujar Alia dengan begitu teruja sehinggakan dia menepuk tangannya secara tiba-tiba.
"Ouh.Thanks for telling me.Bila aku boleh masuk kerja?" Soalnya tanpa ada perkataan yang sedikit melambangkan budi bahasa.Namun Alia hanya tersenyum nipis dia memahami mungkin sebab dia tengah stress.
"Secepat yang mungkin?Kalau boleh minggu depan dah boleh masuk kerja." Ujar Alia tenang.Fariz mematikan telefon tanpa menamatkannya dengan apa-apa perkataan.
"Aik mamat ni?Dia boss ke apa?Geram pulak aku,kalau ada depan aku ni mahu aku cekik-cekik tulang dia sampai patah." Ujar Alia melepaskan geram sambil tangannya dibuat dengan gaya ingin mencekik leher seseorang.
"Kamu okay tak ni Alia?" Ujar seseorang sambil melihat perilaku Alia yang agak memelikkan itu.
"Hah?Okay,okay." Jawab Alia sedikit gelabah apabila dia melihat boss atau crushnya berada dihadapannya sambil membetulkan rambutnya untuk menahan malu yang terasa.
"Macam mana?" Soal Boss syarikat itu sambil meletakkan beg kerjanya diatas meja PA nya itu lalu membetulkan butang lengannya.
"Ma..ma...macam mana a..apa?" Soalnya semula dalam nada yang sukar ditafsir akibat cair akan perbuatan bossnya itu.
"Alia..Alia kau ni dah kenapa?Okay ke tak tetiba je gagap bercakap dengan aku?" Ujarnya lalu tergelak kecil akan perbuatan kawannya itu.Dahulunya mereka berkawan rapat di Universiti namun Alia terpaksa menamatkan pegajiannya dengan segera akibat kewangan yang tak stabil jadi dia mengambil keputusan untuk bekerja.
Dan sewaktu itu pula syarikat kepunyaan crushnya memerlukan pekerja.Dan disebabkan sewaktu itu dia memerlukan wang maka terpaksalah dia bekerja di bawah kawan rapatnya sendiri.
Dalam sibuk Alia terngiang-ngiang kan masa lampaunya dia terlupa akan persoalan yang ditanyakan oleh kawannya itu.
"Oi!" Ujar Bossnya sambil mengetuk mejanya apabila dia tidak menjawab apa yang ditanyakan sebentar tadi.
"Tak de apa lah,aku okay je." Balasnya lalu menaip papan kekunci yang berada dihadapannya.
"Betul?" Soal Bossnya ingin kepastian sebelum dia masuk ke dalam biliknya.
"Ye,kau pergi lah buat kerja aku ada banyak kerja nak buat ni." Balasnya sambil menunjuk-nunjuk ke arah fail-fail yang berada diatas mejanya.
"Okay." Ujar Bossnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya.
'Aku suka dekat kau tapi apa kan daya aku tak layak nak memiliki kau pakaian aku bukan macam perempuan idaman kau,haih melepaslah aku.' Bisiknya didalam hati.Hati yang sudah berpaut pada jejaka itu namun akhlak dan keperibadiannya kalah dengan wanita yang menutup auratnya dengan sempurna dan wanita itu bukanlah dirinya.
Dia mengeluh lalu melihat pakaiannya namun bukannya dia tidak mahu berubah cuma dia tidak mahu niatnya bukan kerana Ilahi namun kerana manusia.
"Along adik rindu Along." Ujarnya sambil memeluk album gambar Alongnya lalu tanpa dia sedari air mata kerinduan jatuh gugur.Mengenangkan peristiwa 2 tahun lepas.
/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...