Danial terjaga dari tidur nyenyak.Dia memicit dahinya yang pening akibat terlalu banyak masalah di kepala.Lalu dia bangun dari baringan.Dia memandang sekeliling.Sunyi.
"Haih kalaulah along masih ada." Keluhan berat dilepaskan sebelum dia bangun dari tempat duduknya itu.
Kaki Danial melangkah ingin memasuki suatu ruang.Dia berdiri dihadapan pintu yang berwarna coklat.Tombol pintu itu dipulusnya perlahan lalu melangkah kaki memasuk ke ruang itu.
Danial melabuhkan punggungnya duduk di atas katil yang agak berhabuk itu.
"Perh berhabuk gila,haih budak bertuah ni mesti berat hati lagi nak masuk sini.Macam-macam." Ujar Danial seorang diri.
Cukup kenal dia dengan sifat adiknya yang tak boleh terima kenyataan tentang kematian Alongnya.Sudah banyak nasihat dah diberikan tetap masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Kenapalah kau tak ajak aku main dekat taman syurga sekali?Mesti kau seronok kan sekarang?Kau tahu tak Khadeejah tu rindu sangat dekat kau.Sampai bilik ni pun dia tak berani masuk." Ujarnya lagi seorang diri sambil memandang sekeliling tiba-tiba matanya tertancap pada sesuatu.
Dia berdiri dari tempat duduknya lalu berjalan ke arah kotak yang berwarna silver yang berada di atas almari besar milik Alongnya.
Cuba dijongketkan kakinya ingin mengapai kotak itu.Sedikit demi sedikit kotak itu bergerak lalu kotak itu jatuh sebelahnya.
Akibat hempapkan yang kuat kotak itu terbuka lalu terlihat segala isi kenangan melalui kotak itu.Dia membongkokkan diri ingin melihat isi di dalam nya.
Satu gambar polaroid di ambil terlihat dia dan alongnya ketika kecil tersenyum bangga dengan gigi rongak.Dia ketawa besar melihat semua itu.Gambar Khadeejah kecil pun ada.Comel.Dia tersenyum kecil.
Dalam dia membelek-belek isi kotak itu dia melihat ada sekotak cincin di dalam itu.Dia mengambil lalu membukanya,sebiji cincin belian itu dipegang matanya sayup melihat cincin itu.
Cincin yang menyebabkan dia bermasam muka dengan alongnya.Disebabkan seorang perempuan dunianya hancur berkecai.Disebabkan keputusannya yang bodoh dia hilang rasa ehsan terhadap manusia.Akibat perbuatan itu,dia hilang segalanya.Tanpa sedar air mata jatuh membasahi pipi.
Danial menyapu pipinya,cuba untuk tidak mengingati semua kenangan gelap itu.Dia menyimpan semua barangan itu semula.Dalam sibuk dia ingin menyimpan,dia terhenti pada satu gambar.
"Err siapa ni?Nerd gila." Sempat dia memerli seorang lelaki yang memakai cermin mata petak,butang dikancing sehingga leher rambut pula dibelah tengah bersama dua orang lagi lelaki berdiri dikoridor sekolah sambil memeluk bahu rakan masing-masing.
Dia kemudian meletakkan semula gambar itu lalu meletakkan kotak berwarna silver itu di atas meja bersebelahan katil.
Keluar saja dia dari bilik itu.Baru dia perasan Khadeejah tiada di rumah.Terus terbuntang matanya risau.Cepat-cepat dia berlari ingin mengambil telefon bimbit.
Mereka berdua berjalan ingin menuju ke kafe itu.Sunyi.Hanya lampu-lampu jalan menerangi gerak langkah mereka.Kebanyakkan kedai pun sudah tutup.Terasa aura seram sejuk itu.Dengan mereka berdua terkaku tidak ingin mula bersuara.
Dan pada akhirnya mereka sampai jugak dekat kafe itu.Dilihat di pintu masuk masih lagi tertera tulisan ' open' lalu Khadeejah menguak pintu.Kosong.Tiada lansung pelanggan yang singgah.
"Hai,selamat datang ke Vins Cafe." Sapa
seorang pelayan kafe itu.Dia mendekati Khadeejah dan Fariz.Tersenyum lebar dia apabila melihat Khadeejah."Cik Deejah,lama sangat tak datang sampai dah bersuami dah." Usik pelayan itu sambil tersenyum manis.Khadeejah dan Fariz saling berpandangan senyuman kaku dilontarkan kepada pelayan itu.
"Ish Sarah ni,mana ada la,ni kawan abang Hazim la." Terang Khadeejah sambil menampar pelahan bahu Sarah.
"Iyala tu." Usik Sarah lagi.
"Kakak nak pesan 2 americano 1 latte." Ujar Khadeejah.Ya.Khadeejah tidak memesan untuk dirinya kerana dia alergik terhadap kopi.
Sarah melepaskan keluhan lalu membuat jari 'okay' kemudian berlalu pergi dari situ.Manakala Khadeejah dan Fariz mengambil tempat duduk.
"Tak minum kopi?" Soal Fariz seusai mereka melabuhkan punggung.
"Alergik." Jawab Khadeejah sepatah.Fariz hanya mengangguk.Faham.
"Saya dapat tahu,saya alergik dengan kafein bila umur 7 tahun waktu tu ayah saya tengah minum kopi dekat luar.Maklumlah kecil lagi semua benda nak cuba.Last-last sesak nafas nasib waktu tu Along saya ada.Dia la penyelamat saya dulu." Ceritanya tiba-tiba Fariz hanya diam mendengar kisah itu.
"Yang paling lawak,awak bayangkan dia sanggup tak tidur semata-mata risau dekat saya.Lepas je saya bangun terus dia ceramah dari pagi sampai petang.Membebel je.HAHAHA." Sambungnya lagi dengan gelak tawa yang tidak boleh disembunyikan.Fariz hanya tersenyum manis.Tidak tahu apa tarikan gadis itu sehingga senyumannya terlihat.
Gadis yang baginya istimewa,ketawanya mampu membuat Fariz tersenyum suka.Seronok dia melihat Khadeejah seceria itu.
"I hope I will meet him." Ujar Fariz tiba-tiba.
"You can meet him,but you can't see his face." Jawab Khadeejah memberhentikan tawa nya sambil tersenyum nipis menyembunyikan kesedihannya.Fariz memahami maksud yang ingin Khadeejah sampaikan.
"I'm sorry." Pintanya merasa bersalah.
"Nah,it's okay,we have to accept all the things that happen to our live.What ever it is,Allah knows it better.Just trust on Him.We all have our own fade." Ujar Khadeejah diikuti senyuman manisnya.Fariz tertunduk dengan kata-kata Khadeejah.
'I hope,I can accept it,but I can't.' Bisik hati Fariz.
Dalam ralit mereka berbual,tiba-tiba ada seorang perempuan yang agak muda menyapa mereka.
"Deejah?Fariz?" Ujarnya terkejut apabila melihat dua orang yang dikenalinya duduk berdua.
"Mak Ngah?"
"Cik Adira!"
Ujar mereka berdua serentak.
"How can you guys meet like this?Fariz, never tell me that he has a girlfriend?" Soalan terus di tanya oleh Adira sebaik saja sampai di hadapan meja mereka.
"Long stories.Hehehe." Jawab Khadeejah apabila disoal begitu.Manakala Fariz seperti biasa diam membeku.
"The long stories,can be short." Balas Adira ingin tahu.
"Here the coffee.Cik Deejah yang cantik." Ujar Sarah sambil meletakkan kopi yang sudah dipesan mereka di atas meja tempat mereka duduk.
"Emm,sorry Mak Ngah we need to go now." Ujar Fariz lalu mengambil kopi itu dan berlalu pergi dari situ secepat mungkin sebelum dipersoalkan pelbagai soalan lagi.
Keesokannya.
Mereka meregangkan badan.Letih.Berjaga tanpa tidur semata-mata untuk menyiapkan projek itu secepat yang mungkin.Kerana petang ini sudah perlu dibentang.
"Manja kali Dato' Naufal,nak secepat yang mungkin." Ucap Hakim secara tiba-tiba.Penat dia nak melayan karenah orang tua tu.Tapi dia perlu bersabar sebab projek ni melibatkan banyak syarikat.
"So,sapa yang akan buat presentation petang?" Soal Fariz.Oh ya Khadeejah sudah pulang ke rumahnya kerana abangnya sudah risau adik dia tak balik-balik.Sehinggakan hampir berpuluh missed call.Terlampau
risaukan adiknya."Me." Jawab Alia sepatah sambil mengemas kertas-kertas yang berterabur di atas meja.
Hakim tiada respon.Dia berharap kejadian lepas tidak berulang.
/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
/Sorry for bad grammar.
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...