"Assalamualaikum!" Kedengaran ada seseorang memberikan salam dari luar rumah menyebabkan Khadeejah memberhentikan kerja mengemas rumah.
Dia meletakan penyapu yang di pegang di sebelah pintu lalu bergegas untuk menyambut tetamu yang hadir.Terpancar wajah gembira selepas melihat Umi dan Walidnya sedang berdiri di hadapan matanya.
"Suprise!" Ujar Uminya tersenyum gembira melihat anak gadis kesayangannya.
Dia terus memeluk mereka berdua,sudah lama dia tidak bertemu dengan dua kekasih hati itu.Itu kerana Fariz tidak mengizinkan dia bertemu dengan ibu bapanya.Pada dasarnya dia ingin membantah tapi sebaik saja dia melihat Fariz seperti tetap dengan pendiriannya dia terus berputus asa.
Cepat-cepat dia membuka laluan ingin membiarkan uminya melangkah masuk ke dalam rumah itu.Puan Zubaidah memerhati sekeliling sudah seperti detektif yang sedang mencari bukti lalu Puan Zubaidah dan Tuan Kamal duduk di sofa di ruang tamu rumah itu.
"Umi dan Walid duduk kejap ya,Deejah nak buatkan air sekejap." Ujar Khadeejah meminta diri untuk ke dapur.
"Fariz mana?" Soalan daripada Tuan Kamal itu memberhentikan langkah Khadeejah.Dia menelan air liur sebelum memusingkan badannya menghadap kedua orang tuanya.Senyuman paksaan ditunjukkan.
"Dia keluar sekejap tadi.Katanya ada hal." Tipunya.Untuk kali pertama dalam hidupnya menipu umi dan walidnya.Tidak pernah dia ajar sebegitu namun hari ini semua itu tidak berguna lagi.
Baru saja mereka bercakap tentang jejaka itu.Pintu rumah itu dikuak oleh seseorang terlihat Fariz yang sedang memberi salam lalu berjalan ke arah kedua mertuanya.
"Dari mana?" Soal Tuan Kamal kepada Fariz.Melihat menantunya meninggalkan anak gadisnya seorang diri mana dia tak soal siasat.Terlebih lagi pada hari hampir semua rakyat Malaysia yang berkerja cuti iaitu hari Ahad.Mahu dia tak jadi detektif tak berbayar.
"Oh tadi ada hal kerja sikit.Katanya urgent." Jawab Fariz berdalih.
"Kalau iye pun urgent jangan tinggalkan Khadeejah sorang-sorang.Bahaya."Ujar Tuan Kama risau dengan anak gadisnya yang seorang itu.Dah la dia dah hilang seorang anak mahu jadi apa-apa.Manakala Fariz hanya mengangguk.
"Umi dengan walid ada apa-apa ke?" Soal Khadeejah pelik juga bila melihat kerajinan kedua orang tuanya ingin menziarahi dia dan suaminya.
"Umi nak datang tengok anak umi pun salah?3 bulan tak datang jenguk.Bila orang jenguk di soal pulak kenapa." Perli Puan Zubaidah membuatkan Khadeejah hanya mampu tersenyum sengih.
Khadeejah pandang wajah Fariz.Lihat pada wajah Fariz kali ini sudah mengetap rahang dan apabila mata Fariz yang tajam bak helang itu menatap wajahnya terus dia cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.Takut.
"Bukan tak nak jenguk tapi sejak dua menjak ni kita orang busy sikit." Tipu Khadeejah dengan senyuman manis.Entah berapa kali dia berbuat dosa dengan kedua ibu bapanya.
"Dah la Deejah,umi dah tak percaya dah.Lagipun umi datang sini bersebab." Ujar Puan Zubaidah membuatkan Khadeejah terkedu.Sebab?Tadi tanya kata tak ada sebab tiba-tiba bersebab pulak?
"Kau orang kahwin baru-baru ni ada pergi honeymoon tak?" Soalan yang keluar dari mulut Puan Zubaidah mendapat gelengan dari mereka berdua.Uminya menghembus nafas lega dan tidak senang.
"Patutlah nampak macam suram aje,tak honeymoon lagi rupanya." Usik Tuan Kamal membuatkan Khadeejah senyum nipis.Macam tahu-tahu aje.
"Alang-alang kamu belum spend time together-gether,so umi dengan walid akan taja kau orang berdua.Lagipun abang Danial dengan Kak Hanan pun tengah honeymoon." Terang Puan Zubaidah panjang lebar lalu mendapat anggukan dari Tuan Kamal yang sedang menghirup teh panas yang dibuat oleh anak gadisnya itu.
Khadeejah memandang wajah Fariz,namun wajahnya hanya mendatar lansung dia reaksi terkejut mahupun membantah.
"Diam tanda setuju.Jadi esok terus gerak ke KLIA 2 okay?" Ujar Puan Zubaidah mendapat sokongan dari Tuan Kamal belum sempat Khadeejah ingin membuka mulut Puan Zubaidah dengan cepat menghentikannya.
"Lagi satu,hari ni Umi dengan walid tidur sini." Ujar Puan Zubaidah membuatkan mata Khadeejah terbuntang luas.Alamak!Habislah,dah lah mereka berdua tidur berasingan.Apa pulak yang umi dan walidnya akan fikir kalau tahu apa yang terjadi.
"Mari Fariz tunjukkan bilik umi dengan walid." Pinta Fariz yang dari tadi berdiam diri.Dia membawa ibu bapa mertuanya menaiki tangga berlalu pergi meninggalkan Khadeejah berseorangan.
Selepas saja dia telah menghantarkan mereka berdua,dia menarik tangan Khadeejah untuk mengikutinya.Di gengam erat tangan Khadeejah biarpun Khadeejah mengadu kesakitan dia tidak memperdulikannya.
"Fariz!Sakitlah!" Khadeejah merentap tangannya kuat sudah tidak tahan dia ingin menahan sakitnya digengam oleh jejaka itu.Fariz mengentap rahangnya memandang Khadeejah dengan pandangan yang begitu tajam.
"Kau memang sengaja eh!" Marahnya namun intonasi suara masih dijaga supaya tidak di dengari oleh mertuanya nanti apa pula yang mereka kata.
"Sengaja?" Soal Khadeejah kehairanan sambil tangannya yang di gengam tadi di usap lembut.
"Sengaja ajak umi dengan walid datang sini supaya dia orang boleh tahu yang aku ni jahat dengan kau kan?!" Soal Fariz sambil memegang lengan Khadeejah sekali lagi dengan gengaman yang kuat lalu merapatkan jarak mereka.Khadeejah tergamam.
"Apa awak merepek ni!" Khadeejah cuba melepaskan pegangan erat itu namun semakin dia cuba melawan semakin erat pegangan itu.
"Jangan nak tipulah!Kau sama aje dengan abang sulung munafik kau tu!" Hentam Fariz sekali lagi kali ini Khadeejah pula yang mengetap rahangnya.Cukup panas dia apabila arwah alongnya di sebut dengan gelaran sebegitu.
"Saya tak ada masa lah nak buat semua tu!Kalau saya nak bagi umi dan walid nampak awak punya perbuatan tu dari awal lagi saya dah buat!" Bidas Khadeejah membuatkan Fariz terkejut lalu melepaskan pegangan tadi tubuhnya mengeras.
"Sejahat atau seteruk apa pun saya,I know my responsibility as your wife!" Ujar Khadeejah ingin berlalu pergi dari situ.Namun sempat tangannya di tarik oleh Fariz.
"Sleep with me tonight." Ujar Fariz perlahan namun di dengari oleh telinga Khadeejah dengan begitu jelas.Terbuka luas matanya,tidur dengannya malam ni?Untuk kali pertama?Dia akan mendampingin Fariz untuk kali kedua?
"Ambil apa yang patut,I wait for you at my bedroom." Ujar Fariz sebelum melepaskan pegangan itu lalu mengambil langkah berlalu pergi.
Khadeejah terpaku,sekali lagi dia masih tidak percaya.Fariz mengizinkan dia melangkah ke dalam bilik tidur miliknya?Jantung di dada berdengup laju,kepala memikirkan apa yang berlaku.Namun cepat-cepat dia menghilangkannya.Itu cuma rancangan jika umi dan walid tahu mereka tidur berasing pasti banyak yang akan di soal.
"Back to reality,Khadeejah.It's just for convenience." Ujar Khadeejah membangunkannya dalam dunia realiti.
Dia tahu bagaimana susahnya Fariz untuk menerima keberadaannya dan dirinya.Kadang dia ingin putus asa namun setiap celah kesusahan pasti ada peluang di sebaliknya.Dan dia sentiasa percaya akan hal itu.
/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
/Sorry for the bad grammar
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...