Bab 1

315 20 11
                                    

Dikantin.

"Ehh kau sape nak cakap aku ni girlfriend kau?!Dah muka macam orang utan ada hati nak cakap aku ni girlfriend kau puihh!"Sekumpulan perempuan mentertawakannya apabila salah seorang dari kumpulan tersebut melontarkan kata-kata yang agak memedihkan hati jika didengari.

"Sa-"belum sempat dia menghabiskan ayat satu tumbukan hinggap dipipi.Dia jatuh terlentang.

"Hoiii!Kau ingat ehh jangan kacau makwe aku lagi dah,kalau kau kacau dia sekali lagi,memang mati kau aku keja kan FAHAM!?" Jerkah lelaki itu terhadapnya.

Namun dia mengendahkan amaran tersebut Fariz bangun dari tanah."Sejak bila dia jadi makwe kau dia makwe aku!"balas Fariz tanpa berfikir panjang.

"Eh kau ni tak faham bahasa Melayu ehh muka dah lah macam ta** ada hati nak dekat orang yang secantik bidadari syurga ni?"sinis lelaki itu bidadari syurga konon hati kotor ada hati nk gelar dia tu bidadari syurga,lalu dia melepaskan tumbukan terhadap Fariz.Dia menyuruh dua orang lelaki untuk memegang Fariz.Lalu tumbukan dilepaskan berkali-kali.

Badannya lemah tersungkur di atas rumput,dia cuba menahan sakit yang dia rasai.Sudahlah hatinya terluka ditambah pula dengan tumbukan dan hentaman mereka membuatkan air matanya jatuh berlindangan.

"Eh kau nangis ke?Alololo sian budak ni." Ujar lelaki itu sinis sungguh sinis.Ditambah dengan ketawa yang membahak-bahak di sekelilingnya.Sungguh dia tidak tahan akan ejekan itu dan berdoa agar dia diselamatkan oleh sesiapa di situ.Namun tiada seorang pun yang berani masuk campur dalam urusan mereka.

"Itulah kau lain kali jangan kacau my baby Adilia lagi.Faham!" Sambungnya lagi dengan nada noktah yang ditinggikan pada hujung perkataannya sambil dia memeluk Adilia tanpa berfikir akan dosa yang dia telah lakukan pada waktu itu.

"Ka..kau jangan peluk dia lah.Setan!" Ujar Fariz beranikan diri apabila melihat kekasihnya diperlakukan sebegitu.Sewaktu dia bercinta dengan Adilia sedikitpun kulitnya tidak menyentuh kulit gadis itu apatah lagi memeluk erat gadis yang bernama Adilia.

"Suka hati dia lah nak peluk aku ke nak cium aku ke tu hak dia.Yang kau nak sibuk tu apahal!" Jerkahnya sambil menayangkan muka meluat lelaki yang berada disebelahnya memandangnya dengan pandangan yang nakal.

"Hak?Hak kau cakap?Ehh kau ni bodoh ke sampai tak tahu mana halal mana haram!" Balasnya berani lalu dia cuba untuk berdiri walaupun keadaan sewaktu itu tidak berpihak kepadanya.

"Hey geng ada orang nak belagak suci arh dekat sini!" Jeritnya kuat supaya orang-orang disitu mendengar apa yang dia katakan sambil tangannya ditempuk lagak seperti gadis diva.

"Baby." Panggilan 'baby' itu dipanjangkan ,dia memanggil gadis itu dengan penuh perasaan ghairah lansung tidak fikir akan dosa yang dia telah lakukan.Itulah manusia bila hati sudah gelap,cahaya hidayah yang ingin memasuki ke dalam hatinya ditepis kuat.Sehinggakan halal dan haram lansung mereka tidak dapat dibezakan.

"Baby nak I jadi ustaz tak berbayar macam dia ke?Ustaz Fairuz Anuar perhh!" Ujar Fairuz sinis sambil kedua belah tangannya diangkat lagak seperti dia sedang memaparkan sesuatu.

"Eeee no!Ge-" Belum sempat ayat puakanya itu keluar pandangannya terus beralih ke arah seorang guru lelaki yang berada tidak jauh daripada mereka.

"B lepas!Lepas!" Ujarnya dalam nada yang berbisik jantungnya sudah tidak berada pada dengupan yang sepatutnya.

"You ni kenapa?" Soal Fairuz pelik apabila melihat keadaan kekasihnya yang seperti orang yang sedang berbuat kesalahan.Memang tengah buat kesalahan pun kesalahan yang besar dengan Yang Maha Esa.

"Ayah I tengah tengok tu!" Jawabnya dalam keadaan yang tak tentu arah.Apabila mereka melihat keadaan Adilia pandangan mereka beralih ke arah yang dipandang Adilia.Terlihat Guru Displin atau lebih dikenali sebagai Ayah kepada Adilia.Adilia terlahir dari keluarga yang tegas didikannya bukan hanya pada Ayahnya malah Maknya tidak kurang tegasnya.

Manakala Fariz sedang memegang perutnya dengan tangan kanannya sambil badannya dibongkokkan sedikit bagi menahan sakit yang dia alami lalu matanya melihat siapa gerangan yang berdiri disebelahnya.

"Oi Iz kau okay tak?" Soal Haris tercungap-cungap akibat dia berlari semasa hendak ke tempat itu.Namun Fariz hanya membalasnya dengan anggukkan.Lalu Haris memandang siapa yang berada disebelahnya,pandang saja dia kearah gerangan itu matanya sudah terbeliak dah macam nak terkeluar dah.

Tuan Muhsin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Muhsin.Antara cikgu paling digeruni dan ditakuti oleh semua murid yang berada disitu.Kedua belah tangannya disilangkan dan disebelah tangan kanannya terdapat sebatang rotan buluh yang dipegangnya untuk menghukum mana-mana murid yang cuba melanggar peraturan sekolah.

"Sape buat dia macam ni?" Soal Tuan Muhsin masih dalam keadaan yang tenang cuba untuk menahan amarahnya yang sedang membuak-buak.Namun persoalannya itu tadi dibiar sepi tanpa ada seorang pun yang menjawabnya.

"Jangan sampai cikgu tanya soalan ni dua kali.Cikgu kira sampai tiga kalau masih tak de sapa yang nak mengaku,semua yang ada dekat sini masuk bilik displin!" Amarah sudah dilepaskan,murid-murid yang berada di situ menunduk ketakutan.

"Diorang cikgu!" Ujar seorang yang bernama Hakim dengan berani.Fairuz sudah menjeling tajam ke arah murid lelaki itu apabila jari telunjuk Hakim ditunjukan ke arah mereka berdua pasangan kekasih haram itu manakala Adilia sudah menundukan kepalanya.

"Betul ke korang yang buat?" Soal Tuan Muhsin dalam keadaan amarah yang cuba ditahannya.Manakala mereka mengangguk jika mereka berdua berdalih hukuman yang akan dikenakan akan menjadi lebih teruk.Lalu mereka berdua dibawa ke bilik displin.

"Thanks do Hakim!" Ujar Haris tersenyum sambil menepuk belakang badan Hakim.Hakim hanya membalasnya dengan senyuman yang nipis.

"Nah." Hakim menghulurkan kaca mata milik Fariz yang jatuh akibat tumbukan Fairuz sebentar tadi kepada tuan punya badan.

"Tha-" belum sempat ayat Fariz dihabiskan dia sudah jatuh rebah lalu matanya perlahan-lahan terpejam.

Di Hospital,

Matanya dibuka,dia melihat sekeliling sepertinya dia berada di tempat yang asing iaitu Hospital.Anak matanya beralih memandang dua gerangan yang masih berpakaian baju sekolah berdiri disebelahnya.Hakim dan Haris memandang Fariz serentak wajah mereka sudah dalam keadaan risau.

"Kau okay ke?" Tanya Hakim lalu dia hanya membalas dengan anggukan.

"Mak aiyy aku ingat kau dah mati do!" Ujar Haris agak sedikit kuat manakala mereka berdua sudah tergelak kecil.

"Weyh jap!" Ujar Haris lagi namun kali ini seperti keadaan orang yang sudab tidak betul dengan tingkah laku yang dilakukan oleh nya lagi.Mereka hanya melihatnya pelik.

"Maksudnya kita ada geng baru lah kan?" Tanya Haris sambil matanya memadang ke arah Fariz

"Geng baru?Apa kau merepek ni Ris?" Soal Fariz pelik dengan keadaan sahabatnya seorang itu.

"Ye lah Hakim!" Jawabnya sambil kedua belah tangannya diarahkan kepada Hakim.Dia hanya terkaku pelik dan lansung dia tidak faham akan keadaan itu.

"Hmm betul jugak." Balas Fariz sambil mengangguk tanda dia bersetuju.

"Apa yang betul?" Soal Hakim pelik,dia lansung tidak faham akan situasi yang dia tengah hadap sekarang ini.Kepala yang tidak gatal digaru.Wajah pelik yang dipapang Hakim membuat mereka berdua ketawa terbahak-bahak.



Beberapa tahun kemaudian...

Fariz terbangun dari mimpi ngeri itu.Kenangan mereka bertiga seperti video yang sentiasa bermain difikiran dan mindanya.Keadaan yang sangat indah sebelum masing-masing terpisah akibat dendam yang belum terbalas dan maaf yang belum diucapkan.

/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️

Takdir.Where stories live. Discover now