Jantungnya berdengup bagaikan tiada hari esok ketika kakinya berdiri betul-betul di hadapan bilik yang tidak pernah dia jejakkan kaki di situ.Dia memulas tombol pintu bilik itu,pintu itu di kuak luas sebelum dia kembali menutup.
Dia memandang sekeliling,seperti yang dia sudah jangkakan bilik itu ialah master bedroom dan di dalamnya juga terdapat bilik persalinan,namun tidak pula dia melihat kelibat Fariz.Baru saja dia ingin memanggil nama jejaka itu,terdengar bilik air seperti di huni seseorang.Dan dia yakin itu Fariz.
Dia melabuhkan punggung di atas sofa yang berdekatan sambil menunggu.
Hampir dekat 20 minit juga Khadeejah menunggu namun Fariz masih tidak keluar kadang Khadeejah sendiri tertanya-tanya suami dia itu lelaki ke perempuan?Lama betul!
"Lama tunggu?" Soal satu suara dari arah belakang Khadeejah.Dia memusingkan kepalanya,dia ingatkan Fariz sudah selesai memakai baju rupa-rupanya hanya selesai mandi.Fariz keluar dengab hanya bertuala putih sekerat pinggang sahaja!
Terus cepat-cepat dia memusingkan semula kepalanya ke hadapan.Wajahnya sudah membahang kemerehan.Malu!
"Awak kalau ye pun pakailah baju tu dulu!" Ujar Khadeejah sambil menutup matanya manakala tangannya sudah menghalau-halau Fariz.
"Tak payah gedik sangat?Ni bukan kali pertama." Ujar Fariz sambil melangkah memasuki bilik persalinan.
Apabila dia sudah yakin Fariz tidak ada disitu terus dia menghembus nafas lega.Pertama kali ke kedua kali ke,dia tetap malu.Mana tidaknya dia berkahwin dengan Fariz bukan atas dasar cinta.Nak tengok Fariz tidak berbaju?Tidak berseluar?Susah!Macam bukan suami tetapi orang asing.
Dalam dia menanti kehadiran Fariz dia melangkah ke arah balkoni.Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa itu membuatkan hatinya sedikit tenang.Dia mengeluh berat.
Dia perlu fikirkan cara supaya dia mengetahui tentang kejadian 10 tahun lepas.Telefon bimbit di tangannya di buka nombor Hakim di cari.Lalu mengetik papan kekunci.
Khadeejah
Abang Hakim,kalau abang ada masa minggu depan hari Isnin Deejah nak jumpa dengan abang.Nanti Deejah set time.Dia menutup skrin telefon itu selepas dia menyelesaikan penulisannya.
"Kau buat apa?" Soal Fariz dari arah belakangnya.Khadeejah memusing lalu tersenyum manis.
"Tunggu awak." Ujar Khadeejah.
Fariz hanya mengangguk lalu mengambil langkah ke arah katil.Khadeejah juga melangkah masuk lalu menutup sliding door balkoni itu.Dia mengambil toto kecil yang dia bawa lalu menghamparkannya di sebelah katil Fariz.
Dahi Fariz berkerut.Lalu meletakkan Ipad yang dipegangnya di atas meja kecil bersebelahan katil king miliknya.
Dia menyandarkan badannya.
"Kau buat apa pulak ni?" Soal Fariz pelik.Kini Khadeejah pula yang mengerutkan dahi.
"Tidurlah." Namun tetap dijawabnya.
"Tu aku tahulah.Maksud aku kenapa kau tidur dekat situ?" Soal Fariz lagi.
"Dah tu takkan saya nak tidur dengan awak?" Ujar Khadeejah sambil ketawa kecil.Dia tidur sekatil dengan Fariz?Tak ada maknanya.Namun wajah Fariz tidak memberi reaksi apa-apa.Tidak menafikan mahupun mengiyakan.
"I means awak dah pernah bagitahu saya tak boleh tidur sekatil dengan awak.Sebab awak jijik dengan saya." Ayat di hujung di perlahankan.Khadeejah sudah sedar dia siapa pada Fariz.
Fariz tersentak.Terkedu dengan apa yang diberitahu Khadeejah.
Khadeejah membaringkan badannya.
"Tidur dengan aku malam ni."
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...