Bab 8

58 4 1
                                    

Dia bangun dari tanah itu lalu kakinya berjalan masuk ke perkarangan masjid tersebut.Sampai saja dia dihhadapan pintu masjid itu dia melihat ke arah bawah.

"Layak ke kaki yang kotor ni nk jejak dekat rumah Allah.'' Soalnya lalu kepalanya mendonggak ke arah mak cik itu.Namun mak cik itu hanya mengangguk lalu tersenyum ke arahnya.Kakinya pun menlangkah masuk,dan sekali lagi dia mengalirkan air mata.Difikirannya hanya sesalan,dia takut,takut jika kalauu taubatnya tidakkan diterima Allah.

"Pergi ambil wudhuk pastu kita solat ye?" Ajak mak cik itu sambil menghulurkan telekung berwarna putih kepada Hanan.Dia berlalu pergi dari situ ke tempat whuduk.

Dia kembali lalu memakai telekung putih itu,pakai saja telekung itu hatinya layu bagaikan daun yang berguguran jatuh pada musim luruh.Hatinya seperti dipanah petir dan kilat.

Baru saja dia ingin memulakan solatnya,sebutan untuk niat solat tidak keluar dari bibirnya.Dia jatuh terduduk,betapa jahilnya dia.Niat solat pun dia lupa air mata  mengalir keluar.

"Kenapa ni?" soal mak cik itu sambil keningnya dijongketkan melihat perilaku gadis muda itu.Dia melihat wanita tua itu,kenapa seseorang yang sudah dimamah usia mampu lagi bersujud meminta ampun namun dia?Dia yang lebih larat berbanding wanita itu tidak mampu berdiri lalu bersujud meminta ampun.

"Mak cik saya jahil mak cik.Saya banyak buat dosa,sampaikan niat solat pun saya lupa.Mungkin Allah dah tak nak terima taubat saya." Air matanya mengalir mengenang dosa-dosanya.Sungguh dia sombong dengan Penciptanya sendiri,dia hanya memikir tentang dunia yang bersifat sementara ini.

"Tak baik buruk sangka dengan Allah.Hanan,bila Allah bagi kita ujian itu tanda Allah sayang dekat kita." Ujar wanita itu sambil tersenyum manis ke arah gadis itu.Hanan memandang wanita itu pelik bagaimana dia dapat mengetahui nama gadis malang itu.

"Macam mana mak cik kenal saya?" Soalnya pelik lalu memandang wanita tua itu.

"Dulu kamu selalu sedekah dekat arwah suami mak cik.Dan duit yang kamu bagi tu arwah suami mak cik gunakan untuk bina masjid ni." Ujar wanita itu.

Dan pada akhir ingatannya baru dia mengingati dia selalu memberi wang ringgit dari kerja yang dia selalu lakukan.Apabila dia pulang atau ingin pergi kerja pasti dia akan bersedekah kepada pengemis-pengemis yang berada dijalan atau penjual kuih namun dia tidak membelinya dia hanya menghulurkan duit.

"Pak cik Kamal ke?" Soalnya lagi ingin kepastian lalu mak cik itu hanya mengangguk.

"Dia dah tak de ke?" Matanya sudah berkaca mengingati jasa Pak cik Kamal yang selalu menasihatnya namun dia hanya mengendahkannya.Dan wanita itu hanya mengangguk.

"Hanan arwah suami mak cik selalu cerita tentang kamu.Disebabkan kamulah dia dapat kejar impian dia nak bina masjid ni." Ujar wanita tua itu membangkitkan semangatnya.

"Hanan takdir Allah tu indah sangat.Tanpa kita sedari,disebalik segala duka yang kita lalui ada terselit satu hikmah yang sangat bermakna.Allah sayang Hanan sebab tu lah dia pilih Hanan.Dia tahu Hanan mampu nak hadap semua ni.Allah tu Maha Pengampun,Dia mesti ampunkan dosa kita tak kira sebesar mana sekalipun kalau kita menyesal lalu bertaubat kepadaNya." Terang wanita tua itu panjang lebar.

Kita hambaNya yang tidak lari dari kesilapan.Walau sebanyak manapun dosa kita terhadapNya jika kita bertaubat kepadaNya nescaya Dia lah yang paling teruja menyambut taubat kita.

"Tapi saya dah banyak sangat buat dosa.Banyak sangat." Luluh saja percakapannya.

"Allah tak tengok masa lampau kita.Tapi Allah tengok pengakhiran kita.Mungkin dulu kamu berbuat dosa namun sekarang? Tak kan kamu nak ulang perbuatan kamu lagi?"Ujarnya lagi.

Dia menundukkan kepalanya memikirkan perkara yang diperkatakan mak cik itu.Betul juga apa yang dia katakan masa lampau ialah masa lampau kita tidak boleh memutar masa itu lagi.Mungkin dulu dia berbuat kesilapan namun sekarang dia perlu mengubah kesalahannya yang dulu.

Seusai saja dia habis menunaikan solat dia berfikir kemana hala tujunya selepas ini.Duitnya hanya tinggal RM 50 sahaja tidak mampu dia untuk membeli makan lagi tinggal dihotel mana hala tujunya lepas ini dia buntu memikirkannya.Perutnya perutnya pula sudab berbunyi dibelai lembut perutnya yang agak kecil itu,dia berasa kasihan akan nasib bayi yang tidak bersalah itu.

"Dah berapa bulan?" Soal mak cik itu sambil tersenyum ke arahnya.Dia hanya tertunduk malu apabila wanita itu menyedari akan perkara itu.Namun dia hanya memgeleng tidak tahu.

"Mak cik kalau saya nak duduk dekat sini boleh tak?Untuk sementara waktu je?" Rayunya sambil menyusun sepuluh jari meminta diberikan peluang.

"Tak boleh." Ujar mak cik itu lalu menyangkut telekung yang baru saja dipakai gadis itu sebentar tadi.Hanan hanya tersenyum nipis,dia lupa akan kelayakkannya untuk tinggal di rumah Allah itu.

"Kamu tak boleh duduk dekat sini kamu kena duduk dengan mak cik." Tegas mak cik itu sambil menunjukkan jari telunjuknya.Hanan hanya tergelak kecil dengan telatah mak cik itu dah macam budak-budak pun ada dia tengok.

"Takpe lah mak cik nanti menyusahkan mak-" Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya,mak cik itu memotong pantas.

"Tak menyusahkan pun,kalau kamu duduk dekat masjid ni lagi susah mak cik.Nama mak cik Zulaikha nama kamu Hanan tak pe mak cik dah tahu." Ujar Mak cik Zulaikha membuatkan Hanan tergelak besar.Puan Zulaikha hanya tersenyum melihat telatah gadis itu.

"Nah pakai tudung ni." Puan Zulaikha menghulurkan tudung sarung berwarna hitam kepadanya.Lalu dipakai tudung itu,terletak cantik saja kepadanya ialah wajahnya yang putih mulus bak mutiara memang kena dengan apa saja yang di pakainya.

Baru saja kakinya ingin melangkah keluar dari masjid itu.Secara tiba-tiba ada seseorang lelaki memanggil Puan Zulaikha dari jauh.Dia berpaling lalu terlihat lelaki yang berjubah putih dan bersongkak hitam berada tidak jauh dari mereka.

"Kenapa ibu tak tunggu Aqil?" Ujar Aqil sambil tercunggap-cunggap berlari ke arah ibunya.Lalu kepalanya didonggakkan ke atas terlihat Hanan yang berbaju agak ketat berdiri di hadapannya.

"AstafiruAllahalazim." Terus saja pandangan matanya teralih ke arah yang berlawan dengan gadis itu.Hanan hanya terkejut dengan reaksi lelaki itu.

"Nama dia Nur Hanan Safiya.Ingat tak perempuan yang abah selalu cerita dulu?" Soal Puan Zulaikha.Dia hanya mengangguk namun matanya tetap tidak tertumpu ke arah gadis itu.

"Nama aku Muhammad Aqil Haris panggil je aku A-" Belum sempat Aqil menghabiskan kata-katanya Hanan memotong laju.

"Saya panggil awak Is je la,jom mak cik." Dia mencapai tangan Puan Zulaikha dengan senyuman lalu menarik lengan Puan Zulaikha.Puan Zulaikha hanya mengelengkan kepala melihat telatah mereka berdua.










Danial bangun dari mimpi buruknya.Badannya berpeluh bagaikan baru saja selepas mandi.Kejadian beberapa tahun lepas selalu terngiang-ngiang difikirannya.Betapa kejamnya dia dulu sanggup merendahkan maruah diri seorang wanita sedangkan adik dan maknya juga seorang wanita.

Bertahun-tahun dia mencari gadis itu namun lansung tidak menjumpai jejak langkah gadis itu.Perasaan serba salah akan gadis dan anaknya sendiri masih terngiang-ngiang.Pintu biliknya dikuak oleh seseorang terlihat sosok tubuh adiknya berdiri dihadapannya.Lalu Khadeejah mengambil tempat bersebelahan abangnya.

"Angah okay tak ni?Berpeluh semacam je? Bibir Angah pucat,Angah okay tak ni?Mimpi buruk lagi ke?"Soalnya bertalu-talu.Namun Danial hanya mengelengkan kepalanya.

"Ish Angah tipu!" Ujar Khadeejah sambil menyilangkan kedua belah tangannya tanda dia merajuk.Danial hanya mengusap ubun-ubun adiknya lembut lalu dia berfikir akan kejadian yang lepas bagaimana jika karma hadir untuk membalas segala perbuatannya.

"Tak lah adik." Dia tersenyum nipis menyembunyikan masalahnya.

"Angah terfikirkan perempuan tu ke?" Soal Khadeejah ingin tahu.Danial hanya berdiri lalu melangkah masuk ke dalam bilik air tanpa menjawab persoalan Khadeejah sebentar tadi.Adiknya hanya tersenyum nipis dia sudah agak akan permikiran abangnya.

/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️

Takdir.Where stories live. Discover now