Bab 15

41 2 0
                                    

Danial mengambil kunci yang berada berdekatan pintu keluar,pertanyaan dari Uminya diendahkan.Dalam hatinya hanya ada perasaan risau.Risau jika dia gagal menjadi seorang ayah yang baik.Risau jika dia perlu hilang zuriatnya buat kali kedua.Takut.Takut akan sifatnya sendiri.

Enjin kereta sudah berbunyi menandakan kereta sudah bersedia untuk bergerak.Dia memecut laju.Satu demi satu kereta dipintas olehnya laju.Peraturan jalan raya ? Sudah malas dia mahu memikirkan perkara itu.

Setibanya dia diperkarangan hospital terus kakinya berlari laju.Pintu hospital yang besar itu ditolaknya kuat.Mata-mata yang memandang bukan masalah dia.Yang hanya difikirannya ialah anaknya.

Dia berlari mencari-cari anaknya.Satu demi satu pintu wad dibuka.Jururawat disitu cuba memberhentikannya yang mereka dapat hanya jerkahan.Security? dipalau terus olehnya.Dan pada akhirnya dia melihat Aqil,Hanan,Puan Zulaikha termasuk Zarul dan Diana sedang menunggu khabar berita dari doktor.

Dia mendekati.

"Aqil?How about her?What doctor said?Macam mana benda ni boleh jadi?" Bertalu-talu soalan dipertanyakan.Aqil cuba menenangkannya dari tadi Danial asyik ulang-alik.Bagaimana hatinya nak tenang jikalau satu-satunya zuriatnya berada di dalam bilik icu.

"Eh tak payah nak berlakon boleh tak?Kau memang nak dia mati dari dulu kan!Kan?Kau takkan pernah berubah lah Hafiz!" Sindir Hanan.Puan Zulaikha memberi jelingan maut kepada Hanan.Entah kenapa sifat wanita itu berubah drastik apabila Danial berada berdekatan.

"Awak cakaplah apa awak nak cakap Hanan.Tapi dia tetap darah daging saya.She's my child.What's mine should be mine!" Tegasnya dalam keadaan suara masih direndahkan.Hanan tersentak.Ini bukan Danial Hafiz yang dia kenal.

Danial Hafiz yang dia kenal seorang kaki mabuk.Perempuan keliling pingang.Pergaulan bebas dan lain-lain.Dia terkaku,dirinya berdiri keras.Dia memandang lelaki itu lama,menatap wajah lelaki itu.Dan tertanya-tanya.

'He's not Danial Hafiz.But who?' bisik suara hatinya.

Danial yang menyedar akan hal itu mengendahkannya.Yang hanya difikirannya hanyalah Rara.Sedang mereka menantikan keajaiban terjadi akhirnya doktor yang merawat zuriat mereka keluar namun wajah yang ditonjolkan sangat tidak memberangsangkan.



Pagi.

Kakinya bergerak turun dari katil.Badannya diregangkan,tarikan dan hembusan nafas kedengaran.Pintu bilik berdekatan dikuaknya,

"Goodmorning,such a bad morning I guess?" Ujarnya berunsur sindiran.

Kakinya berjalan ke arah dapur.Dia membuka peti sejuk.Kosong.Tiada satu pun yang terisi yang ada cuma.Kesejukan.

"Aik,rumah bersih,kemas bukan main tapi peti kosong?"Keluhnya lalu menutup pintu peti sejuk itu dan bergerak pergi ke ruang tamu.

Punggungnya dihempaskan ke atas sofa lalu dia menyadarkan badannya.

"Haih dah la malas keluar pagi-paginya." Ujarnya sambil matanya tertutup.

"Ha!Call Angah la." Ujarnya sebaik saja idea yang tidak bernas itu datang.Di capai telefon yang berada tidak jauh darinya lalu didail nombor Angahnya.Namun sepi.Tiada sesiapa gg menjawab panggilan telefon.

Hampa.

Dengan keluhan dan badan dibengkokkan ke bawa dia membawa dirinya keluar dari rumah peninggalan itu.Pintu dikunci.Lalu kereta axia miliknya bergerak menjauhi perkarangan rumahnya.

Di Pasaraya Besar Mydin.

Dia meletakkan keretannya dihadapan mall yang sudah tersedia perkhidmatan "parking".

Beg tangan di galas di bahu kanan,ditutup pintu kereta itu rapat lalu berjalan memasuki mall yang gah di hadapanya.

Seusai dia sampai dikawasan barangan troli ditolaknya.Mata melilau mencari tempat yang ingin dicari barang keperluan.

Lama kelamaan troli sudah dipenuhi dengan barangan yang hendak dibelinya sebentar tadi.

"Roti,telur,ayam dan bla dan bla.Okay dah cukup." Ujarnya seorang diri sehingga tidak memandang siapa yang berada dihadapannya.Terlanggar trolinya dengan orang itu.

"Eh Ya Allah encik sorry,sorry sangat-sangat." Ucapan maaf diberikan akibat kecuaiannya.

"Kau lagi?" Soal satu suara yang menujukan ke arahnya.Terus diangkat kepalanya memandang wajah lelaki itu.Lah dia ni lagi?Bisik Khadeejah.

"Jodoh mungkin?" Dia mengangkat kedua belah bahu sambil tersengih kerang busuk.Gurau.

"HAHAHA,pandai kau buat lawak,sampai nak terkeluar habis usus aku." Fariz gelak besar.Khadeejah hanya tersenyum sinis.Macam bangang je.Bisik Khadeejah.

"Awak buat apa dekat sini?Stalk saya eh?Aduh malu la ada secret admire kat sini." Gurau Khadeejah dengan wajah yang tiada rasa sebersalah.

"Innocentnya muka kau,kuat berangan jugak eh jodoh aku ni." Gurau Fariz semula.Entah mengapa dia merasa selasa bersama dengan gadis kedai buku yang baru dikenalnya.Merah membahang muka Khadeejah.Terus dia membawa troli dan dirinya laju-laju lari daripada lelaki itu.

Fariz hanya melihat karenah Khadeejah lalu ketawa kecil.I hate girl but this girl catch my heart.Bisik Fariz.



Hospital.

Dia tertidur di kerusi rehat yang di sediakan oleh pihak hospital.Menunggu apa yang hendak diberikan giliran melihat anaknya.

Dengar saja pintu wad dikuak terus dia bingkas bangun.Mata terus menjadi segar.Dia pandang wanita di hadapannya berharap ada peluang untuk dia berjumpa dengan anaknya.

Hanan hanya memberikan isyarat anggukan kepada Danial.

"10 minit." Ujarnya,Danial hanya memandangnya sekilas.Terus dia bergegas ke dalam wad itu.Hanan hanya mengeluh lalu mengambil tempat duduk dikerusi rehat hospital itu.

Dadanya dipegang,kenapa terlalu berat hatinya ingin menerima semua ini?Kenapa ucapan maaf terlalu sulit untuk dia terima?

Persoalan.Persoalan dan persoalan bermain difikirannya.

'What you want,Hafiz?After all of this.'Bisiknya perlahan.

Danial mengambil tempat kerusi duduk bersebelahan anaknya yang sedang sakit tenat itu.Air matanya jatuh dengan tidak sengaja.Tidak mampu dia menyembunyikannya.

"Kenapa dia Ya Allah?Kenapa bukan aku?Aku yang banyak berdosa denganMu.Mengapa dia yang Engkau pilih?" Soalnya tidak menerima ketetapan Allah.Ujian yang Allah beri kepada hamba-hambaNya yang terpilih.

"Zahra,your biological father is here.With the mistake of the past.I'm sorry,i'm sorry." Sayup saja kendengaran suaranya,tangannya mengengam tangan Az-Zahra lalu menundukkan kepalanya, menangis teresak-esak.

"I'm sorry,kalau waktu Zahra tanya mana ayah Zahra?I'm not there for you.Zahra,if one day you know the truth,will you forgive me?" Matanya sayup-sayup saja melihat anaknya.Hati berkecai,bagai kaca yang jatuh berderai.

Kalau dia bertanggungjawab dulu pasti takkan jadi macam ni.Kalau dia tidak mengejar gadis yang tidak mencintainya pasti takdir akan berubah.Bisik hati kecil Danial.

"Zahra,kalau Zahra dah sembuh,jangan panggil abang tau.Panggil Papa.P A P A.Papa." Bisik Danial di telinga satu-satunya anaknya.Sambil tersenyum nipis.Air matanya jatuh membasahi pipi.

Hanan yang mendengar akan hal itu menekup mulutnya.

'You late,Hafiz.' Bisiknya,air matanya juga jatuh membasahi purdah yang dipakainya.

/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
/Sorry for bad grammar.

Takdir.Where stories live. Discover now