AWAL pagi sebelum subuh terselit hikmah di sebaliknya yang memberi rahmat dan keberkatan kepada mereka yang menggunakan waktu itu dengan perkara yang bermanfaat.Udara yang segar untuk dihidu kerana tiada nafas-nafas orang-orang yang tidak bangun untuk melakukan ibadah wajib itu.
Jendela-jendela dirumah kampung itu diselak olehnya,dibuka semua tingkap kaca dirumah itu.Sofa yang tungang langang itu dikemas rapi.Habuk yang berada di lantai di sapunya bersih.
Langkahnya menuju ke dapur pula,pinggan kotor yang berada di dalam singki di cuci.Nasi goreng kampung menjadi menu pilihan untuk sarapan pagi mereka.
Nasi goreng diletakkan kedalam mangkuk yang agak besar lalu ditelakkan ke atas meja.Air teh yang baru dibuat olehnya dituangkan ke dalam dua cawan kaca.
"Atok jom makan." Ujar Fariz apabila melihat langkah Datuknya menghampiri meja makan.Pungung dilabuhkan ke atas kerusi yang berdekatan.
"Kamu ni dah macam anak dara." Ujar Tuan Jamal sambil tergelak kecil.
"Sebab Atok yang ajar jadi anak dara." Balasnya lalu tergelak besar sambil meletakkan nasi gorengnya ke atas pinggan.
"HAHAHA haih macam mana?" Soal Tuan Jamal secara tiba-tiba.
"Macam mana apa?" Soalnya semula sambil keningnya dijongketkan.
"Maksud Atok kamu dah dapat kerja ke belum?" Soal Tuan Jamal lalu menghirup teh yang panas itu perlahan.
"Dah dapat dah.Diorang cakap minggu depan dah boleh masuk." Balas Fariz.
"Alhamdullilah,nanti dah pergi sana bawa la balik bakal cucu menantu untuk Atok." Ujar Tuan Jamal,Fariz terdiam untuk seketika nasi goreng yang berada dihadapannya hanya dipandang.
"Atok nak sangat tengok cicik sebelum Atok pejam mata macam Ayah kamu." Lalu Tuan Jamal menyuapkan nasi goreng kampung itu.
"Insyaallah kalau ada jodoh ada lah Atok." Balasnya dalam nada serba salah.Hatinya masih susah untuk menerima mana wanita untuk masuk ke dalam hatinya.
"Carilah kunci untuk buka pintu hati kamu tu.Jangan biar kosong tanpa penghuni.Atok tahu kamu bencikan perempuan tapi sampai bila?Jodoh kamu pun perempuan kan?Bukan lelaki." Ujar Tuan Jamal dalam nada yang gurau namun serius pada masa yang sama.
Fariz hanya tersenyum nipis,hatinya sudah terpaut dengan dendam,hatinya sudah dipenuhi dengan hukuman.Hatinya perit untuk menelan segala takdir yang tercipta.Sakit,kecewa,sedih itu sahaja yang dia rasai dan baginya tiada lagi bahagia yang boleh dia kecapi.
Dalam sibuk mereka sedang berbual terdengar ketukan pintu dari luar rumah.Tuan Jamal dan Fariz mengorak langkah ke arah pintu yang diketuk tadi.Buka sahaja pintu terlihat dua orang perempuan berada dihadapan mereka.
"Ha Minah kenapa tetiba datang rumah ayah ni?" Soal Tuan Jamal pelik jarang anak perempuan nya itu hendak datang ke rumahnya kecuali kalau ada apa-apa hajat.
"Saja,nak tengok ayah sihat ke tak?Hidup ke tak lagi?Makan cukup tak?Kang mati katak dekat dalam rumah ni Minah jugak yang susah." Balasnya tanpa ada sedikit pun rasa hormat terhadap Ayahnya.Fariz sudah memandang dua beranak itu tajam.
"Yang kau pandang Mak cik macam tu dah kenapa?Ada yang tak puas hati ke?" Ujar Puan Minah apabila melihat anak saudaranya itu memandanya tidak pais hati.Lalu dia mengorak langkah masuk ke dalam rumah usang itu,pungung dilabuhkan manakala Syahira hanya mengikuti langkah Maknya.
"Ayah,Minah dah buat keputusan." Mereka semua memandangnya pelik termasuklah anak perempuannya.
"Keputusan?" Soal Tuan Jamal kepada anaknya dah buang tabiat ke apa tiba-tiba keputusan.
"Minah nak kawin kan Ira dengan Iz,muktamad!" Ujarnya,Syahirah sudah tersenyum gembira manakala Fariz memandang mereka berdua tajam sangat tajam.Air liur ditelan olehnya kelat takut akan pandangan mata anak buahnya itu.
"Saya hormat mak cik sebagai mak sedara saya.Tapi ni dah melampau!" Amarah cuba ditahannya sesuka hati saja mak saudaranya itu ingin menjodohkan dengan sepupunya itu.
"Ta-" Baru saja dia ingin mengeluarkan kata-kata Tuan Jamal memotong kata-katanya itu pantas.
"Ayah tak setuju!Biar dia buat pilihan dia sendiri dia dah besar bukan budak-budak lagi." Ujar Datuknya tenang lalu mata di sebelah kanannya dikenyit ke arah Fariz.Fariz tergelak kecil dengan celoteh Datuknya itu.
Dia pasti akan merindui gelagat Tuan Jamal dia masih belum berani ingin meninggalkan Datuknya.Dia risau jikalau perkara yang lepas terjadi semula.
Malam.
Keadaan diluar rumah kampung itu sunyi sepi hanya bunyi cengkerik-cengkerik sahaja kedengaran.Dia memandang bulan dan bintang,indah sungguh indah ciptaan Allah yang Maha Kuasa dalam setiap urusan di dunia mahupun di akhirat.
Bibirnya tidak lekang memuji ciptaan Allah yang cantik itu.Hatinya bagai disentuh oleh sesuatu,tenang.Itu saja yang boleh dia ungkapkan.
"Kamu tak nak urusankan cafe arwah ayah kamu ke?" Soal Tuan Jamal lalu meletkkan air kopi panas diatas meja.
"Mak Ngah kan ada." Balasnya lalu mengambil air kopi yang baru diletakkan oleh Datuknya itu tadi.
"Takkan lah nak harapkan Mak Ngah kamu je." Ujar Tuan Jamal melabuhkan pungung duduk di sebelah cucunya.
"Hmm tengok lah dulu macam mana." Balasnya meletakkan semula air kopi yang dihirup olehnya itu tadi.Tuan Muhsin hanya mengelang.Dia tidak mampu berbuat apa-apa itu pilihan cucunya sendiri.
"Atok esok Iz dah gerak ke bandar.Atok okay kan?" Ujarnya secara tiba-tiba dalam perasaan serba salah hatinya berat untuk meninggalkan Datuknya.Manakala Tuan Jamal hanya mengangguk senyuman manis terukir.
Dia mengeluh penat,dari tadi dia asyik bekerja tanpa rehat.Badannga disandarkan pada kerusi keluhan demi keluhan diberikan.Letih,namun apakan daya dia perlu berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarganya.
Pintu bilik yang berada dihadapannya dikuak olehnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik besar itu untuk menemui Bossnya bagi menghantar kertas kerja yang dia telah siapkan.
Kepalanya pening mungkin akibat terlalu banyak kerja yang dia perlu lakukan.Dia memicit dahinya perlahan supaya dia dapat menahan rasa pening itu.
"Boss ni kertas kerja yang boss mintak tadi." Dia meletakkan kertas yang dipegang sebentar tadi ke atas meja bossnya.
"Kau okay tak ni Alia?" Dia memandang kawannya itu pelik.Namun Alia hanya mengangguk tanda dia tidak apa-apa.
Baru sahaja dia ingin melangkah keluar secara tiba-tiba badannya menjadi lemah lalu dia jatuh rebah nasib kawannya itu sempat mendapatkannya.Mata dipejamkan perlahan lalu dia pengsan dalam dakapan crushnya.
"Tu lah kau aku dah cakap jangan kerja keras sangat!Tengok apa dah jadi!" Bebel Bossnya tanpa henti dari keluar klinik sampai lah di dalam kereta mulutnya sentiasa berbunyi.
"Kalau aku tak bekerja keras sapa lagi nak tangungg family aku?" Balasnya perlahan lalu menunduk malu sambil jaket yang diberikan Bossnya diperbetulkan.
"Tu lah kau,aku suruh kahwin tak nak!" Bebelnya lagi lalu Alia hanya menjeling tajam ke arahnya.Dah macam mak-mak sudah tak habis-habis membebel,dah la bebel tak nak berhenti pulak tu.Sakit telinga Alia dibuatnya.
"Eee kau ni boleh senyap tak?Sakit telinga aku dengar kau bebel!" Balasnya penat mendengar bebelan Bossnya itu risau terlebih pulak.
"Aku risaukan kau tahu tak! Tu la degil sangat!" Balasnya membuatkan Alia terdiam untuk seketika waktu.
'Dah la tu risau dekat aku,jangan bagi aku harapan.Jangan bagi rasa sayang aku dekat kau makin tinggi.Aku penat!' Keluhan berat dilepaskan pandangannya dilontarkan keluar tingkap.Bebelan kawannya itu diendahkan malas dia mahu mendengar.Hatinya sakit menahan perasaan yang tidak boleh dia ungkapkan,dia rasa seperti mahu melarikan diri dari dunia ini.Namun apa kan daya dia hanya mampu menerima ujian dan dugaan ini.
/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...