Bab 30

64 5 0
                                    

Khadeejah bangun dari tidur lenanya lalu terus berjalan keluar dan bersiap sedia untuk memasak pada pagi itu.Memandangan bilik tidurnya berada di bahagian dapur jadi tidak susahlah dia ingin berjalan jauh.

Dia mengikat rambut hitam panjang miliknya,kemudian dia memulakan pagi itu dengan mengemas rumah dan memasak nasi goreng.Konon ingin suaminya merasai masakkannya.

Baru saja dia melangkah ingin memanggil Fariz.Jejaka itu sudah menuruni anak tangga namun mengetepikannya lansung tidak di balas huluran tangan yang diberikan Khadeejah.Inikan pula senyuman manis yang ditayangkan oleh wanita itu lansung dia tidak balas.

Khadeejah belari ke meja makan sambil meletakkan nasi goreng ke atas pinggan lalu dihidangkan dihadapan suaminya.

"Awak makanlah.Saya buat nasi goreng ni khas untuk awak." Ujar Khadeejah dengan ceria.Terukir senyuman manis mengharapkan pujian dari suaminya.Mungkin dengan cara ini hati Fariz bakal lembut?

Namun,tindakkan Fariz diluar jangkaannya.Pinggan yang dia hidangkan bersama nasi goreng itu dia lemparkan oleh Fariz begitu saja.Membuatkan dia sedikit tersentak.

Pinggan kaca itu jatuh berkecai,nasi yang ada di pinggan itu bertaburan di atas lantai.

"Fariz..." Ujar Khadeejah perlahan sambil matanya memandang nasi yang bertaburan itu.

"Kalau kau nak makan,kau makan sorang-sorang.Aku tak makan masakkan dari darah daging seorang pembunuh!" Fariz bangun dari tempat duduknya ingin melangkah pergi dari situ.Semakin lama dia di situ semakin meluat pula dia melihat wajah wanita itu.

"Sebenci tu awak dekat saya?" Ujar Khadeejah sambil mengutip sepirhan kaca yang jatuh bertebaran di atas lantai.Air matanya jatuh berguguran.Sakit.

"Lebih lagi." Dia berlalu pergi dari situ tanpa perasaan serba salah kepada isterinya.Minta maaf?Bukan untuk seorang Khadeejah.

Dia mengusap air matanya.Dia perlu kuat,lelaki itu tidak bersalah cuma masa lalu yang menghantui sesebuah cerita.Terkadang ujian tidak mengenal waktu atau siapa.Dia menganggap apa yang terjadi hari ini dan hari seterusnya ialah ujian dari Allah agar dia terus kuat dan tetap kuat.

Selesai mengemas dia melangkah memasuki bilik lalu mengambil whuduk untuk menunaikan solat sunat dhuha.Tiada yang dapat menenangkan dirinya pada waktu itu selain bercerita kepada yang maha Esa.

Selesai solat,dia duduk di atas katil.Baru dia teringat akan satu beg yang masih belum dikemaskan olehnya.Terus dia menghampiri beg kecil berwarna merah.

Terlihat senaskah buku yang bertajuk 'Takdir' membuatkan dia mengenang semula kejadian yang terjadi sewaktu dja hendak mendapatkan buku itu.Di situlah pertemuan pertamanya dengan Fariz.

Dia menyelak-yelak buku itu dan kemudiannya terhenti di muka surah 23.

'Bagi setiap bencana pasti ada batas yang berakhir padanya, sedangkan obatnya adalah sabar terhadapnya.Sayyidina Ali bin Abi Talib.' Bisik hati kecil Khadeejah yang membuatkan air matanya mengalir.

Percaya atau tidak,takdir itu adalah aturan dari Allah.Jika itu sudah aturan daripada Maha Kuasa tiada lagi yang mustahil.Dia cuma perlu percaya.
















Dia memasuki syarikat kecil itu lalu mengatur langkah ke arah dua orang kawannya.

"Welcome,Encik Fariz." Ujar Nizam dibalas senyuman oleh Fariz.

Keadaan di dalam syarikat itu terlihat agak kelam kabut.Meja-meja yang lama di tukar kepada yang baru.Segala fail lama di letakkan di dalam bilik CEO.

Keadaan kelihatan begitu sibuk sekali diluar sini jadi dia mengajak mereka berdua untuk mengikutinya ke arah bilik CEO.

Takdir.Where stories live. Discover now