Dia mengemas bajunya,disusun rapi di dalam bag galasnya.Lalu dia memerhati di setiap sengenal biliknya pasti dia akan merindui setiap sudut di bilik ini.Kaki melangkah keluat dari bilik yang bakal ditinggalkan olehnya.
Terlihat Tuan Jamal,Syahira dan Mak Ngahnya sedang menunggu namun penampakan mak cik nya lansung tidak terlihat,mungkin dia malu akan kejadian yang lepas.
Tangan Datuknya dikucup perlahan,dikucup dengan penuh kasih sayang dan untuk Mak Ngahnya hanya senyum manis diberikan.Syahira berdesis kerana Fariz lansung tidak memandangnya.
"Nanti kalau ada masa datanglah ke cafe ayah kamu." Ujar Mak Ngahnya atau lebih dikenali sebagai Adira.Walaupun dia membenci wanita tapi bukan ke semuanya,Mak Ngahnya satu-satunya wanita yang dia percaya.
Dari dia di bangku sekolah hingga dia membesar Mak Ngahnya lah yang menjaganya.Banyak pengorbanan yang telah dilakukan olehnya dan Adira lah satu-satunya perempuan yang paling dia sayang.
"Insyaallah." Balasnya lalu mengorak langkah keluar dari rumah itu.Keretanya perlahan-lahan menyusuri meninggalkan perkarangan rumah kampung itu.
Dilihat mereka semua melalui cermin keretanya lalu senyum nipis terukir di bibir.Dia memikirkan bagaimana keadaanya di bandar tanpa Datuknya.Tiada tempat untuk dia mengadu.
Telefon bimbitnya berdeting,terpapang nombor yang tidak dikenalinya.Mesej itu dibuka lalu terdapat 5 mesej yang tidak dibacanya.
"Nanti dah sampai bagitahu aku." Dia membaca salah satu mesej itu,keningnya berkerut pelik.Siapa gerangan yang menghantarkan mesej itu.
"Kau sapa?" Ketiknya lalu dihantar kepada nombor yang tidak dikenalinya itu.Matanya mula fokus kepada jalan raya.
"Angah Khimar ni cantik kan?" Ditunjuknya pakaian sunnah itu kepada Danial.
"Ni kalau pakai dengan niqab pun cantik ni!" Dibelek-belek khimar itu dengan teruja.Seronok akan perubahan adiknya yang sedikit demi sedikit membuahkan hasil.
"Hmm betul jugak,tapi" Danial mengeluh apabila mendengar perkataan 'tapi' itu dimulut adiknya.
"Tapi?" Ujarnya ingin mendengar apa pula alasan adiknya itu.
"Tapi adik akan pakai untuk Raya Haji je." Diletakkan semula pakaian sunnah itu ketempat yang dia ambil khimar itu tadi.
"Lah awat pulak?" Soalnya lagi dengan loghat Penang.
"Sebab adik tak bersedia lagi.Lagipun niqab tu pakaian suci adik tak nak niat adik disalah ertikan." Balasnya lalu mengeluh kuat,matanya diperhatikan ke arah niqab yang tergantung cantik.
"Kalau macam tu kenapa nak pakai waktu Raya Haji nanti." Danial mempersoalkan apa yang adiknya beritahu sebentar tadi.
"Sebab Ummi mintak?" Balasnya sambil kedua-dua bahunya diangkat.
"Adik tu pun salah niat dia." Nasihat Danial kepada adiknya itu sambil mengeluh.
"Tahu tapi adik nak Ummi tengok adik pakai pakaian sunnah sebelum Ummi tutup mata and tu semua permintaan Ummi.Angah tahukan dulu Along pernah mintak macam ni tapi adik tak sempat tunaikan,I dont wanna repeat it again." Terangnya panjang lebar,kepalanya ditundukkan dadanya sebak akibat terkenang perbuatannya yang lepas.
"Ye la adik." Kepala adiknya diusap lembut senyuman yang paling manis diberikan.
"Adik,Angah nak pergi tandas jap." Keluar saja mereka dari kedai itu,Danial terus meminta izin untuk ke tandas sambil menghulurkan bag-bag yang berisi baju yang mereka beli.Manakala Khadeejah hanya mengangguk.
Matanya teralih pada sebuah kedai buku yang tidak jauh dari dia.Lalu kakinya mengorak langkah menuju ke dalam kedai itu.
Buku-buku di situ dipandangnya satu- persatu dia teringat akan Alongnya yang sangat menyukai buku-buku puisi.Lalu dia mengambil keputusan untuk membeli sebuah buku puisi kesayangan Alongnya.
"Apa nama buku yang Along suka tu eh?" Fikirnya lalu membelek-belek buku yang berada disitu.
"Ha aku ingat!" Kakinya bergerak laju mencari buku itu.Matanya tertangkap pada sebuah buku puisi yang bertajuk 'Takdir'.
Dia memegang buku itu namun dia terperasan sesuatu yang agak aneh.Tangannya sedang menyentuh kulit seorang lelaki.Gelabah dia dibuatnya tangan nya yang tersentuh itu di lap-lap olehnya.
"Alamak macam mana boleh terpegang pulak ni!" Keluhnya perlahan sambil kepalanya ditundukkan ke bawah.Apalah nasib dia kali ini.Pegang antara kulit itu dilepaskan lalu dia menundukkan pandangan ingin berlalu pergi dari situ.
"Eh buku tu!" Dia kembali semula dalam keadaan yang masih tertunduk.Malu.
"Encik boleh tak bagi buku tu dekat saya?" Dia meminta dengan senyuman yang begitu ikhlas sambil tangannya ditandah inginkan buku itu.
"Kalau aku tak nak bagi?" Ujar jejaka itu sambil membuat gaya tidak ingin memberi lansung kepadanya.
"Boleh lah Encik tu buku untuk Along saya." Perkataan 'Along' itu diperlahankan sedikit wajah merayu ditanyangkan.
"Suruh je la Along kau datang beli sendiri." Ujar jejaka itu tenang lalu ingin mengorak langkah pergi dari tempat itu.
"Macam mana dia nak beli dia dah meninggal." Ujar Khadeejah perlahan sambil menunduk menahan sebak.Setiap kali dia bercakap tentang kematian Alongnya dia akan merasa sebak di dada.Dia redha dengan takdir Allah namun dia masih tidak boleh melupakan Alongnya itu.
Langkah jejaka itu terhenti,tiba-tiba saja hatinya kasihan dengan gadis itu.Perasaan yang sukar untuk dia tafsirkan,bagaimana dia boleh kasihan akan perempuan sedangkan dia membenci mereka? Mungkin dia merasakan perasaan yang sama seperti gadia itu?Mungkin Along nya sangat di sayangi oleh gadis itu seperti mana dia amat menyangi Ayahnya?Satu persatu persoalan terlontar pada pikirannya.
"Kau nak betul ke ni?" Dipandang gadis yang agak pendek dari dia itu.Khadeejah mengangguk perlahan,baru saja dia ingin menerima huluran itu,huluran yang diberikan jejaki itu ditarik semula.
'Eh pak cik betul!' Desisnya di dalam hati sakit pula bila dia dimain-mainkan sebegitu.
Manakala jejaka itu tergelak kecil,entah mengapa tiba-tiba dia suka menyakat gadis yang baru saja di jumpanya itu.Bibir Khadeejah dimuncungkan tanda dia merajuk,kedua belah tangannya disilangkan.
"Tak yah nak buat muka buruk macam tu." Perlinya lalu menyambung semula gelaknya sebentar tadi.
"Antara pak cik dengan saya pak cik lagi buruk!" Desisnya lalu memberikan jelingan yang begitu tajam seperti pisau yang baru saja di asah.
"Pak cik kau panggil aku?Habis kau tu apa?Mak cik?" Balasnya semula tidak mahu kalah dengan gadis itu.
"Tak sekarang ni pak cik nak bagi ke tak buku tu?" Marahnya sambil menjeling tajam kearah jejaka itu.
"Kalau kau nak buku ni,jangan panggil aku pak cik." Balasnya sambil menyilang kedua tangannya lalu memandang rendah terhadap gadis itu.
"Habis tu panggil apa?" Soal Khadeejah pelik kedua belah keningnya dijongketkan.
"Baby." Balasnya secara tiba-tiba mata jejaka itu kelihatan terbeliak responnya itu secara tiba-tiba.
"Wait pak cik ni dah kenapa?" Ujarnya tidak puas hati akan tindakkan jejaka itu.
'Mana aku tahu shi*l!' Ujarnya di dalam hati.Wajahnya masih lagi sama tenang dan tegas namun lain pula dengan jantungnya.
"Kau nak ke tak?" Balasnya lalu menunjuk-nunjuk buku itu kepada gadis yang berada dihadapannya.
"Haih ye la!" Jejaka itu tidak membalasnya dia hanya menunggu respon gadis itu.
"Baby,saya nak buku tu boleh?" Soalnya dalam keadaan yang menahan malu kerana banyak mata yang sedang memerhati mereka.Lalu buku yang dipegang jejaka itu dihulurkan olehnya.Kaki nya bergerak laju ke kaunter bayar ingin cepat-cepat dia keluar dari tempat itu.
Jejaka itu hanya tergelak kecil dengan sikap gadis itu.Dadanya disentuh,perasaan apa yang dia alami sekarang ini? Kenapa semua ini berlaku secara tiba-tiba?Dia mengeluh lalu melupakan perasaannya itu tanda mungkin dia hanya kasihan dengan gadis itu.
/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...