Kereta miliknya meluncur di atas jalan raya.Entah mengapa malam itu dia berasa begitu marah sewaktu dia mengetahui Khadeejah ingin bertemu dengan Hakim.
Padahal dia begitu benci akan gadis itu.Ini bukan tentang dendam tapi hatinya sakit melihat gadis itu bermesra dengan lelaki lain.Walhal lelaki itu kawan baiknya juga bukan siapa-siapa.
Mungkin perasaan benci dalam hatinya terlalu kuat.Sehingga dia begitu tidak suka melihat gadis itu bahagia.
Dia memberhentikan keretanya di hadapan sebuah syarikat yang kecil dan seperti tiada pemilik namun masih terlihat kemas dan cantik.Lansumg tidak ada ciri-ciri ditinggalkan.Seperti ada yang menjaga tempat itu.Terlihat ada beberapa orang menunggunya di hadapan syarikat itu.
"Tuan Fariz dah sampai!" Ujar salah seorang lelaki kepada seorang lelaki yang turut bersamanya di situ.Mereka terus mengalihkan pandangan ke arah Fariz.
Lelaki itu berjalan menuju ke arah mereka.
"How?" Soalnya sebaik tiba di hadapan mereka.Sambil matanya melihat ke arah bangunan yang sudah ditinggal lama.
"Everything,fine.Just we don't have a boss here." Ujar salah seorang lelaki berpakaian baju melayu hitam dan seluar jeans berwarna lusuh kepadanya.Fariz hanya tersenyum bahagia.Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu.
"HAHAHA,good talk Nizam.But now I'm here to be your boss." Ujarnya sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu.Bahagia.Dari seorang yang ada tekanan jiwa sebentar tadi terus reda.
"Oh ya,tak nak memperkenalkan isteri kau dekat kita orang ke?" Soal seorang lelaki yang berada di situ.Fariz tersenyum sinis.Isteri?Sejak bila dia pernah memberitahu dia ada isteri.
"What can I say,Uwaiz.She's just my toys.We all need a toy want we are bored." Ujar Fariz tanpa dia memperkenalkan isterinya kepada mereka.Manakala mereka berdua hanya mengangguk.
"A toy?Or your treasure?" Ujar Uwaiz sinis.Konon perempuan itu dianggap mainan.Lama-lama jadi harta yang perlu dilindungi.Lawak.Namun percakapan itu diendahkan oleh Fariz.Terus dia melangkah masuk ke dalam syarikat kecil itu diikuti oleh mereka berdua.Malas ingin berbalah.Yang tahu aje tahu.
Khadeejah menunggu kepulangan Fariz.Televisyen yang dibuka diendahkan.Sesekali dia pergi ke arah pintu untuk melihat jika suaminya sudah pulang.Risau.
Jam di dinding di lihat sudah hampir masuk pukul 1 pagi.Dia cuba berfikir baik,mungkin ada hal kerja atau hal penting yang perlu diselesaikan?Walaupun hati sebaliknya.
Dia meletakkan badannya di sofa.Lalu perlahan-lahan matanya tertutup dan dia terus dibuai mimpi.
Pintu rumah itu dikuak perlahan lalu di kunci oleh Fariz.Terlihat Khadeejah yang sedang tidur di sofa.Dia mengeluh lalu mendekati isterinya.Dia membongkokkan badannya lalu menyelak sedikit rambut Khadeejah ke telinga lalu tersenyum manis.Cantik.
Dia terus mengalihkan tangannya.Dia agak terkejut dengan perbuatannya lalu menjauh dari gadis itu.
'Apa yang aku buat ni?' Bisik hati kecilnya.Entah apa yang difikirannya dan perbuatannya itu secara tiba-tiba.
"Awak dah balik?" Soal Khadeejah yang masih lali lalu menggosok-gosok matanya.Wajah Fariz yang tadi bagaikan orang jumpa hantu terus kembali serius.
"Ingatkan dah arwah dah tadi.Kalau tidak bolehlah kau lepak underground dengan abang kesayangan kau tu." Ujar Fariz sinis.Kata-kata Fariz itu mengundang tawa Khadeejah.Underground?
"Ketawa atas kejahatan abang sendiri ke?" Soal Fariz memberhentikan tawa Khadeejah.Wajahnya kembali suram.
"Fariz,apa yang abang saya dah buat sampai awak benci dia macam tu sekali?" Kini dia pula yang bertanya.Tiada seorang pun yang ingin menceritakan hal itu kepadanya.
"Cukup kau tahu,dia tak sebaik yang kau sangka.Every person has a darkness side.Kau tu yang bodoh." Ungkapan itu membuatkan Khadeejah mengeleng kepalanya.Tak boleh ke jelaskan semua tu dengan ringkas dan padat.
"I don't care what you wanna say.But I just want you to explain everything." Rayu Khadeejah.Cacian dan makian Fariz tidak berguna.Bukannya dia dapat tahu apa yang terjadi perkara itu hanya akan menyakitkan hatinya saja.
"Kau nak suruh orang yang trauma dengan kisah lalu dia bercerita benda tu dekat kau?"
"Never though that you're selfish like this." Dia terus berlalu pergi.Belum sempat Khadeejah memberhentikannya.Kadang dia tidak tahu apa faedah dia berada di rumah itu seperti tunggul kayu.
"Along,tolong Deejah." Air matanya jatuh.Mengenangkan betapa ramai membenci Alongnya namun tidak pula dia ketahui alasannya dan hatinya juga kadang menolak kebenaran itu.
Fariz memasuki biliknya.Lalu mengatur langkah ke arah bilik mandi.Dia memutarkan pili air membuatkan air hujan dari paip itu membasahi rambutnya dan baju miliknya.Dia duduk sambil bersandar ke dinding.
Jantungnya berdebar laju,tangannya mengigil.Dia tidak kuat mengingati apa yang Haris lakukan depan matanya.Selepas kejadian itu,hidupnya terus kucar kacir,kematian ayahnya kehilangan seorang ibu.
Dia lansung tidak menyangka pengkhianatan itu setelah hampir 10 tahun mereka menjalinkan hubungan persahabatan.Dia lansung tidak jangka yang menikam belakangnya selama ini ialah sahabat karib dan sahabat lamanya.
Tanpa sedar air matanya jatuh mengalir.
Flashback.
"Kau lebih percayakan si Naufal tu!Aku ni kawan baik kau tau.Dia tu classmate kita aje!" Marah Haris kepada Fariz selepas salah seorang pelajar menfitnah bahawa kes pergaduhan di kantin sekolah ialah disebabkan oleh Haris.
"Bukan macam tu,aku-"
"Dah lah kau!Kau memang benci aku dari dulukan?" Haris masih tidak percaya akan tuduhan kawannya itu.Mereka sudah berkawan lama.Fariz mengeluh.
"Okay-okay aku minta maaf.Ye kau tak buat semua tu." Fariz mengalah.Kalau dia tak mengalah tak pasal-pasal Haris ni merajuk lama.
"Kau kena belanja aku aiskrim.Untuk pemohonan maaf." Ujar Haris lalu berlari ke arah Hakim.
"By the way,Hakim sekali eh!" Jerit Haris ke arah Fariz.Dia tersenyum manis lalu mengeleng kepala.Macam budak-budak.
Endflashback.
Sungguh dia berasa dia seorang yang bodoh mempercayai kata-kata dari seorang penipu.Perlahan-lahan rahsia seorang Haris terbongkar dihadapan matanya.Sehingga dia difitnah pelbagai perkara dan dibenci oleh semua orang termasuk ayahnya sendiri.
Kalaulah dia dapat berjumpa dengan Haris sebelum kematian lelaki itu.Pasti dia yang akan membunuh lelaki itu dengan tangannya sendiri.Tidak kisah dia dipenjara lalu dihukum gantung sekalipun.Hidupnya sudah musnah memang sepatutnya dia mati.
Kematian seorang ayah yang dia sayang,kehilangan harga dirinya.Dibenci oleh semua orang bahkan ibu kandungnya sendiri tidak pernah menganggapnya sebagai anak kandung dan meningalkannya begitu saja.Itu semua akibat pengkhianatan seorang sahabat.
Dia hilang semuanya,dia hilang memori yang indah.Tiada lagi perkara yang boleh membahagiakannya selama ini.Hidupnya sudah hancur berkeping-keping.Retak seretaknya.
/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
/Sorry for the bad grammar
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...