Bab 32

73 6 0
                                    

Seperti hari biasa,Khadeejah akan sentiasa menyiapkan sarapan pagi.Meskipun Fariz tidak pernah merasa masakan yang dibuat oleh Khadeejah.Walaupun sedikit.

Namun dia perasan akan perbezaan pada pagi ini iaitu kereta Fariz tidak berganjak daripada perkarangan rumah.Dia menjongketkan keningnya.Pelik.

Walaupun dia sedikit pelik dengan situasi itu,entah kenapa dia merasa gembira.Terus terpancar cahaya nur sungguh gembira hati seorang Khadeejah pada pagi itu.

Tanpa memikirkan apa-apa terus dia mengambil langkah ke arah tangga lalu menaiki tangga itu niat di hati ingin memanggil sang suami.Maklumlah dia jarang sekali meluangkan waktu bersama suaminya sendiri.Mungkin inilah waktunya?

Sampai saja dia di ruang atas itu dia sedikit terpegun melihat kawasan itu.Selama hampir 3 bulan dia berkahwin dengan Fariz tidak pernah dia menjejakkan kakinya di atas ini kerana Fariz sudah melarangnya dan menetapkan syarat.

Namun pagi itu akibat keterujaannya dia melupakan amaran itu.Dia berjalan ke arah balkoni,di buka sliding door itu.Terlihat ada sebuah meja berwarna putih dan permukaan atas meja itu terbuat daripada kaca di sebelah meja itu terdapatnya dua kerusi yang turut berwarna putih.

Selain daripada itu terdapat juga bunga ros berwarna merah dan  bunga Blue Flax yang digantung.Namun di antara semua bunga-bunga yang ada di situ satu saja yang menarik perhatiannya bunga itu berada di atas  papan kayu yang tergantung rapi seperti di jaga dengan sangat baik.Dia mendekati bunga itu.Mekar Almond!

Dia tersenyum salah satu bunga yang dia sangat inginkan dahulu kerana maksud dari bunga itu sangat bermakna iaitu harapan dan perenungan.Pada dirinya setiap bunga mempunyai maksud dan keyunikkan tersendiri.Sebab itulah ketika dia melihat bunga mesti dia begitu teruja sehingga lupa akan hal yang dia ingin lakukan.

''Kau buat apa dekat sini?'' Soal satu suara dari arah belakang dia terus mengalihkan pandangannya ke belakang melihat gerangan itu.Tersenyum manis dia melihat wajah Fariz yang berada jauh beberapa meter.

''Pandai awak jaga bunga-bunga ni.'' Puji Khadeejah tidak lekang senyuman dari bibirnya.

''Kau ni memang pekak eh?Aku tanya kau buat apa dekat sini?Bukan haritu aku larang kau dari jejakkan kaki dekat sini?'' Fariz bertanya lagi kali ini suaranya ditinggikan sedikit dengan wajah yang mendatar.Terus lekang senyuman dari bibir Khadeejah.Dia diam seketika.

''Saya nak panggil awak sarapan.Awak tak kerjakan hari ni?'' Soal Khadeejah dia masih cuba untuk tersenyum.Biarpun mata Fariz sedikit pun tidak memandang wajahnya.

''Haah.Asal aku menganggu pagi indah kau?'' Ujar Fariz sambil dia melangkah ke arah bunga Blue Flax yang tergantung itu lalu mengambil botol spray yang berada berdekatan.Khadeejah hanya melihat saja tingkah laku Fariz.

''Eh mana ada.Saya happy sangat awak ada dekat rumah,ye la selalunya saya tak dapat tengok wajah hensem awak dekat rumah ni.'' Ujar Khadeejah diselitkan sedikit pujian walaupun wajah Fariz lansung tidak terlihat terjejas dengan pujian itu.

''Awak spend time dengan saya eh hari ni?'' Pujuk Khadeejah lalu menghulurkan sedikit wajah kepada Fariz yang sibuk dengan bunganya.Namun masih sama Fariz hanya diam tidak membalas apa-apa wajahnya kelihatan mendatar.

''Kau suka bunga?'' Soal Fariz tanpa memandang Khadeejah.

''Suka!'' Jawab Khadeejah teruja.

''For?''

''Sebab?Entah mungkin sebab kadang bunga melambangkan perasaan kita atau kadang bunga melambangkan seseorang tu.Pada mata kasar kalau orang sebut pasal bunga mesti orang hanya akan ingat cantik,cantik dan cantik.Itu je tanpa dia orang tahu maksud di sebalik bunga tu sendiri.'' Jawab Khadeejah panjang lebar.

''Awak mesti samakan?'' Kini Khadeejah pulak yang bertanya.

''Nope,I hate flower so much.'' Mendatar saja suara Fariz kedengaran menyentak tanggal hati Khadeejah.Fariz mengambil langkah ingin berlalu pergi dari situ

''Tapi kenapa awak jaga bunga-bunga tu?Kalau awak benci?'' Soalan yang keluar dari mulut Khadeejah membuatkan langkah Fariz terhenti seketika.

'Maybe...I just don't know,why I protect the things that I hate.' Bisik hati Fariz.Entah kenapa dia begitu melindungi sesuatu yang dia benci.

Namun soalan itu tidak di jawab.Khadeejah mengeluh lalu mengikuti langkah Fariz menuruni anak tangga.Sampai saja di meja makan langkah kaki Fariz terhenti membuatkan wajah Khadeejah melanggar belakang badan suaminya itu.

"Awak duduklah,saya tolong letakkan nasi untuk awak." Ujar Khadeejah lalu cepat-cepat dia mengambil pinggan ingin meletakkan nasi goreng yang telah di sediakan olehnya.

"Tak payah,aku makan luar." Ujar Fariz ingin melangkah pergi dari dapur itu.Namun dihalangi oleh Khadeejah.

"Tapi saya dah masak khas untuk awak.Awak rasalah sikit." Pujuk Khadeejah membuatkan Fariz tersenyum sinis,pinggan yang berisi nasi goreng yang di pegang oleh Khadeejah di ambil lalu dia menyuapkan satu sudu nasi goreng itu.

"Pfft!" Dia menyemburkan nasi goreng yang baru disuap ke dalam mulutnya di hadapan wajah Khadeejah.Tersentak gadis itu.Khadeejah menutup matanya agar nasi itu tidak memasuki matanya.

"Rasa sampah ni kau nak bagi aku makan?!" Dia meninggikan suaranya di hadapan Khadeejah.Gadis itu hanya terdiam.Teruk sangatkah makanannya sampai disemburkan semula?

Fariz bergerak ke arah tong sampah lalu dia membuang nasi goreng itu namun sempat di halang oleh Khadeejah.

"Fariz stop!Kalau awak tak suka sekalipun jangan buang nasi ni!" Dia merampas pinggan itu.Jika jejaka itu tidak menyukai makanannya sekalipun itu rezeki tidak boleh membazir dan buang begitu saja.

Ramai lagi orang yang kelaparan di luar sana.Kita?Yang mempunyai duit sedikit sudah senang-senang ingin membazirkan makanan.

"Even if the taste like a trash,jangan sesekali buang rezeki yang Allah dah bagi!" Suara Khadeejah sedikit tinggi tanda dia sudah hilang sabar dengan perbuatan Fariz.Tidak pernah dia didik untuk memperlakukan makanan seperti itu.Mahu ia sedap atau tidak.

Fariz tergamam.Untuk kali pertama Khadeejah meninggikan suara kepada dirinya selama hampir 3 bulan mereka berkahwin.

"Pandai sekarang kau tinggikan suara dekat aku eh?Kau lupa ke syurga kau dekat mana!" Kini Fariz pula yang menceramahinya.Khadeejah memicit dahinya entah tiba-tiba saja dia berasa pening.

"Kau dengan pengkhianat tu sama aje,sama-sama munafik!" Ujar Fariz sebelum berlalu pergi dari situ.

"Can you just treat me like your wife?Even just for a once." Ujar Khadeejah memberhentikan langkah Fariz.Dia terdiam seketika.

"Selama kita kahwin,pernah ke aku cakap kau bini aku?" Jawabnya lalu melangkah pergi dari situ.Meninggalkan isterinya yang berdiri kaku.

Khadeejah terdiam,benteng air matanya jatuh berguguran.Selama ini dia siapa pada Fariz?Hanya mainan untuk dia balas dendam?Atau hanya sekadar perempuan yang dianggap sebagai musuh abadinya?

"Why you have to be so cruel like this,Fariz Naufal." Dia menahan tangisannya.Entah apa lagi cara untuk dia membuat jejaka itu melihatnya.Menganggapnya sebagai seorang isteri bukan hamba abdi yang dia boleh layan sesuka hatinya.




/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
/Sorry for the bad grammar

Takdir.Where stories live. Discover now