Bab 35

78 4 0
                                    

"Dah bangun pun masing-masing.Cepat-cepat siap Umi dengan Walid bawa kau orang ke airport ye?" Ujar Puan Zubaidah sebaik saja melihat kelibat Fariz dan Khadeejah yang baru turun dari tangga.

"Batalkan aje lah umi.Baju pun kita orang belum kemas.Mandi pun tidak lagi." Ujar Khadeejah setibanya di situ.Belum sempat punggungnya melabuhkan diri di pemukaan kerusi itu cepat-cepat uminya menolak nasib tidak tersungkur.

"Apa?Batal?!" Hampir pekak telinga Khadeejah mendengar jeritan uminya.Manakala Puan Zubaidah sudah berdiri bercekak pinggang.

"Kamu ingat umi beli tiket tu pakai daun ke apa?!" Marah Puan Zubaidah.Panas telinganya mendengar jawapan si anak.Manakala Khadeejah terus berdiam diri,malu dia di hadapan Fariz dan Tuan Kamal.Di bebel depan-depan suaminya pula tu.

"Baju kamu,Umi dah siapkan dah pun tinggal kamu berdua saja nak angkut.Dah pergi pakai tudung dalam masa 10 saat umi nak kamu berdua dah ada dalam kereta!" Arah uminya.

Terbuka luas terus mata Khadeejah.Dia masih terkejut.10 saat!?Manakala Fariz sudah mengikuti langkah Umi dan Walidnya.

"Cepatlah!" Arah Puan Zubaidah sambil menjeling tajam ke arah anak gadisnya.Khadeejah terus pecut ke tangga.Ni kalau lambat lagi mahu kena tinggal.Tak pasal-pasal pulak Fariz kena berbulan madu sorang-sorang.Rasanya tak panggil berbulan madu panggil berbulan healing.

Langkawi International Airport

Akhirnya mereka tiba juga ke destinasi.Terlihat ada kereta berjenama BMW menanti mereka di hadapan lobby, sudah terlihat ada jejaka yang menantikan kehadiran mereka.

Mereka berdua berjalan mendekati jejaka itu.

Baru saja Khadeejah ingin bertanyakan sesuatu tiba-tiba kunci kereta itu di serahkan kepada Fariz.

"Jangey bekeng-bekeng ke bini deh,honeymoon molek-molek boss." Dengar saja perkataan akhir iaitu 'boss' ternganga mulut Khadeejah.Boss?

"Hmm,kau tolong letak semua barang-barang ni dalam bonet kereta."

"Kau masuk dalam kereta."Arah Fariz kepada mereka berdua.Tanpa bertanyakan apa-apa dia hanya mengikuti arahan Fariz.Walaupun di dalam kepala otak Khadeejah ligat berfikir dan tertanya-tanya akan perkara tadi.

"Kan aku dah cakap depan dia jangan panggil aku boss."Amaran keras diberikan,sebelum sampai ke airport itu Fariz sudah memberitahunya awal-awal supaya jangan bongkarkan lansung tentang halnya.

"Ha lepastu sejak bila kau pandai cakap Kelantan ni?" Soal Fariz.

"Hokaloh,gewe kito ore Kelatey boh,kena lah pandai cakap Kelantan sobat!" Jawab Uwais ada sajalah jawapan yang di beri tak boleh tak jawab lansung.

"Lantak kau lah.Lepastu satu lagi tolong tengok-tengokkan si Tasya tu." Tugasan di berikan kepada Uwais sebelum dia memasuki kereta.

"Hok aloh tak nak si ahli sihir tu kacau honeymoon dia la tu.Sayeyy sungguhlah bini yo." Uwais ketawa kecil sebelum dia mengorak langkah pergi dari situ.

Buat apa dia lama-lama dekat situ kereta suami isteri tu pun sudah berlalu menyusuri jalan takkan dia nak jadi tiang pulak.

                            -------------------

Situasi di dalam kereta senyap sunyi seperti tiada lansung penghuni.Mereka berdua hanya membisu dari naik kapal terbang sehinggalah sudah hampir tiba di hotel.

"Can I ask you some questions?"  Khadeejah membuka bicara menyebabkan keadaan yang sunyi tadi menjadi sedikit berbunyi.

"Hmm." Itu saja yang di balas oleh Fariz,namun Khadeejah memahami maksudnya boleh lah dia bertanya soalan.Dia menarik nafas dalam-dalam berharap tak disembur oleh Fariz.

Takdir.Where stories live. Discover now