"Bukan you nak balas dendam dekat arwah Haris ke?" Dia cuba lagi memujuk Fariz setelah jejaka itu menolak pelawaannya.Lansung dia tidaj berputus asa.Maruah malunya diketepikan janji dia dapat apa yang dia mahukan.
"Yes I do.But that's my business not yours." Ujar Fariz mematikan perbualan telefon itu.Wanita itu seperti orang gila merayu-rayu agar dia terima pelawaan wanita itu.
Namun prinsip hidup Fariz ialah dia tidak akan membenarkan sesiapa pun masuk campur hal peribadinya.
"Awak cakap dengan siapa tu?" Soal Khadeejah dari belakang membuatkan Fariz sedikit terkejut.
"Yang kau nak sibuk sangat tu pahal?" Ujar Fariz lalu ingin melangkah pergi dari situ namun dihentikan oleh Khadeejah.
"Mestilah saya sibuk.Saya isteri awak yang sah." Ujar Khadeejah mempertahankan dirinya.Apa-apapun dia tetap isteri kepada Fariz melainkan jika dia diceraikan.Itu kisah lain.Sekarang dia isteri yang sah kepada Fariz jadi tak salah dia nak tahu pasal suaminya sendiri.
"Oi perempuan!Ingat dalam kepala otak kau tu,kau cuma isteri atas kertas!" Tengking Fariz sambil menekan-nekan kepala Khadeejah dengan jari telunjuknya.
Khadeejah hanya tertunduk.Diam.Tidak mampu dia berkata apa-apa.Kata-kata yang diucapkan oleh Fariz itu sungguh menyakitkan.
"Lagipun aku tak akan pernah anggap kau sebagai isteri aku."
"Perempuan murahan macam kau ni.Tak sepatutnya di buat bini."
Sungguh sinis sekali ucapan yang dikeluarkan oleh Fariz sebelum dia melangkah pergi dari situ.
Khadeejah terdiam lalu terduduk di atas lantai.Dia memegang dadanya.Kenapa dia rasa begitu sakit?Bagai dicucuk-cucuk oleh duri yang tajam.Tanpa dia sedari air matanya jatuh mengalir.
'Ya Allah,Engkau kuatkanlah aku.' Bisik hati kecil Khadeejah perlahan.
Pada Khadeejah apa pun yang berlaku dia perlu siasat apa yang abangnya telah lakukan sehingga sebenci itu Fariz terhadap keluarga mereka.
Dia perlu sembuhkan hati yang terluka walaupun dia juga akan turut dilukai.Namun perasaan serba salah sentiasa menghantui dirinya.
"Ish!Kau memang kaunja eh!" Dia membaling telefonnya ke arah lantai.Membuatkan telefon pintar miliknya pecah.
Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk oleh seseorang lalu pintu bilik itu dikuak.Terlihat Puan Hazimah sedang berdiri di hadapan pintu biliknya.
"Lah betina ni.Apa kau nak?" Soal Natasha agak kasar ke arah emaknya sendiri.Apa dia kesah?Sejak-sejak di pulang dari London kehidupannya bagaikan seseorang yang tidak teratur.
Dari cara pemakain sehinggalah adab ketika bertutur kata lansung berubah 360 darjah.
"Tasha,Abi ajak turun makan." Ujar Puan Hazimah.Namun Natasha hanya mengendahkannya saja,dia bagaikan tidak dengar akan apa yang diberitahu oleh emaknya.Matanya ralit memandang telefon bimbit sehingga lupa akan kehadiran Uminya yang satu itu.
"Tasha." Panggil Puan Hazimah lembut.Masih saja dia berlembut dengan anak perempuannya.
"Ye,ye aku tahulah!" Dia terus turun dari katil lalu ingin keluar dari situ.Sebelum keluar sempat dia menjeling sekilas ke arah uminya.Membuatkan Puan Hazimah hanya mengeluh.
Dia menuruni anak tangga,sudah terlihat sosok tubuh Abinya.Membuatkan dia yang tadi bermasam muka terus terpancar cahaya nur di wajah.Senyuman manis dilontarkan ke arah Abinya.
"Hai,Abi." Ujar Tasha diikuti Puan Hazimah dibelakangnya.
"Have a sit dear." Tuan Faizul memperlawa Natasha untuk duduk bertentangan dengannya.Manakala Puan Hazimah pula mengambil tempat duduk disebelah Tuan Faizul.
"Apasal dia makan dekat sini?Ish tak ada seleralah Tasha nak makan!" Protes Natasha ke arah Tuan Faizul yang dari tadi perhatiannya hanya tertumpu ke arah surat khabar.
"She's your mom,show your respect to her,Natasha Amira." Ujar Tuan Faizul sedikit tegas.Kadang anak tunggalnya ini perlu diajar cara beradab dengan orang tua.Terlebih lagi sejak-sejak dia balik dari negara luar itu.
"Pfft!Are you kiding me?Dad,she's not my biological mom!" Ya Puan Hazimah hanyalah ibu tiri kepada Natasha.Setelah kematian ibu kandung Natasha beberapa tahun lepas Puan Hazimah aka kawan baik kepada ibu kandungnya sendiri mengantikan tempat arwah ibunya.
Dan disebabkan itu jugak,dia lari ke London untuk menenangkan jiwanya yang telah kusut.Entah apa yang ada di London itu sehingga tudung dan baju labuhnya terbang entah ke mana.
"Kalau dia ibu tiri kamu sekali pun.You have to respect her!" Kali ini Tuan Fairul sudah tidak dapat bersabar dengan sikap anak perempuannya yang satu itu.
"Abang." Tegur Puan Hazimah lembut lalu menyentuh lengan Tuan Fairul agar bersabar dan jangan bertindak diluar kawalan.
"Eh perempuan!Sebabkan kau bapak aku tak suka dekat aku!" Ujar Natasha lalu melangkah keluar dari rumah itu.Tuan Fairul cuba mengejarnya namun di tahan oleh Puan Hazimah.
Dia hanya mengeluh.Berapa kalilah isterinya itu cuba memenangkan anaknya setelah apa yang Natasha lakukan.
"Nanti kita jumpa ye,abang Hakim." Ujar Khadeejah menutup perbualan mereka ketika melihat Fariz berdiri tegak di tangga rumah itu.
Fariz melangkah ke arah Khadeejah lalu mendekatkan dirinya ke arah gadis itu.Khadeejah mengundur ke belakang demi belakang menyebabkan dia terlanggar sofa di belakangnya lalu jatuh terduduk di atas sofa itu.
Fariz meletakkan tangannya disofa itu.Lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah Khadeejah.Khadeejah hanya menutup matanya.
"Kau ni memang perempuan murahan eh?" Mata Khadeejah terus terbuka luas setelah mendengar kata-kata itu.Dia menjongketkan keningnya.Perempuan murahan?
"Kau ingat sikit kau tu isteri aku.Orang yang patut kau layan ialah aku.Bukan abang Hakim kau tu!" Dia menyentuh rambut panjang hitam Khadeejah lembut lalu tersenyum sinis bagai memadang rendah ke arah isterinya.
Khadeejah menolak dada bidang Fariz itu menjauh darinya lalu berdiri berani di hadapan Fariz.
"If you don't know what happen.Jangan main tuduh aje." Kini Khadeejah pula yang memprotes.Namun Tuhan saja tahu bagaimana hatinya berdegup kencang bagai nak mati.
"None of my business.Kau dah jadi hak mutlak aku.Jadi apa yang aku cakap kau ikut.Tak nak jadi isteri derhaka kan?" Ujar Fariz lalu menenkan pipi Khadeejah lalu menarik muka Khadeejah mendekati wajahnya.
"Kau cakap nak jumpa dia tadikan?Aku tak benarkan." Ujarnya lalu melepaskan gengaman itu membuatkan wajah Khadeejah sedikit kemarahan.Sakit.Tanpa sedar air matanya jatuh dipipi.
"Fariz!Dia tu kawan baik awak.Saya nak jumpa dia pun bersebab." Protes Khadeejah lagi.Membuatkan telinga Fariz bengang.
"Woi betina!Kau tak faham bahasa ke?Aku cakap.Tak boleh!So maksudnya tak boleh lah!Faham!" Tengking Fariz ke arah Khadeejah lalu melangkah keluar dari rumah.
"Awak nak pergi mana?" Ujar Khadeejah namun diendahkan Fariz.
Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka.Mungkin ini baru permulaan untuknya.Masih ada waktu untuk dia mengambil hati jejaka itu.Dia akan terus mencuba agar jejaka itu menerimanya sebagai isteri.Dan tersenyum semula sepertimana dia pernah melihat senyuman manis Fariz ketika pertama kali mereka bertemu.
/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
/Sorry for the bad grammar
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...