Danial sampai di sebuah kedai mamak yang tidak jauh dari masjid yang baru dia singgah untuk solat Isyak sebentar tadi.
Tujuan di hati ingin berjumpa dengan sahabat lama.Tapi tidak nampak pulak rupa batang hidung si sahabat lama.Namun tetap dia mengambil tempat melabuhkan punggungnya.Lalu dia mengangkat tangan di sebelah kanan untuk memesan makanan.
"Air milo ais je." Pesanan Danial itu dicatat oleh seorang lelaki mamak ke atas memo yang dipegangnya.
"Oi!" Ujar seseorang dari belakang.Menampar belakang badan Danial.Terkejut dia dibuatnya.
"Lambat kau sampai." Lalu salaman brotherhood diberikan.Hakim melabuhkan punggungnya dihadapan Danial.
Ya,mereka juga sahabat bukan sahabat namun dia telah menganggap Hakim seperti abangnya sendiri.Sejak kematian abang sulungnya iaitu Haris.Hakim banyak menjaga mereka,membantu dia untuk menguruskan syarikat tentang kewangan dan sebagainya.Dan dahulunya mereka pernah dikenali sebagai triple H.Hakim,Haziq,Hariz.
"Ala kau,bukan selalu aku lambat." Ucap Hakim memberi alasan.Danial hanya menjeling.Tahu sangat Danial tentang perangai Hakim konon bukan selalu lambat bukan selalu lambat.Padahal bila ada apa-apa dia paling lambat.
"Lantak kau lah.Ha order cepat,nanti kebulur pulak." Tegur Danial.Lalu Hakim memgangkat tangannya ingin mengambil pesanan.Habis saja seorang pekerja mamak itu mengambil pesanannya terus dia menanyakan soalan kepada Danial.
"Kau dengan si dia tu macam mana?" Soal Hakim membuatkan Danial mengangkat kening yang menunjukkan siapa gerangan yang dimaksudkan oleh Hakim.
"Hanan la." Jawab Hakim.Lembab betul mamat ni.Dekat fon bukan main bercerita bagai.Sedih bagai nak rak.Tapi depan-depan jadi blur yang amat.
"Ouh,entahlah,nampak macam dia takkan maafkan aku je." Jawab Danial untuk soalan Hakim tadi.Mereka terdiam seketika ketika seorang pekerja menghantarkan air yang dipesan tadi.
"Gila dia nak maafkan kau senang-senang.Apa yang kau buat bukan benda bishe-bishe kau tau." Tomahan Hakim memakan Danial.Sakit jugak hati bila dinasihat kasar sebegitu.
"Yes,of course tak mudah.Tapi anak dia anak aku juga." Protes Danial.Tahu sangat lah Danial ni.Kalau tu dia punya dia mesti dapat kalau tak dapat,tak ada istilah tak dapat dalam hidup Danial.
"Dude,kau tak paksa dia untuk terima kau kan?" Soal Hakim.Namun tiada respon oleh Danial.Nampak sangat betul.
"Pala hotak kaulah!Kau ingat dia jongkang-jongket ke?" Marah Hakim.Dia ingat perempuan tu mainan ke.Namun Danial masih tetap berdiam membiarkan saja apa yang ingin dikeluarkan oleh Hakim.
"Eh,Nial.Kau kena ingat perempuan tu masih ada trauma dalam diri dia.Bukan senang dia nak maafkan kau.Kalau anak kau tu anak yang kau buang tu tahu semua ni.Tobat la aku cakap kau kena cop redflag." Perkataan Hakim yang terakhir membuatkan dia terpinga-pinga.
"Redflag?" Soal Danial.
"Argh,tanya je la pak cik google.Dasar bukan gen z." Ujar Hakim lalu menyedut air teh o ais dihadapannya sebelum menyambung semula ayatnya.
"Sekarang ni kau kena bagi ruang dan peluang dekat Hanan.Let her make her own decision." Nasihat Hakim dibalas anggukkan.Dah bagi peluang tapi lama nak mampos.Takkan nak tunggu dia dah mampos baru cakap 'saya setuju kawin dengan awak.'Marah Danial di dalam hati.
Tiba-tiba mesej di telefon Danial terlihat di 'lockscreen' telefonnya.Namun yang membuatnya teruja ialah nama penghantar itu.Hampir menjerit dia dibuatnya.Wajah teruja lansung tidak dapat disembunyikan.Kalau boleh senyum sampai ke telinga.
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...