3 Tahun lepas.
Dihospital.
Jantungnya berdegup pantas,dia membuka kasut tumit tinggi miliknya lalu belari masuk ke dalam hospital itu sambil dia mengikat rambutnya yang agak panjang itu.Terlihat sekumpulan keluarganya sedang menunggu dihadapan bilik ICU.
"Ummi Along okay kan?" Soalnya sejurus dia sampai kepada keluarganya.Namun soalnya itu dibiar sepi.
"Ummi Adik tanya ni!" Soalnya lagi lalu mengoncang-goncangkan bahu Umminya dan memandang Walidnya silih berganti.Namun sekali lagi soalannya itu menyepi tiada seorang pun yang mahu menjawab soalannya.
Tanpa dia berfikir dengan waras pintu bilik ICU ditolak kuat olehnya lalu bentang air matanya jatuh bergugur apabila dia melihat keadaan Abangnya yang terbaring kaku dengan alat-alat hospital yang berada pada badan Abangnya itu.
Dia jatuh terduduk,lututnya tidak mampu berdiri lagi.Dadanya dipegang,sakit,sakit yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata.Hatinya hancur bagaikan kaca yang baru sahaja terjatuh ke atas lantai.Pandangan mata yang sedang memerhatinya diendahkan.
Dalam keadaan begitu dia memenguatkan diri dengan menggunakan sepenuh tenaganya untuk berdiri dan pergi kearah Alongnya itu.
"Along,bangunlah!" Ujarnya sambil menolak-nolak badan Abangnya itu.Doktor dan pembantunya disitu cuba menghalangnya namun ditepis kuat.
"Adik.." Panggil Alongnya dalam keadaan yang lemah.
"Lepaslah!" Dia menolak misi yang cuba menghalangnya hampir jatuh terduduk misi itu.
"Ye Along,Along bangunlah ehh.Adik janji lepas ni adik akan ikut cakap Along." Air matanya jatuh berguguran sambil menunjukkan tapak tangan sebelah kanannya tanda dia bersumpah.
"Along nak adik janji dengan Along boleh?" Dia mendekatkan telinganya kearah Alongnya supaya dia mendengar apa yang Alongnya ingin memberitahunya.
"Jangan nangis bila Along dah tak nanti.Along sayang adik.Jaga aurat adik baik-baik,dan yang terakhir..." Dia menarik nafasnya panjang ahli keluarganya yang berada disitu sudah jatuh rebah dan Umminya sudah pengsan akibat tekanan.Air mata gadis itu mengalir deras setiap bait perkataan yang disebut oleh Alongnya didengar dengan teliti.
"Tolong cari dia.Dan kahwin dengan dia untuk tebus kesalahan Along." Ujarnya lalu menghulurkan sebuah gambar seseorang jejaka lalu dia menerima huluran itu dalam keadaan yang buntu.
"Ke-" baru saja dia ingin menanyakan soalan kepada Alongnya.Graf pada Electrocardiograph bergerak lurus,sekali lagi dia jatuh terduduk matanya membulat dan air matanya jatuh gugur hatinya yang sakit dipegang.
Dalam keadaan yang buntu dia tidak dapat menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hatinya memberontak mengatakan tidak akan takdiri itu.
Dalam keadaannya yang masih muda umurnya baru sahaja ingin mencecah 19 tahun dan fikirannya pada waktu tu masih lagi belum matang.Amanah yang diberikan oleh Alongnya digengam rapat.
Orang yang paling dia sayang sudah pergi menghadap Ilahi.Dengan siapa lagi nanti dia ingin mengadu?Dengan siapa lagi dia ingin melepaskan geram?Dan sewaktu itu dia merasakan yang kebahagian dalam dirinya sudah hilang.Sedangkan dia lupa akan Allah yang sentiasa ingin mendengar rintihan hamba-hambanya.
3 Tahun berlalu
3 tahun sudah berlalu dia perlu menerima takdir yang telah ditetapkan Ilahi gadis yang dulunya berpakaian yang menampakkan seluruh auratnya kini memakai pakaian yang menutup segala auratnya yang dulunya terdedah.
Namun dia berubah bukanlah kerana Alongnya,sebaliknya kerana Allah.Sewaktu Alongnya masih hidup dia pernah berpesan kepadanya jika kita ingin berubah janganlah berubah kerana manusia namun kerana Pencipta yang telah mencipta langit dan bumi dan juga makhluk-makhluk di dalamnya.
Tanpa dia sedari pintunya diketuk oleh seseorang.Album yang tadi dipeluk olehnya diletakkan semula diatas meja kecil yang berada bersebelahan katilnya.
Umminya masuk ke dalam biliknya,senyuman nipis diberikan oleh Umminya."Jom turun makan?" Ujar Umminya sambil mengusap ubun-ubun rambutnya.
"Jom." Balasnya ceria lalu turun dari katilnya sambil memegang tangan Umminya.Belagak kuat itulah dia,sepertimana Umminya seperti itulah dirinya.Dia tahu anak gadisnya itu merindui Abangnya sepertimana dirinya.
"Goodnighteh Walid!" Dia memeluk Walidnya dari belakang lalu tersenyum gembira.Tidak perlu dia bersedih terlalu lama kerana dia hanya kehilangan seorang Abangnya dan dia masih mempunyai kedua ibu bapa tercinta dan seorang Abang lagi.
Peluang yang diberikan oleh Allah digunakan sebaiknya.Tidak mahu kesilapan lama terulang kembali.Yang lepas biarlah lepas jangan terlalu memikirkan perkara yang telah terjadi.
"Walid je?Angah tak de ke?" Ujar Angahnya sambil bibirnya dimuncungkan ke hadapan tanda dia merajuk.
"Iye lah Muhammad Danial Hafiziah bilal ghunnahh!" Lalu dia memeluk pergelangan tangan Abangnya seperti sepasang kekasih maklumlah anak bongsu lepas itu hanya dia sahaja yang perempuan.
"Hafiziah bilal ghunnah tu tak de ehh.Walid dengan Ummi dah bagi nama Angah baik-baik sebut macam tu pulak.Walid!Ummi tengok dia ni!" Adu Danial sambil menunding jari ke arah adiknya itu.Walid dan Umminya hanya tergelak kecil melihat telatah dua beradik itu.Umur sudah lonjak usia pun perangai masih lagi macam budak-budak.
"Dah la tu jom makan kang sejuk lauk ni kang." Ujar Umminya memberhentikan pergaduhan dua beradik itu sambil dia meletakkan nasi ke atas pinggan.
"Ummi tak pelik ke?" Soal Khadeejah secara tiba-tiba.Yang lain hanya memandangnya pelik termasuklah Angahnya yang berada disebelahnya.
"Adik kena rasuk ke?" Ujar Danial risau sambil membuat riak wajah terkejut saja dia ingin menyakat Adiknya.
"Ish Angah ni!Bukan!" Dia menampar lengan sado milik Danial dengan kuat macam ada dendam yang tersimpan.Danial mengadu kesakitan.
"Habistu apa yang pelik?" Soal Walidnya ingin kepastian.
"Ye lah,orang lain makan malam sebelum maghrib,kita ni makan malam selepas maghrib kan tak kena tu." Jawabnya sambil melabuhkan pungungnya pada kerusi dihadapannya.
"Buat benda yang wajib dulu baru lah benda lain." Balas Umminya sambil mengeluh ingatkan besar sangat persoalan anaknya itu tapi hanya tentang makan malam.
"Keluarga kita rare!" Jerit Danial disebelah telinga Adiknya mahu boleh pecah gendang telinga Khadeejah.Khadeejah berdesis kerana Angahnya sempat lari dari cubitannya lalu memandang Angahnya tajam.
"Assalammualaikum!Atok ni Ira ada bawakkan kuih ni!" Ujar seorang gadis atau lebih dikenali sebagai Syahira.Senyuman lebar terukir apabila melihat kelibat Fariz yang keluar dari rumah ingin mengambil kuih yang dia hantar.
"Waalaikummusalam." Balasnya lalu menjelingkan matanya ke arah lain.
"Abang Iz ni kuih ibu kasi." Plastik berwarna biru dihulurkan kepada Fariz senyuman manis masih tidak lekang.
"Hm terima kasih." Huluranya disambut lalu kakinya mengorak langkah ingin masuk semula ke dalam rumah.
"Atok ada tak?" Langkah kaki Fariz terhenti untuk seketika hembusan nafas dilepaskan kuat.Lalu mengorak langkah pergi dari situ.
"Ish susah betul la nak dapat mamat tu,aku dah pakai baju kurung lah apa lah tetap tak nak dekat aku! Ramai lelaki dekat kampung ni rebut aku tau tapi aku pilih kau bersyukurlah sikit dapat perempuan cantik,baik,sopan macam aku ni!" Bebelnya sambil menarik basikalnya ingin pulang.
Syahira,gadis yang sangat popular kerana sikap lemah lembutnya dan cantik rupa parasnya tak lekang seperti ibunya diva kampung di situ.Fariz tidak kurang hebatnya wajahnya yang kacak dan budi bahasa apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua membuatkan gadis dikampung itu menyukainya.Namun dia tetap dengan sikap dinginnya lansung tidak memandang mana-mana wanita akibat rasa benci yang sudah sebati dalam dirinya.
/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...