Hati sakit akibat dendam yang sebati di dalam hati.Maaf yang tidak pernah diungkap oleh bibirnya.Mungkinkah dia lupa tentang Allah yang sangat menyukai hambaNya yang memaafkan sesama manusia.Mungkin dia lupa tentang apa yang diperkatakan oleh Allah di dalam Al-Quran.
Hari demi hari,hatinya masih tidak redha dengan ketetapan Ilahi.Dia tidak menyalahkan Allah kerana meletakkan dia di dalam situasi itu tetapi dia menyalahkan seseorang yang telah merosakkan kebahagiannya.Namun dia lupa aturan dan cara Allah mengatur hidup hambaNya.
Mungkin dia lupa dengan firman Allah."Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
Mungkin perit untuk diterima oleh hati namun paksalah ia supaya mendengar kata.Hati ini perlu didik dengan agama agar dia tahu erti sabar dan memaafkan.
Jam di telefon bimbitnya berbunyi,terkapai-kapai tangannya mencari telefon bimbit yang berdering nyaring.Matanya disipitkan kerana cahaya telefon bimbit yang terpancar.Lalu dia membaca doa bangun tidur dengan niat memulakan pagi harinya Lilahitaala.
"Alhamdulillah hilazi ba'da maa amaatanaa wa ilaihin nusyuur." Seusai saja dia membaca doa itu terus kakinya bergerak laju ke arah tempat letak tuala mandi dicapainya lalu memasuki tandas.Sebelum memasuki tandas juga dia membaca doa kemudian kaki kirinya melangkah masuk.Keluar saja dia dengan kaki kanan lalu terus menghamparkan sejadah.
Habis saja dia solat subuh tanpa disedari matanya terlelap untuk seketika.Cahaya matahari yang terpancar dari luar membuatkan Fariz terjaga dari lamunannya.Cahaya matahari terpancar ke arah matanya usai dia membuka mata terlihat matanya yang berwarna hazel menyerlahkan lagi kekacakan dan ketampanan wajahnya.Uwu.
Jeda.
Keretanya laju dia pandu untuk ke destinasi.Pejabat yang dia bekerja tidak jauh dari rumahnya 20 minit dah sampai dan jalan ke pejabat Fariz pun jarang sesak.
Dia memasuki pejabat itu,dari luar sampai dalam terlihat mewah dan besar sekali.Nama pun pejabat bukan rumah sewa.Seusai kakinya melangkah mata-mata tertumpu padanya tidak beralih langsung apatah lagi kedipkan mata.Ketampanan pada wajahnya,rambut yang di sikat rapi dan pemakaian yang kemas membuatkan para gadis di situ cair.
Namun dia hanya jalan dengan gaya tidak peduli lansung.Tombol lift di tekan,dalam lift pun ada orang memerhati namun dia tetap mengendahkannya.Dengan niat di hati ingin berkerja dan menafkahi dirinya bukan ingin mengoda.
Kakinya melangkah ke bilik Ceo,pintu bilik itu dibuka luas.
"Fariz!Welcome ma boy!" Ujar Hakim sambil membuka tangannya sedepa.Niat ingin memeluk sahabatnya yang sudah lama tidak berjumpa.Namun Fariz hanya mengedahkannya sambil tersenyum sinis.
"Engkau ni kan,aku dah cakap tak payah tolong aku tak payah.Tak faham bahasa melayu ke?" Ujarnya menahan amarah dia bukan seseorang yang suka terhutang budi dengan orang apatah lagi sahabat baiknya sendiri.
"Ala,kau ni sekali segala apa salahnya?Lagipun syarikat ni naik atas jasa bapak kau juga.Jadi tak salahkan kalau kau gantikan dia usaha sama-sama dengan aku?" Pujuk Hakim supaya sahabatnya itu tidak menolak pelawaannya.Ayah Fariz dan Ayah Hakim juga bersahabat baik seperti anak mereka.Mereka juga sama-sama jatuh dan sama-sama bangun.
Fariz berdengus kuat lantaklah apa nak jadi kalau dia tolak bukannya sahabatnya nak ikut cakap.Hakim is gonna be Hakim yang keras kepala dan degil itu la dia.Kalau dia cakap A maksudnya A tak boleh ubah B kalau ubah B merajuk sebulan lah jawabnya.
Belum sempat Fariz membuka mulut,pintu bilik itu diketuk oleh seseorang.Manakala Hakim memperlawanya masuk,Alia membuka pintu bilik itu.Muka Hakim yang tadinya happy macam tak ada hari esok terus berubah suram.Fariz yang memerhati sikap sahabatnya itu hanya mengeleng dengan wajahnya yang masih dingin senyum lansung tak ada dari sebelum masuk office sampai masuk ke dalam office.
"Hai encik Fariz." Alia menundukkan kepalanya seusai melihat Fariz berdiri kaku.Fariz hanya terdiam sepi lalu meninggalkan mereka berdua.
"Hazim ni-" Belum habis ayatnya Hakim memotong laju.
"Hormat sikit,ni dekat pejabat bukan rumah kau." Ujarnya sedikit tegas selalunya Hakim melarang Alia untuk panggilnya dengan gelaran boss atau ada encik dihadapan namanya.Namun sekarang dia berbeza mungkin kerana sikap tidak profisionalnya semalam.
"Maaf Encik Hakim.Saya cuma nak bagi borang berhenti kerja." Berdesing telinga Hakim mendengarkan kata-kata itu.Meja di hentak borang berhenti kerja Alia di koyak rabak lalu di capak di hadapan muka Alia.
"Kau tak faham bahasa eh?Nak aku ulang berapa kali?Sikap profisional tu ada sikit boleh?Jangan jadi kacang lupakan kulit.Perempuan macam kau ni tak ada sikap terhutang budi ke macam mana?" Sinis saja dia menanyakan soalan manakala Alia hanya menundukkan kepala soalannya dibiarkan sepi.
"Tak nak pula jawab ?" Kakinya melangkah kehadapan PA nya itu.Lalu mukanya di dekatkan Alia mengundurkan dirinya kebelakang sehingga badannya terkena dinding.Tangan Hakim diletakkan dinding dia berdegus kasar.
"Encik Hakim,apa yang encik buat ni?Ni bukan diri encik." Ucapnya memberanikan diri walaupun hatinya sudah berdengup bagai nak mati.
"Kau yang cabar kesabaran aku Alia.Tak payah tukar topik aku tanya kenapa nak berhenti?" Matanya memandang Alia tajam.Hatinya bagai api yang membara.Dan dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya.Kenapa dia perlu marah sampai begitu sekali.Sedangkan Alia ialah PA nya dan dia ialah Boss kepada Alia.
"I just-." Suaranya seperti tak nak keluar.Buat hal lah.
"Cakap macam tak de anak tekak.Ulang!" Jerkahnya ke arah wanita itu.
"I just don't know!" Alia membalasnya semula.Hakim mengangkat keningnya.Dia kembali ke posisi yang asal.
"Kalau kau tak tahu,tak payah sibuk nak berhenti.Ingat sikit sapa yang kutip kau,ma future femme." Ayat yang berbahasa French itu tidak beberapa jelas kedengaran.Lalu dia mengambil tempat melabuhkan punggunya di kerusi kerjanya.
Alia hanya mengeluh berat mengorak langkah dia pergi dari situ.Nasib badan dapat boss dan kawan macam si Hakim tu nak lawan tak berani.Lagi-lagi bila mood dah bertukar tiada siapa berani dekat apatah lagi melawan cakap.
'I just hope you never go far from me, never,ma aimer.' Bisiknya dihati,entah kenapa hatinya berat ingin lepaskan Alia.Sedangkan mereka hanya berkawan baik.Hatinya keliru banyak tanda tanya.
"Umiiii,buat apa tu?" Soal Khadeejah seusai dia turun dari tangga terus kedapur mencari-cari uminya.Risau takut umi dia di culik.
"Masak la sayang buat apa lagi.Kang kalau tak masak kamu mati kebuluran pulak." Jawab Puan Zubaidah sambil menjeling ke arah anaknya.Khadeejah hanya mengangguk kaku.
"Ni kamu cantik-cantik ni nak pergi mana?"Soal Puan Zubaidah semula kepada anak daranya seorang itu.
"Nak balik rumah arwah Alonglah Umi, dah lama tak balik entah jadi apa dah rumah tu." Jawabnya sambil mencebik,malasnya rasa nak balik rumah arwah Aloangnya tu lagi-lagi nak kemas.Allahu sangat tidak ramah.
"Hmm,baguslah kalau macam tu.Jaga rumah tu elok-elok.Satu lagi,kamu tak nak jumpa Hakim ke?" Soal Puan Zubaidah secara tiba-tiba.Kening Khadeejah terjongket.
"Kenapa nak jumpa dia pulak?" Soalnya semula.
"Ish kita tanya dia tanya kita balik.Tak Umi teringin sangat nak jumpa dia.Nak ucap terima kasih,ye la lepas Along kamu dah tak de dia banyak tolong family kita.Kalau tak dapat jumpa, Deejah tolong hantarkan bekal nasi goreng untuk dia pun Umi dah bahagia dah." Ujar Uminya panjang lebar dalam nada pujukkan,Khadeejah melepaskan keluhan yang amat berat.
"Ye la,cepat siapkan bekal nasi goreng untuk anak angkat kesayangan Umi tu.Nanti Deejah suruh dia datang bila dia free." Jawabnya dengan nada malas dan tidak berapa ikhlas tetapi kena ikhlas.Puan Zubaidah tersenyum lebar,terus cepat-cepat dia siapkan bekal untuk anak angkatnya itu.Kononnya.
/ Sorry klau boring
/Abaikan typo ")
/Enjoyyy :3♥️
YOU ARE READING
Takdir.
RomanceTakdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang muslimah dan ceria. "Accept me Encik Fariz Naufal,accept me as your wife.Bukan hamba abdi awak!"-Kha...