"EH, Profesor!"
Langkah Aurora terhenti. Dia memandang wajah wanita berambut perang gelap, sedang berlari anak kearah dia. Terangkat kening Aurora apabila melihat wanita itu hanya memakai t-shirt biru gelap dan seluar jeans panjang.
"Maria, mana kot kau?" tegur Aurora. Maria memandang Aurora yang sudah lengkap dengan scientists coat bewarna putih. Maria melemparkan sengihan.
"Sorry Prof. Teruja sangat nak jumpa Prof, sampai lupa dah termasuk makmal. Tadi saya keluar makan. Terlupa nak pakai balik." kata Maria.
Aurora menggelengkan kepala. "Pakai cepat."
Pembantu makmal dia itu, terus mengangguk laju. Aurora berjalan kearah pintu dicat putih itu. Pintu itu dikuak dari luar.
Dia mula memasuki bilik makmal, khas untuk melakukan kajian.
Aurora tidak menanggalkan mask diwajahnya. Dia tidak terlalu bodoh, untuk senang lenang mempercayai orang. Walaupu Maria yang selalu bersama dia di Makmal, sekalipun. Bukan, hendak kata Maria jahat. Cuma lebih baik, berwaspada. Tambahan lagi, dia diburu ramai.
Badan direnggangkan. Dia bergerak kearah satu rak laci yang berada disudut makmal. Tangan diseluk masuk kedalam kocet seluar dia, lalu satu kunci dikeluarkan dari kocet. Aurora memandang kearah muka pintu terlebih dahulu, sebelum dia membuka kunci laci tersebut menggunakan kunci dipeganganya. Dua fail merah yang lebih kurang tebal dua inci, dikeluarkan.
Didalam fail itu tersimpan kesemua kajian Aurora dari kajian pertama dia sehingga sekarang. Baik yang masih belum disahkan ataupun sudah disahkan, kesemuanya tersimpan kemas didalam fail ini. Fail ini sudah menjadi sebagai separuh dari nyawa dia. Kalau salah satu hilang, dia jamin. Tiada lagi Profesor Red Lady, kebanggaan negara.
Tanpa membuang masa, Aurora menyimpan fail fail itu ke dalam beg tote hitam yang dibawa. Beg tote itu, di sangkutkan pada penyangkut yang terletak di hujung sudut. Dia mula mengambil tabung uji daripada rak dibelakang makmal. Rak itu penuh dengan deretan susunan alat dan bahan makmal sains. Pandangan Aurora difokuskan pada tabung uji ditangan. Mulutnya terkumat kamit mengira sesuatu.
"Satu..."
"Dua..."
"Tiga..."
"Profesor Red Lady! Prof!" Pintu makmal dia, dirempuh oleh Maria. Lantas wajah Aurora dialihkan pada Maria yang sedang mengatur nafas.
"Prof. Maaf ganggu Prof, tapi saya ada berita gembira nak disampaikan!" kata Maria, teruja.
Aurora hanya buat muka tiada perasaan. Tabung uji diletakkan semula pada tempat asal. Aurora mengatur langkah kearah meja makmal dia pula.
"Prof, Prof dapat panggilan daripada Profesor Marina." ujar Maria.
Dahi Aurora sudah berkerut. Hairan, barangkali. Didalam dunia sains, Profesor Marina dikirakan sebagai senior dia. Prof Marina juga pernah melatih dan mengajar dia, sebelum menjadi saintis. Apa yang membuat dia hairan, setahu dia Prof Marina tiada di tanah air. Malah, jauh beribu batu dari sini.
"Balik Malaysia?" gumam Aurora. Maria yang sudah biasa dengan suara perlahan Profesor dia, dapat menangkap setiap bait yang dikatakan.
"Ya. Prof Marina balik Malaysia, semata mata nak jumpa dengan Profesor Red lady" kata Maria.
"Untuk apa?" Aurora mengumam.
"Untuk jumpa dengan Prof lah. Tujuan dia, saya tak tahu. Prof Marina tak cakap apa apa. Dia hanya suruh bersiap sedia sebab esok kemungkinan besar dia datang."
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...