Bab 14

644 87 12
                                    

"AKU dah kata, jangan tinggalkan ibu kau sorang sorang dekat rumah. Sekarang apa jadi? Kena culik, berpunca dari kau tau! Orang nak bunuh kau libatkan menantu aku pulak! Kenapa bukan kau je yang kena culik? Baguslah tu dia bunuh kau, takde dendam lagi. Anak menantu aku pun selamat. Eh, kau nak tahu tak. Dari mula kau lahir, aku tak henti doa supaya kau mati lah!"

Dam!!

Bagai dihempap dengan batu besar, selepas mendengar keramat itu dari mulut atuk kandungnya sendiri. Aurora hanya diam membisu, menahan diri daripada melepaskan kemarahanya didepan makcik, makciknya.

"Orang dah kata dari awal, ayah...budak ni memang bawa musibah je dalam keluarga ni. Dia hidup, dia mati sekalipun. Tak ada nilai untuk keluarga kita...menyusahkan adalah!" Tajam kata-kata dari Puan Ella, mak ngahnya kepada dia.

"Aku dah pesan dari awal, kerja je bawah syarikat keluarga kita. Keluarga kita bukan miskin! Nak juga jadi saintis bodoh kau tu! Konon sorokkan identiti, orang sekeliling tanya kerja apa?Nak jawab apa? Menganggur? Dah 25 tahun masih harapkan duit bapak kau?"

Sarkastik Puan Erien, kakak sulung ayahnya. Atau lebih tepat mak longnya.

Dirinya seolah olah tiada nilai harga. Maruahnya dipijak-pijak oleh keluarga sendiri.

Sepupu-sepupu dia hanya pandang simpati pada Aurora. Dia tahu, sepupu sepupu dia bukan sejahat dan sekejam ibu mereka. Malah, dia dilayan baik oleh sepupu-sepupu dia. Cuma dihalang mati-matian oleh makcik-makciknya. Pernah sekali, sepupu dia ingin berborak denganya. Tapi dihalang oleh Puan Ella, siap mengugut anak dia untuk dibuang keluarga kalau berborak dengan dia.

Hina sangatkah dia?

"Sudahlah tu...kalau mak tengok ni. Mesti dia kecewa dengan anak anak dia. Sanggup hina caci, cucu dia. Semata mata sebab tak ikut jejak langkah keluarga. Kau orang bodoh ke apa? Diri dia, hidup dia. Suka hatilah nak kerja apa. Nak makan apa. Nak hidup macam mana. Asalkan tak langgar perintah agama, sudah. Kerja dia masih halal, bukan Aurora kerja dekat club. Yang korang nak hina dia sangat kenapa? Saintis tu kerja orang-orang pandai!" Tuan Matheo membela dia, selepas lama berdiam diri.

Tuan McRae, atuknya terdiam seribu apabila Tuan Matheo menyebut nama arwah isterinya. Dulu, sewaktu isterinya masih hidup. Tuan McRae tidak pernah mengkongkong anak atau cucu dia. Apabila meninggal sahaja isterinya itu, terus hidup dia berubah 360 darjah.

"Kau jangan nak sebut sebut nama mak dalam perbicangan keluarga kita. Kau tak tahu apa apa. Kau pun sama sahaja! Sibuk sangat nak jadi polis!" ujar Puan Erien.

"Erien sudah!" Tuan McRae bangun dari dudukanya. Bergema seretan kerusi dan jerkahan orang tua itu, disegenap ruang makan.

"Kau orang jangan kaitkan nama isteri aku dalam masalah keluarga. Jangan nak pertikaikan anak, cucu aku kerja apa?. Cukup cukup lah tu marah cucu aku! Dia bukan jadi pelacur pun!" Tiba tiba sahaja, Tuan McRae memihak sebelah Aurora. Kesemua yang berada dimeja makan itu terkelu.

Aurora tidak pula, buat apa apa riaksi. Sebaliknya, dia hanya menggelengkan kepala perlahan. Nampaknya, hanya dia seorang sahaja sedar perkara ini. Pada malam ini juga, dia sudah membuktikan perkara itu benar.

Terasa seperti situasi dimeja makan itu, sedang hangat. Lantas, Aurora bangun dari menghenyak punggung diatas kerusi.

"Balik dulu, nak lawat Ibu dekat hospital." Ringkas sahaja ayatnya, sebelum dia mengatur langkah kearah pintu keluar.

"Eh kau tak ada adab ke perempuan?!" laung Puan Ella.

"Sudah Ella!" jerit Tuan McRae. Lelaki tua itu menggelengkan kepala. Lantas dia mengejar, susuk Aurora yang sudah melangkah keluar dari rumah agam itu.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now