SUASANA di dalam bilik mesyuarat itu, hening. Terlalu banyak, tanda tanya yang berlegar di dalam otak penghuni bilik mesyuarat itu. Masing-masing diam, memikirkan jawapan yang tepat untuk soalan yang sentiasa menghantui mereka.
Tuan Matheo yang selama ini, bisu dan hanya memerhati, bersuara.
"Mesti, ada sesuatu disebalik surat segi tiga ni."
Tajam matanya, memandang surat-surat berbentuk segi tiga yang anak-anak buahnya serta anak saudaranya, dapat.
"Tapi, kenapa Cik Aurora punya kosong, tak ada apa-apa tulisan?" tanya Detektif Harraz.
Surat yang Aurora dapat, sewaktu Crazed pecah masuk dan sengaja menjatuhkanya itu. Kosong, tiada apa-apa huruf atau nombor yang tertulis. Hanya, sekadar kertas kosong yang dilipat bentuk origami. Iaitu bentuk segi tiga.
Aurora menanya, "Dalam surat kau orang dapat, ada tulis apa?"
Detektif Mikael menghulurkan suratnya pada Aurora.
"Death, dari 31812654." sebut Aurora. Seketika dahinya, mengerut.
"Awak lupa ke? Our triangle friendship?"
Suara Adnan, bagai berbisik ditelinganya.
Triangle friendship.
Surat segi tiga.
Adakah, kisah silamnya berkait dengan kes ini?
"Cik Aurora." panggil Detektif Mikael. Aurora tersentak, dari lamunanya.
Wajah setiap penyiasat di dalam bilik mesyuarat itu, dipandang.
"Kalau surat ni, dari orang yang sama. Bermakna, suspek yang bakar makmal aku adalah pengirim surat ni?" tanya dia.
Mereka mengangguk, hampir serentak.
"Cik Aurora, boleh terangkan tak ciri-ciri fizikal suspek yang ceroboh rumah Cik semalam?" tanya Detektif Mukhriz.
"Dia perempuan. Pakai mantel merah, blonde hair, red eyes, bibir warna merah. Emm, itu sahaja aku nampak." beritahunya.
Detektif Mukhriz, laju mencatat kesemua benda yang Aurora sebutkan.
"Tuan, Profesor Marina bukan suspek membunuh." ujar Mukhriz kepada Tuan Matheo.
Tuan Matheo mengangguk, setuju.
"Aku rasa, Profesor Marina hanya pembantu." kata Tuan Matheo.
"Kalau macam tu, banyak lah orang yang bersekongkol dengan dia ni? Profesor Marina dan suspek kedua." ujar Detektif Harraz.
"Tuan, apa kaitan dengan Ailee?" Soalan yang diajukan oleh Detektif Mikael pada Tuan Matheo, menarik perhatian Aurora. Berlapis dahi wanita itu.
"Ailee? Siapa tu?" tanya dia.
Tuan Matheo menjawab, "Ailee, suspek yang merupakan musuh Profesor Marina. Kemungkinan, dia juga musuh kepada suspek pertama kita, suspek yang ceroboh masuk rumah Aurora."
Dahi berlapis Aurora, mengendur balik. Kini, wajahnya kembali tenang.
"Kami syak, mangsa Ailee ialah Puan Sri Aralyn." kata Detektif Mukhriz.
Aurora mengangguk. Itu, dia sudah tahu lama. Cuma, tidak tahu nama sebenar musuh ibunya.
Pandangan Tuan Matheo beralih kearah Aurora.
"Aurora, nampak macam tahu sesuatu. Tak nak kongsi pada kami?" kata Tuan Matheo, tiba-tiba.
Terdiam sejenak Aurora. Kesemua mata, tertumpu sepenuhnya pada Aurora.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...